Saturday, May 30, 2009

Cinta vs Suka..

Salam..Aku baru je mula bercuti, best sgt dapat dok umah ngan mama..hehee...Tuk post baru kali ni aku teringin nak cerita pasal beza kasih dan kekasih, suke dan cinta or semua yg sewaktu dengannye..Ni juga satu pendapat peribadi aku je..Jom layan perbezaan antara orang yang kita cinta dan orang yang kita suka :-
  1. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
  2. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
  3. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
  4. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
  5. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.
  6. Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
  7. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

" Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka...Renungkan.."


p/s: hayati lagu ini....siapakah kekasih yg sebenar?

Wednesday, May 27, 2009

Poli + gami = Poligami

Salam..Pagi ni bangun-bangun tido je terus aku tgk blog aku ni..Rasa macam nak sangat menulis tapi idea takde lagi...Tengah khayal mengelamun tgk blog ni aku dapat satu panggilan talifon dari bonda tercinta...Seronoknya...Tamat je perbualan tu idea pun datang...Hari ni aku nak cerita pasal poligami (bukan politeknik, poligon mahupun poliphonic). Penulisan kali ini agak berat dan serius, jom kite layan....

Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan peraturan perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yang membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat. Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa. Di dalam Islam juga hal ini digalakkan tetapi dengan beberapa syarat dan keperluan yang mendesak.

Itu merupakan pandangan secara ilmiahnya..Tapi bagi aku secara jujurnya aku memang tak bersetuju dengan isu poligami ni...Aku dapat rasakan, dalam poligami ini lebih banyak pahit dari manisnya..Hanya insan yang benar-benar faham dan arif tentang konsep poligami ini sahaja akan mampu menzahirkan kebahagiaan dalam hidup mereka...Jauh di sudut hati, aku amat berharap dan berdoa janganlah diketuk pintu hatiku, jangan diduga imanku, jangan terdetik dalam mindaku hingga mendorong aku ke kancah poligami ini suatu hari nanti...(cakap macam dah kawin je) Tapi tu harapan je la, perjalananku masih jauh...Cuma satu pesanku, dalam hidup ini ada 3 jenis cinta, cinta Allah, cinta ibubapa dan cinta isteri...Namun pastikan setiap cinta itu dizahirkan dengan ikhlas, suci dan penuh kesetiaan...

Jika ada sesisapa yang tersinggung dengan penulisan aku kali ini aku minta maaf. Tapi ini adalah hakikat..Last, aku sertakan lagu Ayat-ayat Cinta, hayati dan fahami setiap bait kata dalam liriknya...Indah dan besar pengertiannya...





Saturday, May 23, 2009

Teman sejati....

Lagu ni aku pilih kerana aku rasa lagu ni sesuai ngan mood aku sekarang..Kepada semua teman-teman tidak kira di mana anda berada aku nak mintak maaf dari hujung jari hingga ke lubuk hati, if aku ada sakitkan hati korang atau de pape salah yang aku buat...Aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan...Semoga kita semua akan dilindungi dan dirahmati oleh Nya...Terima kasih...Kalian adalah sebahagian besar warna-warni hidup ku....

Thursday, May 21, 2009

Formula Guru Cemerlang

Excelent Teacher = 
tell + transmit + give + fill + inform + coach + input + lead + guide + explore + discuss + share

" We become what we think about. If we don't think we become nothing... "

Tuesday, May 19, 2009

Exam week...

Salam..Sekarang dalam minggu peperiksaan so mood aku pun berubah..Biasa la tekanan semakin bertambah,jerawat makin banyak, hidup tak terurus, tido tak menentu, makan je la yg tetap maintain, tapi kekadang betambah gak..Ni rasa nak mula berleter ni.. Sesungguhnya aku memang tak bersetuju dengan sistem pendidikan negara kita. Sistem pendidikan kini yang berorentasikan peperiksaan sebenarnya telah lapuk dan tidak relevan digunapakai. Ia sebenarnya membebankan pelajar selain tidak menunjukkan prestasi dan kualiti sebenar pelajar. Tetapi apakan dia, aku hanyalah seorang rakyat Malaysia yang menurut perintah..

