Saturday, December 11, 2010

Abg Kiki Bertunang + Tips Bakal Suami

Salam semua...Dah mula rasa bosan dok umah ni, tak tau nk buat apa dah.....Last week abg saya Cikgu Zulfikri telah selamat bertunang....Kitorg akan kawin sama taun depan..hehehehee....Tak saba rasenye (sgt gediks ok...). Majlis pertunangan abg tu berjalan di Melaka. Alhamdulillah ramai gak pergi. Nak jadi cerita, time majlis tu saya telah melantik diri saya sendiri untuk menjadi photographer (tqvm to mr syafiq kerana meminjamkan gajet kesayangannya...). Tapi hasilnya biasa2 je, yang penting saya puas hati kerana rela menyahut cabaran....hahahhaaa...jom layan pic skit..

rombongan lelaki tiba...



hantaran pihak lelaki.....



hantaran pihak perempuan....

Amacam?...Tunang dah selesai, pasni kahwin plak...Persiapan untuk Majlis tahun depan masih belom bermula tetapi dah selesai segala perbincangan...Biase la nk majlis ni macam2 mende jadi, tapi rasenye tak perlu story kat sini....Sebenarnye kali ni nk share pasal satu list tips tambahan tuk para bakal suami yg saya baca (tah la skrang suke sgt cr tips2 pesediaan cam ni). Kepada abgku dan teman2 yang bakal menjadi suami jom baca....(aku pon kene baca gak la...)

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3.Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
8. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
9. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
10. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
16. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan menyalahkan isteri.
17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen. 18. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

alamak salah gambar..(saje nk gedik letak pic ni)


Amacam....cam susah je kn......Tapi i'allah semua itu akan dapat dilaksanakan dengan pengahayatan sebenar erti sebuah ikatan perkahwinan....Go Cikgu Padi...Go..Go...(bajet semangat...hahahaa).


Saturday, November 20, 2010

Tips Menjadi Suami yang Disenangi, Dikasihi dan Dihormati,....


1. Mengerti pentingnya sesebuah Perkahwinan.

2. Jauhkan diri daripada Si Pengganggu.

3. Mengerti tanggungjawab sebagai Ketua Rumah Tangga.

4. Belajar membuart keputusan. (Toleransi & Musyawarah)

5. Belajar memaafkan.

6. Bersikap Jujur, terbuka dan lebih berterus terang.

7. Bijak mengurus tadbir dan melindungi keluarga.

8. Tegas namun serlahkan keperihatinan, penyayang dan romantis.

'Cinta adalah kekuatan.. yang mampu mengubah duri jadi mawar.. mengubah cuka jadi anggur.. mengubah sedih jadi riang.. mengubah amarah jadi ramah.. mengubah musibah jadi muhibbah.. itulah CINTA'

Friday, November 19, 2010

Jom kempiskan perut

Salam....hahahahaa...mula2 nk gelak dulu...Memandangkan raya Qurban br lepas dan perut semua masih penuh dengan daging2 qurban yang fresh jadi jom sama2 kita kempiskan perut....Ni tips yang dapat dari sebuah buku....Semoga perkongsian ini dapar memberikan anda semua perut idaman anda...Saya? samalah kita...jom layan....

  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin.
  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!
  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
  8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!
  9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!
Haaaa...cam tu la lebih kurang buku tu tulis...Selamat mencuba...Semoga semua mendapat abs yang cantik dan menawan....hehehee...GOOD LUCK...

Jika sekarang begini...



Selepas ini pasti begini jadinya...hahahahahaa

Tuesday, November 16, 2010

Gerbang Cinta Mega Utusan

Salam....Saya di dalam dunia baru...Tidak lagi berada di Johor Bahru dan kini sepenuhnya di Ampang menanti keputusan penempatan guru 2011 pada Disember ini....Huhuhuhu....Sangat sedey mengenangkan jutaan kenangan yang saya tinggalkan di IPG KTI...Saya terpaksa pulang awal meninggalkan semua teman-teman dalam keadaan yang amat tergesa2-gesa, jauh di sudut hati saya amat ralat namun percaya teman-teman faham saya ada urusan penting + kecemasan...Semuanya berkenaan tajuk entri kali ini.....

Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Musim ke 2....Saya secara tidak disangka-sangka dipanggil untuk saringan pertama pemilihan ini pada Jumaat yang lalu...Dalam keadaan yang blur-blur saya hanya menurut...Di sana barulah saya dan tunang tercinta, Cikkin faham akan apa yang terjadi....Kalau ingin diceritakan panjang bebenor jadi saya akan pendekkan....

  1. Peraduan ni dijalankan oleh Utusan Malaysia.
  2. 10,000 pasangan telang menghantar pemohonan.
  3. Kami mencuba nasib tapi semua mende orang lain yang buat, TQVM...
  4. Kami terpilih 100 pasangan tuk saringan.
  5. Peserta perlu melalui Kursus Keluarga Sakinah dan beberapa penilaian termasuk Ujian bertulis.
  6. Saingan amat sengit, tak letak harapan...
  7. Alhamdulillah dan memeranjatkan, terpilih dalam top 25 untuk ditemu duga.
  8. Temuduga berpasangan pada 28 November 2010, ingin mencari 10 pasangan untuk final.
  9. Hadiah berupa penajaan perkahwinan kepada semua peserta final bernilai hampir RM300,000.
  10. Doakan yang terbaik buat kami.....Tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi....Enjoyyy....
  11. TERUJA....

peserta top 25...



cuba cari di mana saya? hahahahhaa...

Thursday, November 11, 2010

Detik Itu Kian Hampir

Salam....Masa kian suntuk....Setiap detik seakan pantas berlalu...Beberapa jam lagi bandar Johor Bharu akan ku tinggalkan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim akan tercatat kemas di dalam naskah agung perjalanan hidupku....Akan ku tinggalkan semua dengan harapan dan doa agar semua sihat, bahagia dan berjaya bukan sahaja di dunia malah akhirat...Perpisahan pasti berlaku namun ikatan ukhwah itu akan semakin rapi tersimpul padu di minda jua di kalbu....Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup ku....Urutan puisi indah ini buat kalian yang pasti ku rindui....

Biarkan masa lalu lepas berlalu
Untaian waktu tak lagi kembali
Doa saja yang tinggal kini
Insafi hati akan Jalan-Nya diberkati

Syahdu dan pilu kian padu
Nodai hati hadirkan duka melatar
Teringat tiada, pergi tanpa kenangan
Oh perpisahan hantui setiap insan

Dari relung hati terbersit sayu
Untuk hidup begitu hanyutkah aku?
Andai segala daya kumiliki
Aku ingin hidup lebih berarti
Bersama kalian insan ku kasih.....


teman-teman PISMP ambilan Januari 2007




warga Kolej Kediaman C....




Cinta Hati.....




Sumpah saya pasti merindui kalian...




all the boys....



Monday, November 8, 2010

GURU (Bukan kerja 7.30pg - 1.30ptg)

Salam...Tengah busy study untuk last paper saya begelar pelajar ni, tetibe terbaca plak satu artikel yang di tulis oleh Saudari Intan di Facebook....Artikel ini memberi dwimakna kepada saya. Pertama, tanggungjawab yang amat besar bakal menanti mu Cikgu Padi dan yang kedua, kepada masyarakat di luar sana sebelum ringan mulut anda memaki, mencaci dan memperkecilkan tugas kami, hayati sedalamnya artikel ini....Jom kita baca....

TUGAS SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..




Monday, November 1, 2010

Bingkisan Seorang Sahabat.....

Biarlah aku ceritakan tentang seorang sahabat. Sahabat yg sgt baik, yg aku khuatir tidak ada lagi orang sepertinya selepas ini. Selepas kita letakkan noktah untuk perjuangan kita mendapatkan sekeping sijil di tempat usang ini. Di tempat usang yang aku ketemu insan yang bagi aku makamnya lebih tinggi dari sahabat,kawan atau apa saja panggilan untuk manusia yg tidak punya pertalian darah denganku. Yang akan sentiasa tidak lupa untuk mengejutkan aku setiap hujung minggu untuk bersarapan, yang tak jemu menelefon aku bertanyakan aku mahu apa jika aku tidak dapat turut bersama..Dan yang paling penting, tak jelak dengan perangai aku yang seperti hamjat ini. Tak mau aku ceritakan lagi kebaikan dia kerana terlalu banyak untuk aku senaraikan di sini. Cuma satu yang aku pelik tentang dia, dia tak pernah sedar apa kebajikan yang dia buat kerana lahiriahnya dia begitu. Memberi tanpa mau mengharapkan apa-apa. Tapi aku hairan kenapa tuhan uji manusia yang sebagus ini dengan bermacam-macam pengkhianatan, fitnah dan hasad dengki. Cuma aku tidak risaukan dia kerana aku tau dia manusia yang hebat dan tidak terkesan walau segaris calar dengan perkara seumpama itu. Aku cuma risau,sedih dan khuatir untuk diri aku. Aku akan berjalan tanpa ada manusia hebat ini untuk menemani aku. Aku akan makan tanpa ada manusia hebat ini bertanya di mana kita nak makan dan yang paling memilukan, tanpa manusia hebat ini untuk aku bicara. Biarlah aku akhiri mesej aku begini, "jika ada seorang sahabat yang aku kagumi, engkaulah orangnya".
- kawanmu yang tak best..........

