Wednesday, April 13, 2011

Kembali.....

Salam...Maaf lama tak menulis...Minggu ini aku sudah kembali kesekolah walau MC ku masih berbaki 2 hari...Boring sangat dok rumah aku tak sanggup.... huhuhuh... Banyak perkara yang memeranjatkan dan mengharukan aku tempuhi dalam minggu ini. Awal pagi Isnin aku mmg terharu kerana teman sekerjaku En Ismail Muda (sentiasa muda) awal-awal lagi sudah menunggu ku di luar rumah. Buat pengetahuan semua aku tida transport untuk ketempat kerja sejak kemalangan tempoh hari. Mail la yang sanggup mengambil dan menghantar aku pulang setiap hari...Sangat mengharukan......sampai je sekolah satu lagi kejutan apabila melihat atas meja ku ada banyak kad ucapan Get Well Soon dari anak-anak murid ku...Ini hati ku benar-benar tersentuh...
Syukur aku diberikan kekuatan dan kini telah kembali ke sekolah....Ini je lah buat kali ini...Aku sertakan beberapa keping gambar konvo dan pre weddingku tempohari.... Selamat mencuci mata...hehehehee......Layan.....







Thursday, April 7, 2011

Just The Way You Are...

Salam....Hari ini saya masih MC, bosan sungguh rasa berehat di rumah (tak sedar yang kaki masih sakit dan berjalan terhincut2 seperti kingkong)...Tak sabar rasanya ingin kembali bertugas minggu hadapan....Semoga badan ini kembali sihat dan cergas seperti sedia kala...Kembali kepada tajuk entri hari ini, saya sebenarnya dah lama fikir pasal menda ni...Selalu orang tanye kenapa awak suka pasangan awak? Kenapa awak suka Cikkin? Biasanya memang tak terjawablah...Bukan kata saya tak pasti atau tak tahu, tapi perkara ini susah untuk dirungkaikan. Jika ingin diceritakan segala kebaikan, keistimewaan dan kecantikan segalanya mampu digambarkan tapi adakah itu zahirnya.Tapi jauh disudut hati saya ada satu jawapan yang selalu saya pegang iaitu 'kerana dia adalah dia'....(sweet2 je kn...hihiihi) Tapi betul inilah ikhlas dari hati dan saya percaya. Kepada mana-mana pasangan yang bakal ataupun telah berkahwin jika diajukan soalan yang sama pasti ini adalah kata kuncinya....Perasaan cinta dan kasih itu susah untuk diterjemahkan kerana ia adalah perasaan yang lahir semula jadi dari akal dan hati....

Time ni baru habis sekolah...saya terlatar di hospital tapi die tetap macam tu...




setelah hampir sepuluh tahun die tetap macam tu jagak...



semoga hingga ke akhirnya die tetap macam tu....


Wednesday, April 6, 2011

Bodoh Punya MELAYU!!!!!

Salam...Wah!!!! Tajuk entri yang sangat kontroversi ok....Jangan salah sangka, ini adalah sebahagian daripada kisah dan iktibar dari kemalangan yang saya lalui tempoh hari. Kisahnya begini....Saya telah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa MELAYU. Saya yang tidak bersalah, menunggang motosikal penuh sopan dan ayu tiba-tiba dihentam oleh keretanya yang datang dari jalan bertentangan. Maka bersepahanlah saya di tengah jalan. Saya cuba bangun namun gagal dan rebah kembali (mula-mula cuak pk patah kaki). Nak dijadikan cerita keluar pemandu kereta yang berbangsa MELAYU itu datang kearah saya dan dengan sedikit pun tanpa rasa bersalah berkata...."ko aleh motor ko, aku aleh keta aku!!!!" Dibiarnya saya terkapai-kapai ditengah jalan tanpa rasa belas dan sebutir kata-kata maaf. Syukur, berhenti sekawan lelaki (bertiga) berbangsa India mengalihkan motor dan mengangkat saya ketepi jalan. Lebih memalukan sekawan india itu melaungkan kata-kata yang benar-benar membuatkan saya berfikir.."Bodoh Punya MELAYU!!! Hati takda ka! Otak takda ka!" Itulah realiti kehidupannya kini, saya sedar bukan semua yang bergelar MELAYU itu begitu. Mungkin ini hanya percisan kecil dari produk yang gagal dan saya insan malang yang menemuinya. Lupakan isu bangsa, agama, warna kulit, fahaman politik dan sebagainya, cuma mana letaknya hati perut mereka sebagai manusia...Saya benar-benar malu dan terkilan......