Wednesday, February 24, 2010

TUNANG ???


Salam..Diharap semua dalam keadaan sihat..Berkenaan dengan tajuk post kali ini pasti ramai tertanya2, cikgu padi nk tunang ke? nk kawin ke? Bukan itu isunya, isunya adalah saya ingin meluahkan apa yang saya rasa berkenaan dengan tunang. Saya juga ada mendapatkan maklum balas di FB berkenaan isu ini.
Bertunang ini adalah suatu tuntutan adat dan bukannya tuntutan agama. Itu kita perlu jelas dan faham. namun sebagai seorang melayu kita juga tidak harus melupakan adat. Wadahnya kini adalah tempoh pertunangan lama atau sekejap yang menjadi percanggahan. Mana lebih baik, bertunang sekajap atau bertunang lama? Apa kesan-kesannya? Ini antara cetusan idea yang saya dapat.

- jgn tunang lama2...takut bawak sana bawak sini...tambah dosa, konon nak cari pahala tapi dapat bala...

- tak payah bertunang atau bertunang cukup syarat je time dah prepare nak kawin

- Baik trus nikah je ****....tunang2 nie byk dugaan..takut tak tertampung bebannya,....

- tunang tu adat je~seelok2nye takde pun tkpe..belanja tunang pun bukan rm 100-200,cincin je dah rm1k..majlis lg....tp kalo mak ayah yg mengikut adat..terpaksa lah ikut kan aje...asalkan mereka happy..soal lame atau cepat, ada baiknye cepat2..benda yang baik x elok tangguh2

- if dah ready nak kawen, baek kawen je...act, tunang tuh tempoh persediaan diri nak kawen n kenal skit2 ati budi psgn..kire kalo da couple tuh, da mcm tunang, tapi un official je...if nak official pon, xperlu lame2..paling lame 6 bulan..sbb org bertunang nie byk dugaan, darah manis la katekan~~

- kawin je senang...tunang lama2 buat pe..kalo aku nak kawin je terus jimat belanja hehehe..kawin leh grand2 sikit..hehehe

- title bertunang bukan bererti berkahwin...ape2 pon balik pada diri sendiri...betul2, wat biasa2 je..cam couple..cume dah tak panggil 'girlfren saya' tapi panggil 'tunang saya'.

-
bertunang 20min.. ala alaa CT.. hehee dpt cincin extra..

Dari komen2 ini banyak kekusutan telah terungkai, banyak persoalan telah terjawab. Terima kasih kepada semua ahli fikir saya. Secara peribadinya, saya bersetuju untuk bertunang dan tempohnya bukan menjadi isu jika kita tahu batasnya, ia sama seperti sebelum berkahwin tiada apa kelebihan atau keistimewaan. Ia cuma menjadi pendorong dan mempersediakan kita dari segi emosi, fizikal, kewangan dan yang paling penting pengisian dalaman sebelum menempuh gerbang rumah tangga. Renung-renungkan...

Monday, February 22, 2010

Kesibukan dalam Ketenangan

Kebiasaannya orang yang sibuk akan menggelabah dan kehidupannya haru biru, tapi kali ni lain...Aku sedar yang banyak perkara yang perlu aku selesaikan dalam minggu ini namun aku masih tenang dan santai..Kenapa ni?

sibuk@busy = observed English + kerja kursus bimbingan kaunseling + Action reasearch + urusan peribadi


Monday, February 15, 2010

Pengorbanan Seorang IBU "

Salam....Awal pagi tadi lebih kurang 1.25pg aku telah melalui satu pengalaman baru dalam hidup ku...Mummy or bakal kakak ipar ku (jika ada rezeki) telah melahirkan anak nya yang ketiga, seorang puteri yang telah lama dinanti..Bukan soal jantina menjadi topik utama aku hari ini tetapi pengorbanan seorang ibu dalam mengandung, melahirkan dan membesarkan seorang anak...Semalam aku dapat melihat bayi yang baru dilahirkan, sejurus keluar dari rahim ibunya...Sayu hati ini, jutaan syukur ku panjatkan pada illahi...Sebelum itu gemuruh jiwa ku mendengar jeritan seorang ibu ketika melahirkan anaknya....Ya Allah ngerinya jeritan itu....Tak dapat ku gambarkan penyeksaan dan kesakitan seorang ibu itu alami dalam melahirkan zuriatnya kemuka bumi...Ingatan ku terus pada mama di rumah, besarnya pengorbanan mu dan aku sayang kamu....Aku berjanji kan membahagiakan diri mu mama....Kepada semua para ibu, benarlah darjat mu lebih tinggi di sisi tuhan, nabi juga suami mu....Kepada semua para suami, kasih lah isterimu, hargailah mereka semahunya dan cintailah mereka sejujurnya kerana pengorbanannya terlalu besar....Kepada anak-anak, hayatilah kata-kata "syurga itu dibawah tapak kaki ibu" kau pasti akan mengerti....Mama...Padi sayang kamu...