Sunday, October 31, 2010

Kelantan (Juara Piala Malaysia vs Kenegerian)

Salam…Tahun ini Piala Malaysia dimenangi oleh negeri Kelantan…Sungguh membanggakan setelah bertahun lamanya menanti akhirnya piala terulung di Malaysia ini pulang ke negeri cik siti wan kembang ini….Di stadium tadi dapat dilihat betapa lautan merah memenuhi hampir segenap penjuru stadium, saya mula terfikir dengan kekangan seperti jauh, harga tiket mahal dan pertembungan politik yang sedang hangat berlaku mereka masih bersatu memberi sokongan kepada pasukan negeri mereka. Semangat kekitaan yang sangat tinggi dan harus dihormati…Lupakan sebentar perspektif negatif seperti mercun atau ganas, tapi saya ingin melihat keberhasilan rakyat negeri tersebut. Kenapa ramai orang Kelantan berjaya? Lihat sahaja keputusan UPSR, PMR, SPM dan STPM negeri Kelantan tidak ketinggalan menempatkan diri dalam 3 negeri terhebat. Di universiti juga begitu, pelajar 1st class kebanyakan dari negeri tersebut. Benarkah orang Kelantan bersikap kenegerian? Inilah yang dikatakan budaya Kelantan bukan sikap kenegerian. Orang Kelantan tidak gemar kalau mereka dikatakan bersemangat kenegerian dan kedaerahan. Mereka lebih kekitaan dengan rasa ‘samo kito’. Mereka boleh berkelahi kerana politik dalaman tetapi bersatu hati dalam budaya. Ada satu ungkapan Kelantan berbunyi, ‘Kalau sukakan seseorang, ayam tengah mengerang pun disembelih, kalau benci, hampas budu pun tak diangkat’. Ramai anak-anak Kelantan berjaya di luar Kelantan, menjadi tokoh ilmuan, agamawan, sarjana, pentadbir, korporat dan kongolemerat yang cemerlang. Dengan nilai-nilai agama dan budaya di dada, mereka membantu mendorongkan kemajuan negara. Ini hanya suatu pendapat peribadi, saya bukan anak Kelantan tetapi agak mengkagumi kelebihan yang mereka ada…. Benar kata sastrawan bukan melayu tersohor di Malaysia yang juga berasal dari negeri Kelantan, Dr Lim Swee Tin ‘kito ni oghe mikir, kito tahu gapo hok kita nok’. Pada pandangan anda apa lagi ciri-ciri yang ada pada negeri Kelantan tiada pada negeri lain untuk maju?

suku dari ribuan penyokong yang membanjiri stadium.....




nilai kepimpinan yang penuh kesederhanaan...




keikhlasan doa seorang pemimpin....

Friday, October 29, 2010

Perihal P.A.L.I.N.G


hal paling berat didunia adalah memegang amanah


hal paling ringan didunia adalah meninggalkan solat


hal paling jauh didunia adalah masa lalu


hal paling dekat didunia adalah mati


hal paling besar didunia adalah hawa nafsu


hal paling tajam didunia adalah lidah manusia

hal paling indah didunia adalah ukhuwah antara manusia...


gambar sekitar malam perpisahan Kolej Kediaman C...




kalian pasti dalam ingatan....




keluarga yang pelbagai ragam dan menitipkan sejuta rasa...terima kasih semua...
Ukhuwah itu indah...



