Wednesday, June 2, 2010

Nukilan buat SAHABAT...

Salam...Semalam aku belajar sesuatu tentang persahabatan. Rentetan itu terhasillah nukilan buat sahabat ini...Lihat dengan mata, fikir dengan akal, fahami dengan hati dan simpan kekal di sanubari...


Nukilan buat SAHABAT...
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan,
tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering dihujani beberapa dugaan,
tetapi
persahabatan sejati bisa mengatasi dugaan itu,
bahkan
bertumbuh mekar bersama kerana disiraminya…

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya,
sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan harapan sahabatnya berubah.


Setiap insan pasti mengimpikan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil memiliki.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan ini,
namun
ada juga yang hidupnya hancur kerana dikhianati.



Ni lah hasil penulisan aku sepanjang malam....Kepada semua insan yang pernah mengenali aku, terima kasih kerana kehadiran kalian membuatkan hidup ini lebih bermakna...

*ni koleksi pic yang aku nak kongsi pasal budak-budak umah aku (Mamandarians)..Siapa yang tiada harap maaf, ia tak bererti kalian tidak bermakna..



3 comments:

Nur -al- Ain said...

sahabat tu penting kan, tapi kalau tersalah pilih boleh menyesal seumur hidup. kan cikgu.. Ain sedih mengenangkan nasib mereke yang terlibat dalam misi gaza tu..

'Cikgu Padi' said...

betol tu ain....sahabat segalanya, kepahitan juga kemanisan....

i'allah mereka akan selamat, dengar cerita mereka telah di bebaskan...alhamdulillah...

luvly_heart said...

yg paling tengah gambar no.2 tu nak jadi avatar ke?? bezanya... bukan berwarna biru... huhu ;)