Hanya satu pesanan ku, kepada semua manusia yang bergelar pelajar yang semestinya menduduki peperiksaan, Selamat Maju Jaya.. 'Work Hard, Study Smart'



Saturday, May 16, 2009

"Lilin Seorang Guru"

Lagu ini aku dedikasikan kepada semua guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik ku..Hayati dan amati setiap bait kata yang terlukis dalam lagu ini...Terima Kasih Cikgu...

- Selamat Hari Guru -

Salam...Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua golongan pendidik yang ikhlas dalam melahirkan manusia yg bergelar INSAN.."Guru Pembina Negara Bangsa" itu tema hari guru tahun ini, aku tidak berminat nak kupas lebih lanjut tentang hal ini, tetapi secara amnya dapat aku murnikan rangkai perkataan ini sebagai, masyarakat guru sentiasa berada pada saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi melahirkan modal insan cemerlang negara pada masa depan.

Sesungguhnya, aku ingin mengingatkan dan menyeru diriku sendiri juga sekalian pendidik dan bakal-bakal pendidik, hayatilah pengertian tersirat disebalik sambutan hari guru yang kita sambut setiap tahun..Bila difikirkan akan tanggungjawab seorang pendidik itu pasti rasa gerun dan takut datang menyelubungi..Namun anggaplah ia sebagai suatu cabaran tanpa mengharapkan sebarang balasan mahupun belas..." Mudah untuk mengajar seseorang itu agar tepelajar, namun sukar untuk mendidik seseorang itu agar terdidik.." Fikir-fikirkan...Last but not least, im proud to be a Teacher...Im sure...

p/s : kepada semua guru-guru yang pernah mendidik ku, selamat hari guru dan jutaan terima kasih aku ucapkan..jasamu tidak mampu ku balas...terima kasih cikgu...


Monday, May 11, 2009

I Love You MAMA.....

Salam...Semalam merupakan hari yang paling bermakna bagi semua kaum wanita yang bergelar ibu, mama, mak, bonda,ummi dan yang sewaktu dengannya... Pada hari tersebut, telah ditetapkan sebagai hari khas untuk menghargai kaum hawa ini..Namun begitu, bukan hanya hari ni sahaja kita kena mengasihi dan menghargai mereka.. "Syurga itu ditapak kaki ibu".. Jasa ibu tak mungkin dapat kita balas, biar hidup ni bejuta tahun pun kita tidak akan mampu membalasnya...Berbaktilah kepada mereka dan sayangilah mereka tika masa masih ada...


Kepada mama yang berada di rumah, dikaulah segalanya bagi ku.. Kaulah ratu yang menyeri hidupku, kaulah teman yang sentiasa mendampingiku, kaulah doktor yang menjaga diriku, kaulah ustazah yang memimpin hidupku...kaulah segalanya... I Love You So much...Padi bangga dengan mama..


Ingin ku berkongsi suatu kisah yang menyentuh sanubari ku di hari ibu ini..Seorang kenalanku telah pulang ke kampung halaman semata-mata ingin meraikan hari ibu bersama ibu tercinta. Mereka keluar bersama, sungguh bahagia...Namun kebahagian itu hanya seketika, dalam perjalanan si anak yang memandu kereta telah mengalami kemalangan..Ibu dan adik bongsunya meninggal dunia...Dirinya dan seorang lagi adik masih trauma dan cedera parah..Semuanya umpama mimpi, hanya dalam sekelip mata, skrip ceritera ini berubah.." Ya Allah, jangan kau duga diri ku dengan dugaan yang sedahsyat ini, aku tidak mampu.." hanya doa itu terpacul dari mulut ku tika mendengar perkhabaran sedih ini... Semoga roh ibu dan adiknya di cucuri rahmat dan kenalan ku ini akan terus tabah menghadapi dugaan yang menimpa...Sama-samalah kita menjadikan ia sebagai renungan dan ikhtibar... Salam Takziah...Al-Fatihah


Thursday, May 7, 2009

Di sini bermula.....