Wednesday, October 27, 2010

Kursus Pra Perkahwinan

Salam....Tajuk entri ini telah menjawab kemana saya dua tiga hari ini.....Saya telah selamat mengikuti kursus Pra Perkahwinan yang menjadi salah satu syarat wajib sebelum kita mendirikan rumah tangga... Saya telah pergi bersama tunang tercinta Cikkin, Argon, Rin, Syafeeq, Ein, Ayap, Masyuk dll so takde la sunyi sangat...Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang 2 hari di sana.....Saya telah memilih Zura Akademi di Bangsa sebagai tempat menjalani kursus. Sangat menarik dan menghiburkan...Boring dan ngantuk2 sikit2 tu biase la....Terima kasih atas semua ilmu yang telah diberikan dan mengingatkan saya bahawa tanggungjawab yang bakal dipikul amat besar dan persediaan dari segi fizikal, mental dan rohani amat penting dalam memastikan bahtera yang bakal kita kepalai terus berlayar walau didatangan ombak dan badai...Dah alang-alang balik KL dapat la saya bemesra ngan keluarga sebentar selain menyelesaikan sedikit urusan awal berkaitan majlis perkahwinan tahun depan (semangat...semangat...semangat....). Akhir kata, baca, renung dan selami maksud sebenar gugusan kata ini....

'Kebahagiaan itu hak ALLAH..Jika kamu menjaga haknya pasti kebahagian itu menantimu...'

bersama Cikkin.....



Argon & Hazrin



Syafeeq & Indah Hayati (ein)



all the 'bakal suami'.....

Friday, October 22, 2010

Bekalan....

Apabila telah meninggal anak Adam, maka terputuslah segala perbuatannya kecuali 3 perkara:
Pertama, sedekah jariah
Kedua, ilmu yang bermanfaat
Ketiga doa anak-anak yang soleh untuk kedua ibubapanya...

Salam, Hadis di atas menerangkan tentang bekalan manusia yang ada selepas kematiannya. Saya terpanggil untuk berkongsi hadis ini setelah selesai menghadiri ceramah bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Ceramah yang telah saya terima sebentar tadi amat memberi kesan dalam diri saya. dengan ini saya menyeru diri saya sendiri dan semua rakan2 agar memahami dengan mendalam maksud hadis di atas....Benar, semua orang penah membaca dan mendengar hadis bukan sekali malah berkali-kali, namun berapa kerat sahaja yang memahami dan menyelami pengertiannya..Adakah kita sudah bersedia, cukupkah bekalan kita dan yang paling saya terkesan apakah sumbangan kita untuk kedua ibubapa kita yang telah tiada, jika ada, makbulkah doa kita untuk kedua ibubapa kita..Bersedekah la kita kerana ia adalah bekalan yang paling mudah dan terbaik buat kita...Bukan nilai menjadi ukuran tetapi keikhlasan yang menjadi pertaruhan..Semoga kita akan dilindungi dan dilimpahi rahmat-NYA...


”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.


boleh layari web site ini untuk mendapatkan maklumat tambahan...

Thursday, October 21, 2010

Dulu, Kini & Selamanya....

Masa lalu untuk dikenang,

Masa kini untuk dihadapi,

Dan masa depan untuk dinanti.....


ketika sebelum masuk IPG..



gambar terkini.....



.....di masa hadapan adakah mungkin aku di sini????

Wednesday, October 20, 2010

Angan-angan...

Salam....Hari ni saya nak bercerita pasal angan-angan....Bila dengar je perkataan ini pasti terlintas beberapa kumpulan kata yang sewaktu dengannya seperti impian, keinginan, mimpi, harapan dan cita-cita...Namun dari segi maksudnya setiap kata-kata ini mempunyai konotasi yang berbeza...Kenapa tetiba saya bercerita pasal angan-angan ni? Haaaa...ceritanya bergini, saya ni mungkin agak kurang perihatin dengan kemahuan atau lebih sesuai dikatakan 'angan-angan' tunang saya....Dia pernah menyatakan keinginannya mempunyai blog sendiri dan meminta saya mengajarkannya, namun saya fikir ia hanya gurauan semata-mata....Namun semalam terlintas difikiran saya untuk merealisasikan impiannya dan seperti yang dijanggakakan dia sangat gembira..Emmmm...sebenarnya bukan susah untuk menggembirakan hati insan yang kita cintai...Atas dasar angan-angan ini lah terhasilnya bloghttp://cikkindiary.blogspot.com/ Saya hanya membuat asasnya dan selebihnya terserahlah pada dia....Kepada yang di luar sana, perihatainlah dengan setiap kata-kata pasangan anda mungkin dengan hanya memenuhi angan-angan kecil pasangan anda keharmonian sesuatu perhubungan itu akan dapat disemarakkan.....To beloved cik tunang, jadikanlah ia sebagai peneman bukan tempat membuka kekhilafan dan tulislah dengan berkhemah dan ingat orang yang tersayang...Love You...

