Wednesday, May 27, 2009

Poli + gami = Poligami

Salam..Pagi ni bangun-bangun tido je terus aku tgk blog aku ni..Rasa macam nak sangat menulis tapi idea takde lagi...Tengah khayal mengelamun tgk blog ni aku dapat satu panggilan talifon dari bonda tercinta...Seronoknya...Tamat je perbualan tu idea pun datang...Hari ni aku nak cerita pasal poligami (bukan politeknik, poligon mahupun poliphonic). Penulisan kali ini agak berat dan serius, jom kite layan....

Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan peraturan perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yang membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat. Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa. Di dalam Islam juga hal ini digalakkan tetapi dengan beberapa syarat dan keperluan yang mendesak.

Itu merupakan pandangan secara ilmiahnya..Tapi bagi aku secara jujurnya aku memang tak bersetuju dengan isu poligami ni...Aku dapat rasakan, dalam poligami ini lebih banyak pahit dari manisnya..Hanya insan yang benar-benar faham dan arif tentang konsep poligami ini sahaja akan mampu menzahirkan kebahagiaan dalam hidup mereka...Jauh di sudut hati, aku amat berharap dan berdoa janganlah diketuk pintu hatiku, jangan diduga imanku, jangan terdetik dalam mindaku hingga mendorong aku ke kancah poligami ini suatu hari nanti...(cakap macam dah kawin je) Tapi tu harapan je la, perjalananku masih jauh...Cuma satu pesanku, dalam hidup ini ada 3 jenis cinta, cinta Allah, cinta ibubapa dan cinta isteri...Namun pastikan setiap cinta itu dizahirkan dengan ikhlas, suci dan penuh kesetiaan...

Jika ada sesisapa yang tersinggung dengan penulisan aku kali ini aku minta maaf. Tapi ini adalah hakikat..Last, aku sertakan lagu Ayat-ayat Cinta, hayati dan fahami setiap bait kata dalam liriknya...Indah dan besar pengertiannya...





14 comments:

Mohd Shazwan said...

i lap u padi!
ehh silap..bukan padi
i lap u rossa!
muahaha!

berkawan biar seribu
berkahwin biar satu je padi?
hehehe

Nurul Hidayah Isnin said...

pergh..cikgu padi..
bagusla..
untung sp yg bakal jd bini ckg padi..

psni cmfirm kmntrian wanita,kluarga, dan msyrkt lantik ckg padi jd pncrmh bebas..

'Cikgu Padi' said...

syazwan: ala lap aku pun takpe, asal rossa je yg dapat...

dayah: tak mau la penceramah je, nk jadi menteri trus leh?

aHmaD 'LiLy' kHaLiLi said...

cikgu padi, rasenye poligami tak salah kalo kena pada tempatnye...
Nabi kita dulu pon berpoligami gak kan???

'Cikgu Padi' said...

poligami mmg tak salah, tapi ni pandangan peribadi aku je...aku tak setuju dan tak boleh terima...untuk org lain, ikut la kan...tepuk dada tanyelah hati...

abdul said...

btol 2..time nk kawin best time nk mange susah...seti apada yg 1 ja....

'Cikgu Padi' said...

betol3..patik sokong..

Roy said...

Poligami ek...dgr mcm best n dh bayangkn bukan2 je =P tp tue laa, tgjwb besar beb. Klu laa wanita n lelaki saling memahami dan melengkapi...alangkah indahnya dunia. Tp, Allah dh jd kan ader perbezaan supaya kita berfikir dan berikhtiar.

n a j j i a said...

bagus la sape yang bersumpah sehidup semati tanak berpoligami...
kalau i la yang kena dipoligamikan...tak sanggup nokkk...da byk sangat cite dengar pasal poligami ni kan..wlupon manis bagi si madu...pahit jugak lah bagi istri pertama..ye;ah..mane taknye,dah la dulu janji sehidup semati,hanya kau yang ku cinta rokiah..tup tup..habis madu sepah dibuang..haishh~sedih jadi rokiah..

susu dan biskut... said...

Poligami? Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!
Huh!

Trimas padi atas post yang bagus macam ni. Kan senang kalau semua lelaki pun pikir macam ni. Ni tak, hidup nak senang je...
Huhu.

mohd hairy said...

aku setuju ngan cikgu padi!!! setia pada yang satu je!!!!!!!!

Roy said...

aku x setuju...ramai2 lagi baik. =)

'Cikgu Padi' said...

najjia: awak de pape hbgn ngan rokiah ke?hehee...

susu: kite mmg la taknak tp if dah takdir camtu kine kene terima n pastikan yg terbaik untuk semua..

hairy:bagus la kalau begitu...

roy:ko jgn macam2 bgtau Y t br tau..

p/s:bile kawin semua nak ikut nabi tapi apasal bab ibadah lain semua tak nak...

alihanafiah said...

aku xnak tau pasal poligami..aku nak ko tulis pasal polisdirajamalaysia..-anak&adik bond-