p/s: mummy n daddy, tahniah semoga puteri memberi sinar dalam kehidupan kalian....Puteri Nur Qaseh cam best je..hehehe

Selamat Hari Lahir Syafiq

Post istimewa untuk salah satu teman karib ku....Selamat Hari Lahir dan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....Semakin dewasa usia kita semakin hampirlah kita dengan mati...Tapi aku tak maksud nak suh ko mati cepat k.....Semakin matang kita dalam menjalani kehidupan yang penuh dugaan...huhu....Sisipan gambar sekitar sambutan Birthday beliau...(maaf gambar tak berapa clear)


bunga-bunga yang hadir.....





besday boy bukak hadiah pemberian cinta hatinya...





antara yang hadir...





abam2 kacak yang 'menyumbangkan' suara...

Saturday, February 6, 2010

Tersentuh....

Salam....Bersesuaian dengan tajuk post aku kali ni, aku masih dalam keadaan bersalah, teruja, terharu dan sayu...Kisah ni mengenai guru pembimbing ku kini Pn Siti Aminah (Kak Min)...Pada awal pengenalan kami aku berasa kurang selesa kerana beranggapan Kak Min ini telalu risau dan busy body..Mana tidaknya, setiap kerja ku perlu pemeriksaan darinya, dah macam QC dah...Dah tu 2 minggu petama praktikum ku dia nk dok kat belakang kelas tengok aku mengajar setiap masa, gila tak selesa hidup camtu...Mungkin kerana guru pembimbing aku sebelum ini relax je...biar je ape aku nk wat, tu rase memberontak kot...Tapi semua perasaan benci dan prejudis ini berubah siang tadi, Kak min membuat pengakuan kenapa die telalu mengambil berat dan risau pasal kami..."Kak min nak kamu semua berjaya menjadi guru Sains yang hebat dan dirahmati Allah" mula bicaranya dengan suara yang sangat meruntu..."Ini berkenaan tanggungjawab dan amanah, di amanahkan kepada Kak Min kamu berdua untuk dibimbing dan dibantu semahunya...Kak min inginkan keberkatan dalam mencari rezeki yang halal dalam membesarkan anak2"...Bergenang air mata ku....Mulai detik ini aku berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi guru Sains yang terbaik dan diberkati Allah...Terima Kasih Kak Min...Sila beri tunjuk ajar...

"Jahillah seseorang itu kerana kesombongannya dan hinalah seseorang itu kerana kebiadapaannya..."

Tuesday, February 2, 2010

S K Taman Universiti 3

Salam....Hari ni hari kedua aku menjalani praktikum di SK Taman Universiti 3...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...Semoga semuanya baik dan indah sepanjang 3 bulan di sana... Sebelum itu aku ingin dedikasikan ucapan tahiah kepada pasukan bola sepak IPG KTI, walaupun mereka tewas pada perlawanan akhir tempoh hari jujur bagi ku dan seluruh warga institut, kami berbangga dan berpuas hati dengan usaha dan pencapaian mereka.. Sekali lagi tahniah dan terima kasih...Mungkin selepas ini aku semakin sibuk namun akan ku usahakn untuk menjenguk blog ni sekali seminggu paling kurang...Kepada teman-teman PISMP Sem7 dan KPLI PPC, selamat menjalani praktikum dan all the best...Jalani semua cabaran dengan sabar dan nescaya ada bahagia buat kita...

"Smile is the shortest distance between two people.
So what you are waiting for....."


kat pintu depan sekolah praktikum ku....