Sunday, October 4, 2009

Petanda Kemurkaan Allah?

Salam....Semoga semua di luar sana sihat sejahtera hendaknya. Dalam kesibukan ku menghadapi Audit MQA bermula minggu hadapan, aku tetap terpanggil untuk mencoretkan sedikit nukilan mengenai deretan siri bencana yang melanda bumi tuhan ini. Pertamanya, aku ingin menyatakan rasa simpati dan ucapan takziah kepada semua mangsa-mangsa amukan bencana yang benar-benar mengerikan. Lihat sahaja Taufan Marakot dan Fengshen yang mengganas, Tsunami membadai Samoa dan siri gempa bumi dahsyat yang menelan beribu rakyat Padang .Pabila melihat semua kejadian ini aku terfikir, adakah ini petanda kemurkaan Allah? Astagfirullah, Subhanallah... Wujud rasa gerun, insaf, sedih, takut dalam setiap salur darah yang mengalir dalam tubuh ini...Sahabat-sahabat ku sekalian renunglah semua ini dengan hati yang bersih dan minda yang waras....Kenapa bala ini di datang kan kepada kita? Kenapa perkara-perkara yang tidak seperti norma biasa ini bisa berlaku? Adakah ini petanda akhir zaman? atau adakah ini balasan atas kekhilafan kita sebagai hamba NYA...tepuk dada, tanyalah hati...Nukilan kali ini aku titipkan beberapa keping gambar terkini siri bencana yang hebat melanda, agar menjadi pedoman kita bersama...


Gempa Bumi di Padang, Indonesia









Tsunami di Samoa









Taufan Marakot dan Fengshen di Filipina, Taiwan, Thailand....






Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".

H.R Muslimi

7 comments:

QaYYum MieJiFans said...

btol padi..aku dah terasa lama benda ni..manusia masih xberingat lagi aku xtau la..asek mengejar dunia sngt. aku terbaca dalam satu artikel akhir zaman adalah selepas 1000m selepas kewafatan baginda rasullah..skrg sudah 1430...renungkanlah..

FArah said...

kiamat itu memang pasti.. persoalan yg penting ialah adakah kita benar2 bersedia untuk menghadapi hari yg dijanjikan itu?.semoga kita semua berusaha kearah keredhaanNya dan ditempatkan dikalangan orang2 yg diredhai..terima kasih diatas peringatan ini..

'Cikgu Padi' said...

qayum: itu la yg menyebabkan ku post bende ni, ia memberikan sejuta peringatan dan kesedaran...
farah:kerdilnye diri ni, rasa nya masih telalu jauh untuk berhadapan dengan yang ESA, sila beri tunjuk ajar....

AsrulYahya said...

mekacih Pady...entry yg bergune~ jarang2 ko berperilaku sebegini ruper... =)

Atykhah said...

blog yg menginsafkan..tahniah cg padi muge anda dan kami semua sedar..

'Cikgu Padi' said...

roy:enjoy2 gak,akhirat kene ingat...tq bro

kecik: ;)

atykah:sama2 la kite...

nyda rosenin said...

senyum lg ;)