Pada 23 Mac 2009 sehingga 17 April 2009 yang lalu aku telah menjalani praktikum pertama ku sebagai seorang guru. Perasaan bercampur baur itu sudah pasti melata di hati. Pelbagai perkara bermain diminda ku... Gemuruh, teruja, takut, seronok, segan, blur, tertekan dan macam2 lagi perasaan yang muncul sehinggakan ada perasaan yang tak mampu aku gambarkan, peliknya.. Bagi ku ini adalah permulaan segalanya dalam kerjaya ku sebagai seorang guru. Nampak kecil tapi memberi sejuta makna buat diriku dan hidupku..
"Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2" Suatu kata nama khas yang baru aku pelajari. Namun kini ia semakin sinonim dalam diri ku.. Ia adalah sekolah aku memulakan langkah pertama ku (praktikum la..). Gambaran secara kasar, SKSP2 ini adalah sebuah sekolah yang serba sederhana. Baik dari struktur bangunan, guru-guru, infrastuktur hinggalah pelajarnya. Kehadiranku disambut dengan baik oleh semua pihak. Hal ini aku nyatakan berdasarkan senyuman-senyuman yang jelas terlukis di setiap wajah yang terkilas melihat ku, namun keikhlasannya tuhan sahaja yang tahu...
Aku telah menjalani praktikum pertama ku selama 4 minggu di sini.. Banyak yang aku pelajari.. Setiap apa yang dicatat di dalam buku adalah jauh berbeza dengan situasi sebenar, ia boleh di umpamakan seperti buku cerita fantasi kanak-kanak, penulisan didalamnya sungguh indah dan ingin sahaja kita nikmati namun ia semuanya hanya fantasi tidak mungkin direalisasi.. Mungkin benar apa yang hebat diperkatakan kini, buku ilmu pendidikan kini sudah tidak releven dengan peredaran zaman, apa yang kami terima di dalam kelas sepanjang pengajian adalah jauh berbeza dengan realitinya kini.. SKSP2 mengajar ku seribu satu istilah sebenar 'GURU' .Apa makna di sebalik perkataan empat huruf ini? ...Terima kasih...Di sini aku mengenal erti tanggungjawab ku sebagai pendidik (pencorak generasi masa hadapan, khazanah bernilai negara), setia pada tugas dan profesyen yang ku jawat kini, cinta akan bidang keguruan dan kanak-kanak, besabar melayani kerenah rakan sekerja, tuntutan pihak pentadbir serta telatah para pelajar yang dahagakan perhatian dan kasih sayang.
Pernah suatu ketika aku terduduk dan befikir benarkah aku ingin menjadi guru? sanggupkah aku? mampukah aku?.... Dengarlah sekelian makhluk, aku, Zulfadhli Julfekar benar-benar ingin menjadi seorang pendidik. Biar kerjaya ini tidak popular, biar kerjaya ini menjadi cacian, biar kerjaya ini tidak di pandang tinggi namun bagi ku, seluruh jasad dan roh ini telah siapsiaga ku abadikan untuk menjadi seorang pendidik.. Aku rela.. Kini aku faham bait kata-kata ini '..jalanku seorang guru, dudukku seorang guru, makanku seorang guru dan MATIku juga mati seorang guru....' SKSP2 sekali lagi ku kalungkan jutaan terima kasih atas pengajaran penuh bermakna ini, biar ku khatam 1001 buah buku pendidikan pasti ku tidak akan temui semua ini, aku pasti...Semoga kita bertemu lagi..
16 Mei 2009.. Tarikh keramat ini semakin hampir. Buat semua warga pendidik di atas muka bumi tuhan ini ingin ku ucapkan 'Selamat Hari Guru.'..Penghayatan yang terbaik adalah fahami dan hayati gelaran (cikgu, guru, teacher, sir...) yang kau pegang itu. Bagi diriku aku belum layak memegang semua gelaran itu dan masih banyak yang perlu aku pelajari... Di sini segalanya ku dambar, di sini segalanya ku rasa, di sini segalanya ceritera tercipta, di sini segalanya bermula, di sini......

4 comments:
Wah...cikgu Padi dah mula berkata-kata nampaknya! Hee...
Selamat belogging!
bagus r nukilan padi......
yeah!!!selamat hr guru whai kwnku..kerjaye itu adelah sgt mulie...=)
awal lagi nox...16 nie k...heheeh..by de way tq
Post a Comment