Wednesday, September 2, 2009

Tragedi Merdeka

Salam...Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia... Semoga kemerdekaan kali ini lebih dihayati dan akan diisi tiap ruang kemerdekaan itu dengan matang dan berhemah...Kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian mengenai tragedi atau pengalaman yang aku lalui ketika usia kemerdekaan negara kita menginjak 52 tahun. Nukilan kali ini agak panjang namun aku berharap kalian dapat menghayatinya. Semoga apa yang akan aku ceritakan membawa seusai keinsafan dan kesedaran dalam diri kita bersama...

Pada 31 Ogos 2009 yang lalu aku dan sahabatku, Ali Hanafiah a.k.a Sodek dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru. Kami bertolak dari KL jam 12 tengahari. Sesampai kami di KM233.2 arah selatan (Pedas/ Linggi), mata kami terpaku pada suatu kemalangan motorsikal di laluan kecemasan disebelah kami. Kami menyaksikan setiap butir kemalangan itu, kejadian tidah ubah seperti kemalangan di dalam perlumbaan MotoGP. Kami memberhentikan kenderaan secepat mungkin dan bergegas mendapatkan mangsa. Alangkah terkejutnya kami apabila mendapati mangsa adalah seorang muslimah yang masih lengkap memakai tudung. Aku tergamam sambil mulutku tidah henti2 beristigfar.Darah membuak2 membasahi wajah mangsa yang putih, mangsa menggelitik seperti ayam usai disembelih, deru nafasnya benar2 mengerikan...Kami berdua adalah orang pertama berada di tempat kejadian. Aku berusaha menahan kenderaan lalu lalang untuk mendapatkan bantuan dan saudara Sodek tidak henti2 mendail talian kecemasan 999. Hati ku menjerit, "celaka rakyat negaraku ini, Merdeka dilaung dengan megah namun tiada seorang pun terdetik jiwa merdeka mereka untuk berhenti menghulurkan bantuan" Kenderaan lalu lalang langsung tidak menghiraukan usahaku . Setelah hampir 20minit baru ada insan2 kamil yang berhenti dan membantu. Mangsa yang dalam keadaan kritikal kami bawa ke Hospital Alor Gajah (HAG) tanpa kehadiran ambulans. Semua ini hasil usaha ABG ZUL. Dia adalah orang penting dalam penceritaan ini.

Di HAG mangsa diberi rawatan segera, keadalan mangsa amat kritikal. Sedih hati ini apabila mengenangkn keadaan mangsa yang seorang diri tanpa waris. Kami, pihak hospital dan pihak polis tidak dapat mengenalpasti waris mangsa kerana tiada sebarang pengenalan diri pada mangsa. Handphonenya dikunci segalanya baik HP, Sim card juga memory card. Oleh itu kami menjadi waris sementara kepada mangsa, setelah beberapa ketika mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Besar Melaka kerana keaadaannya yang semakin kritikal. Kami mengikut ambulans dari belakang sehingga ke hospital. Di sana, doktor terus berusaha untuk mengelamatkan mangsa yang kian lemah dan tidak bermaya. Sedikit berita gembira kerana melalui no pendaftaran motosikal mangsa , kami dapat mengetahui nama, no ic dan alamat mangsa melalui bantuan unit data JPJ. Kami terus berdoa agar dipanjangkan umur gadis ini... Belum sampai satu jam mangsa di masukkan ke unit kecemasan, kami mendapat berita bahawa mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Setelah kami berbincang, kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan kami ke Johor Bahru. Kami memberikan semua maklumat diri dan butiran kejadian kepada pihak hospital dan polis sebelum meninggalkan hospital. Berat hati ini untuk pergi tapi kami terpaksa. Sehingga detik ini aku hanya mengenali mangsa sebagai Nursharidah Bt Mohammad, itu pon jika benar beliau adalah pemilik motosikal itu. Sehingga artikel ini di tulis kami masih belum mengetahui keadaan terkini mangsa. Aku masih mengharap mangsa terus diberi kesempatan menghirup udara dibumi ini dan masih diberi kesempatan bertemu keluarganya. Walau apa pon terjadi banyak perkara yang aku pelajari melalui tragedi ni..Ya Allah, kau lindungilah dia dan rahmatilah hidupnya....amin....

Coretan:
1 Mangsa adalah peminat Converse berdasarkan sweter, jeans, kasut, stokin dan juga beg yang baru mangsa beli sebelum kemalangan.
2 Insan kamil yang membantu kami ketika dikawasan kemalangan benar2 menunjukkan 1 Malaysia kerana ada seorang cina, 2 india dan 3 melayu.
3 Kami bertemu dengan orang2 Melaka yang baik dan ikhlas membantu. Jutaan terima kasih buat Makcik Kekabu kt Alor Gajah, Apek Storm kt Air Keroh dan brother pam minyak kt Bandar Hilir.
4 Abg Zul adalah orang yang banyak berusaha dalam menyelesaikan semua masalah. Walaupon dia tidak berjawatan tinggi dan berpendidikan tinggi tapi hatinya sangat mulia. Dialah inspirasi kami untuk terus bersama mangsa. Beliau sebenarnya ketika itu dalam perjalanan mengambil kereta pelanggannya yang rosak namun beliau lupakan rezeki itu kerana tanggungjawabnya. Akan aku pegang kata2 beliau, "Ini adalah tanggungjawab kita sebagai MANUSIA..."
5 Sebelum mula perjalanan dari KL saudara sodek ada menyatakan hasrat ingin bersiar-siar di Melaka dan Allah seakan menuruti kemahuaannya...Subhanallah..


Percikan darah mangsa yang terpalit pada seluar ku...



Lagi kesan darah mangsa....







10 comments:

Walud said...

Moga2 mangsa dapat sembuh dengan cepat, amin... bagus cerita ko, ak baca dari mula sampai abis, tahniah di, ko mmang boleh menulis dengan baik

Nurul Hidayah Isnin said...

bgs cikgu padi...!
bukan sng nk tlg org susah bila diri tgh snang..

~smoga kebaikan dibalas dgn kebaikan juga...

'Cikgu Padi' said...

amin....bukan kelebihan diri yang ingin ditampilkan namun kekhilafan manusia tentang tanggungjawab sewajarnya....

AsrulYahya said...

Pady...walaupun ko dh cite kt aku byk kali...tp biler aku bace lagi, naik sedey plak aku, huhuhu! Ko n Sodeq punye hati yg mulia...klu laa time tue kita yg memerlukan bantuan tetapi tiada siapa sudi membantu, aper laa perasaan kita kn?? Untung wanita itu ditemukan ngan cikgu mcm korg...n org2 Melaka yg berhati mulia, mcm aku...hehehe! Tp, aper2 pun...peristiwa itu memberi pengalaman bermakne dalam idup ko. Manusia untuk manusia,"Ini adalah tanggungjawab kita sebagai MANUSIA..."

'Cikgu Padi' said...

tu la roy...semoga segala yang berlaku membawa sejuta hikmah dan petunjuk buat kita semua...

'Cikgu Padi' said...

tu la roy...semoga segala yang berlaku membawa sejuta hikmah dan petunjuk buat kita semua...

cEro said...

please keep on updating dgn mangsa...
and please keep on updating kat blog nih berkenaan mangsa...
aku sgt nak tau ape yg berlaku kemudian...

'Cikgu Padi' said...

i'allah...tapi sehingga kini mangsa masih belom dapat diketahui keadaannya..

poyo said...

.

nyda rosenin said...

doa yg moga mangsa dalam keadaan yg baik :)