Sunday, October 31, 2010

Kelantan (Juara Piala Malaysia vs Kenegerian)

Salam…Tahun ini Piala Malaysia dimenangi oleh negeri Kelantan…Sungguh membanggakan setelah bertahun lamanya menanti akhirnya piala terulung di Malaysia ini pulang ke negeri cik siti wan kembang ini….Di stadium tadi dapat dilihat betapa lautan merah memenuhi hampir segenap penjuru stadium, saya mula terfikir dengan kekangan seperti jauh, harga tiket mahal dan pertembungan politik yang sedang hangat berlaku mereka masih bersatu memberi sokongan kepada pasukan negeri mereka. Semangat kekitaan yang sangat tinggi dan harus dihormati…Lupakan sebentar perspektif negatif seperti mercun atau ganas, tapi saya ingin melihat keberhasilan rakyat negeri tersebut. Kenapa ramai orang Kelantan berjaya? Lihat sahaja keputusan UPSR, PMR, SPM dan STPM negeri Kelantan tidak ketinggalan menempatkan diri dalam 3 negeri terhebat. Di universiti juga begitu, pelajar 1st class kebanyakan dari negeri tersebut. Benarkah orang Kelantan bersikap kenegerian? Inilah yang dikatakan budaya Kelantan bukan sikap kenegerian. Orang Kelantan tidak gemar kalau mereka dikatakan bersemangat kenegerian dan kedaerahan. Mereka lebih kekitaan dengan rasa ‘samo kito’. Mereka boleh berkelahi kerana politik dalaman tetapi bersatu hati dalam budaya. Ada satu ungkapan Kelantan berbunyi, ‘Kalau sukakan seseorang, ayam tengah mengerang pun disembelih, kalau benci, hampas budu pun tak diangkat’. Ramai anak-anak Kelantan berjaya di luar Kelantan, menjadi tokoh ilmuan, agamawan, sarjana, pentadbir, korporat dan kongolemerat yang cemerlang. Dengan nilai-nilai agama dan budaya di dada, mereka membantu mendorongkan kemajuan negara. Ini hanya suatu pendapat peribadi, saya bukan anak Kelantan tetapi agak mengkagumi kelebihan yang mereka ada…. Benar kata sastrawan bukan melayu tersohor di Malaysia yang juga berasal dari negeri Kelantan, Dr Lim Swee Tin ‘kito ni oghe mikir, kito tahu gapo hok kita nok’. Pada pandangan anda apa lagi ciri-ciri yang ada pada negeri Kelantan tiada pada negeri lain untuk maju?

suku dari ribuan penyokong yang membanjiri stadium.....




nilai kepimpinan yang penuh kesederhanaan...




keikhlasan doa seorang pemimpin....

No comments: