Wednesday, June 16, 2010

Kota Singa BANJIR !!!!!

Salam...Lama rasa tak menulis, ini mungkin disebabkan demam World Cup kot..hehehehe....Kali ni aku nak cite pasal satu perkara yang mengejutkan aku hari ni, Singapura dilanda todak...salah2....Singapura dilanda banjir.....Saudara ku di sana memberi sedikit info dan gambaran tentang keadaan sebenar..Siapa sangka kota metropolitan seperti kota singa ini mampu lumpuh kerana banjir....Keadaan paling teruk adalah di sekitar Orchard Road dan Rochor Road. Biar gambar-gambar ini berbicara, atas apa semua yang berlaku memberi pengajaran dan menjadi pedoman buat kita....

serius nampak!!!




kerusi untuk duduk ke tuk bediri?




macam kat KL je? 2 x 5...




lumpuh.......

Wednesday, June 2, 2010

Nukilan buat SAHABAT...

Salam...Semalam aku belajar sesuatu tentang persahabatan. Rentetan itu terhasillah nukilan buat sahabat ini...Lihat dengan mata, fikir dengan akal, fahami dengan hati dan simpan kekal di sanubari...


Nukilan buat SAHABAT...
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan,
tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering dihujani beberapa dugaan,
tetapi
persahabatan sejati bisa mengatasi dugaan itu,
bahkan
bertumbuh mekar bersama kerana disiraminya…

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya,
sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan harapan sahabatnya berubah.


Setiap insan pasti mengimpikan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil memiliki.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan ini,
namun
ada juga yang hidupnya hancur kerana dikhianati.



Ni lah hasil penulisan aku sepanjang malam....Kepada semua insan yang pernah mengenali aku, terima kasih kerana kehadiran kalian membuatkan hidup ini lebih bermakna...

*ni koleksi pic yang aku nak kongsi pasal budak-budak umah aku (Mamandarians)..Siapa yang tiada harap maaf, ia tak bererti kalian tidak bermakna..



Tuesday, June 1, 2010

Ya ALLAH, Lindungilah mereka.....

Salam...Konvoi bantuan untuk GAZA yang turut disertai rakyat Malaysia telah diserang oleh Pasukan komando Israel. Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam flotila bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza diserang dan mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera. Lihat beberapa info dan dapatan penting tentang kejadian tersebut:-

  • The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.
  • Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.
  • Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu. Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Untuk makluman semua, kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa itu. KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN, DOAKAN KESELAMATAN MEREKA. YA ALLAH, DENGAN RAHMAT MU LINDUNGILAH MEREKA..KAMI MEMOHON...

  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUAN Palestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUAN Palestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUAN Palestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUAN Palestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUAN Palestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Sila lihat kronologi gambar yang dapat saya kumpulkan...

Permulaan pelayaran penghantaran bantuan GAZA dari Turki...



Saat cemas serangan dari Israel di atas kapal “Mavi Marmara”



Ahli rombongan terus berdoa dan berserah pada NYA...



Antara mangsa yang berjaya dibawa keluar...



Wartawan AWANI yang masih belum pasti keadaannya....