blogger account.....




Camni la rupe blog Cikkin's Diary tu lebih kurang....

*sorry sayang, b ni bukan pandai sangat..kite sama-sama br belajar..hentam je..hehehee

Tuesday, October 19, 2010

9 + 10 = 19

Salam...hari ni saya nak bercerita pasal angka 19..Apa yang menarik sgt pasal angka ni? Sebenarnya ini jumlah coursemate or classmate saya. Hanya 19 orang, 9 lelaki dan 10 perempuan. Walaupun jumlahnye sedikit tapi ragamnya tuhan sahaja yang tahu.
Kami datang dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia, dari Perlis sampai lah ke Johor..Kebanyakan mereka baya adik2 saya, saya je terlebih tua dalam kelas tu, tapi isu umur ini tidak pernah menjadi penghalang..Kini sudah hampir 5tahun setengah kami bersama, pahit, manis, tawa, sendu semua telah kami lalui bersama. Kini telah tiba masa untuk berpisah, semua orang tahu.....
Perasaannya kini amat sukar untuk digambarkan, tapi apa yang pasti saya akan sentiasa merindui mereka, mungkin saya ni tak sweet dan tak reti nak tunjuk yang saya sayang, kasih dan menghargai mereka..Tapi jauh disudut hati, kalian amat bermakna bagi diri ku....Kalian antara watak penting dalam naskah agung perjalanan kisah hidupku....
Semoga ukhwah yang kita bina tidak akan berakhir hanya setakat ini. Saya mendoakan kalian bakal menjadi guru yang cemerlang dan insan kamil yang mendapat keredhaanNya di dunia juga di akhirat....Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian ceritera hidup ini...Iklhlas dari hati ini, saya memohan ampun dan maaf jika ada sebarang kesalahan dan ketelanjuran yang telah saya lakukan...
Akhir sekali...Saya sayang kamu semua dan pasti akan sentiasa merindui kalian nanti.....Selamat Berjuang Sahabatku....

Monday, October 18, 2010

Perpisahan ????

Salam, lama benar rasanya tidak menulis....Biasa la kekangan masa dan tugas yang terlalu menyesakkan jiwa dan minda....Tak perlu rasanya saya menyingkap segala kisah 'semalam' yang belum tentu menjanjikan bahagia...Sebenarnya, salah satu sebab kenapa saya menulis hari ini adalah kerana permintaan teman baik saya Ali Hanafiah aka Sodek....Memandangkan emosi yang kian tidak stabil kerana hanya tinggal 20 hari lagi saya bakal meninggalkan IPG KTI dan teman-teman tercinta, saya bawakan puisi yang menyikapi sebuah perpisahan. Maknanya yang mendalam, mengingatkan kita untuk tidak terus berduka dengan perpisahan. Justru, jarak yang memisahkan membuat kita melihat segala sesuatu dengan lebih indah dan nyata...Renung-renungkan...


Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka,

Sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan,

Seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.


with all PISMP Januari 2007



sahabat seenjoy.....



one and only, my beloved classmate...

Tuesday, August 17, 2010

Kenangan Ramadhan (Kisah 2)

Salam...Pape pon aku nak mintak maaf kalau entri sebelum ini agak keterlaluan....Sorry ek.....Ari aku nak sambung cerita berkaitam kenangan ramadahan ku untuk Kisah 2...Kalau sebelum ni cerita die cam kelakar sikit tapi kali ni agak berbeza.....Ceritanya macam ni....