Pada 23 Mac 2009 sehingga 17 April 2009 yang lalu aku telah menjalani praktikum pertama ku sebagai seorang guru. Perasaan bercampur baur itu sudah pasti melata di hati. Pelbagai perkara bermain diminda ku... Gemuruh, teruja, takut, seronok, segan, blur, tertekan dan macam2 lagi perasaan yang muncul sehinggakan ada perasaan yang tak mampu aku gambarkan, peliknya.. Bagi ku ini adalah permulaan segalanya dalam kerjaya ku sebagai seorang guru. Nampak kecil tapi memberi sejuta makna buat diriku dan hidupku..

"Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2"
Suatu kata nama khas yang baru aku pelajari. Namun kini ia semakin sinonim dalam diri ku.. Ia adalah sekolah aku memulakan langkah pertama ku (praktikum la..). Gambaran secara kasar, SKSP2 ini adalah sebuah sekolah yang serba sederhana. Baik dari struktur bangunan, guru-guru, infrastuktur hinggalah pelajarnya. Kehadiranku disambut dengan baik oleh semua pihak. Hal ini aku nyatakan berdasarkan senyuman-senyuman yang jelas terlukis di setiap wajah yang terkilas melihat ku, namun keikhlasannya tuhan sahaja yang tahu...



Aku telah menjalani praktikum pertama ku selama 4 minggu di sini.. Banyak yang aku pelajari.. Setiap apa yang dicatat di dalam buku adalah jauh berbeza dengan situasi sebenar, ia boleh di umpamakan seperti buku cerita fantasi kanak-kanak, penulisan didalamnya sungguh indah dan ingin sahaja kita nikmati namun ia semuanya hanya fantasi tidak mungkin direalisasi.. Mungkin benar apa yang hebat diperkatakan kini, buku ilmu pendidikan kini sudah tidak releven dengan peredaran zaman, apa yang kami terima di dalam kelas sepanjang pengajian adalah jauh berbeza dengan realitinya kini.. SKSP2 mengajar ku seribu satu istilah sebenar 'GURU' .Apa makna di sebalik perkataan empat huruf ini? ...Terima kasih...Di sini aku mengenal erti tanggungjawab ku sebagai pendidik (pencorak generasi masa hadapan, khazanah bernilai negara), setia pada tugas dan profesyen yang ku jawat kini, cinta akan bidang keguruan dan kanak-kanak, besabar melayani kerenah rakan sekerja, tuntutan pihak pentadbir serta telatah para pelajar yang dahagakan perhatian dan kasih sayang.


Pernah suatu ketika aku terduduk dan befikir benarkah aku ingin menjadi guru? sanggupkah aku? mampukah aku?.... Dengarlah sekelian makhluk, aku, Zulfadhli Julfekar benar-benar ingin menjadi seorang pendidik. Biar kerjaya ini tidak popular, biar kerjaya ini menjadi cacian, biar kerjaya ini tidak di pandang tinggi namun bagi ku, seluruh jasad dan roh ini telah siapsiaga ku abadikan untuk menjadi seorang pendidik.. Aku rela.. Kini aku faham bait kata-kata ini '..jalanku seorang guru, dudukku seorang guru, makanku seorang guru dan MATIku juga mati seorang guru....' SKSP2 sekali lagi ku kalungkan jutaan terima kasih atas pengajaran penuh bermakna ini, biar ku khatam 1001 buah buku pendidikan pasti ku tidak akan temui semua ini, aku pasti...Semoga kita bertemu lagi..

16 Mei 2009.. Tarikh keramat ini semakin hampir. Buat semua warga pendidik di atas muka bumi tuhan ini ingin ku ucapkan 'Selamat Hari Guru.'..Penghayatan yang terbaik adalah fahami dan hayati gelaran (cikgu, guru, teacher, sir...) yang kau pegang itu. Bagi diriku aku belum layak memegang semua gelaran itu dan masih banyak yang perlu aku pelajari... Di sini segalanya ku dambar, di sini segalanya ku rasa, di sini segalanya ceritera tercipta, di sini segalanya bermula, di sini......