Time aku sekolah menengah aku sorang je adik beradik yang duduk asrama, so blk umah jarang-jarang2 la....Oleh sebab itu dalam apa-apa hal aku selalu diutamakan oleh mama, hinggakan menentukan juadah berbuka puasa juga aku diberi keutamaan....Tapi sejujurnya mama tak 'bias' sebab setiap hari ikut selera lain2..Namun jauh disudut hati ni time kecik2 dulu aku sangat jauh ati ngan adik beradik aku sebab aku rasa macam diorang membenci aku...huhuhuhu.....Cerita ni juga berkaitan air kegemaran aku, 'Cincau'. Hari tu mama tanye nak buka minum apa, aku dengan selambanya cakap cincau walaupon baru 2 ari lepas minum cincau...Aku tak sangka mama buat betul2,aku pon ape lagi senyum la..hehehehe...Dah hampir waktu buka, aku masuk tandas nak buang air dan tiba2 aku terdengan suara orang membentak di dapur. Aku mendiamkan diri dan mendengar perbualan itu betol, ini suara adik Pajin (adik bawah aku) ni kata hatiku....

Pajin: Mama! Nape wat cincau lagi....

Mama: Tak pe la kan sedap, bagus tuk sejukkan badan..

Pajin: Ala...kan baru je minum kelmarin....Ni mesti "BUDAK GEMUK" tu mintak!!!!!! tak suke la!!! asyik die je.....

Aku terkedu dan tanpa aku sedari air mata aku mengalir seiring dengan laungan azan...Sayu hati ini, apa salah aku? Apa dosa aku? Cincau je pon....Aku terus menangis dan mendiamkan diri di dalam tandas hingga mama memanggilku kerana telah lewat waktu berbuka....Aku basuh muka dan mengeringkan air mata....Berlakon seprti tiada apa yang berlaku, aku duduk dan minum...Sekali lagi air mata ku mengalis sebaik air cincau kegemaran ku menerjah kedalam kerongkong ku.....MAMA!!!!!!

Namun itu semua kisah lalu, benar kata mama, ketika kecil kita belom matang dan sering perasaan dan kelakuan kita dipengaruhi emosi...Sebenarnya, adik beradikku tidak pernah membenciku cume aku je yang perasaan...Kini dah besar kitorg makin rapat dan akrab....Abang dan adik2 ku, aku rindu ingin berbuka dengan kalian....4 September aku balik..tunggu ye.....

Monday, August 16, 2010

MATI katak !!!!

Malam ini aku telah menyaksikan satu kemalangan ngeri yang mungkin tidak akan dapatku lupakan selama-lamanya. Peristiwa bermula ketika aku hendak keluar mengalihkan skuter kesayanganku. Selepas melewati pintu rumahku, aku telah tercari-cari capal kulit RM105 yang menjadi selipar resmiku ketika keluar rumah. Seketika, kaki kiriku teraba-raba mencari sandal itu. Sebaik-baik tersentuh dengannya aku terus sahaja menyarungkan kaki kiriku kedalam sandal itu. Ketika itulah aku terdengar bunyi satu letupan ... "pop!!!" Secara spontan aku menoleh ke arah bunyi itu. Benar sebagaimana sangkaanku. Satu kemalangan ngeri telah berlaku betul-betul di hadapan matakunyawa-nyaw. Mangsa tinggal nyawa-nyawa ikan dan akhirnya mati di tempat kejadian. Mana mungkin mangsa akan hidup setelah perutnya terburai keluar. Aku amat sedih melihat mangsa namun takdir telah menentukan segalanya. Mangsa kejadian telah "mati katak" kerana kesilapannya sendiri ... duduk di tempat yang tidak sepatutnya.
Ader ke patut dier gi duduk kat slipar gua. Gua memang tak nampak, gua cakap lu sb tempat tu gelap. Lagi pon kite pakai slipar ... kaki main rabe2 je cari slipar. Bile jumpe kite tros sarong n pijak le. Kan dah terpijak n meletop prot member tu. Mati katak ... KATAK tu!!! Ngeri n geli gleman gua sb tumit gua penuh dgn darah katak yg gua pijak tu. Eh ... terpijak tu.

Pengajaran: Jangan duduk atas selipar orang.

p/s: ini hasil nukilan uncle saya yang sangat comel lewat malam tadi...Siapa sangka seorang Kapten bersara yang garang dan tegas boleh wat cite lawak macam ni.....Hanya bacaan ringan, maaf jika ia mengguris perasaan kalian