Saturday, February 6, 2010

Tersentuh....

Salam....Bersesuaian dengan tajuk post aku kali ni, aku masih dalam keadaan bersalah, teruja, terharu dan sayu...Kisah ni mengenai guru pembimbing ku kini Pn Siti Aminah (Kak Min)...Pada awal pengenalan kami aku berasa kurang selesa kerana beranggapan Kak Min ini telalu risau dan busy body..Mana tidaknya, setiap kerja ku perlu pemeriksaan darinya, dah macam QC dah...Dah tu 2 minggu petama praktikum ku dia nk dok kat belakang kelas tengok aku mengajar setiap masa, gila tak selesa hidup camtu...Mungkin kerana guru pembimbing aku sebelum ini relax je...biar je ape aku nk wat, tu rase memberontak kot...Tapi semua perasaan benci dan prejudis ini berubah siang tadi, Kak min membuat pengakuan kenapa die telalu mengambil berat dan risau pasal kami..."Kak min nak kamu semua berjaya menjadi guru Sains yang hebat dan dirahmati Allah" mula bicaranya dengan suara yang sangat meruntu..."Ini berkenaan tanggungjawab dan amanah, di amanahkan kepada Kak Min kamu berdua untuk dibimbing dan dibantu semahunya...Kak min inginkan keberkatan dalam mencari rezeki yang halal dalam membesarkan anak2"...Bergenang air mata ku....Mulai detik ini aku berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi guru Sains yang terbaik dan diberkati Allah...Terima Kasih Kak Min...Sila beri tunjuk ajar...

"Jahillah seseorang itu kerana kesombongannya dan hinalah seseorang itu kerana kebiadapaannya..."

10 comments:

Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri said...

ameen... seMoga Kte SmUa dpT jDi guRu yG tRbaiK...

'Cikgu Padi' said...

i'allah..

Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri said...
This comment has been removed by the author.
nazifah said...

terharu----

'Cikgu Padi' said...

kalian pon mungkin bisa merasakn nya....

sayegemuks said...

salam...jgn selalu bersangka yg buruk terhadap org laen..kerana sangkaan kite x selalunye betul..

anggap segala teguran yg di beri adalah untuk kebaikan kite juga..

semoga cikgu akan menjadi pendidik yg berjaya dan dirahmati..dan jalani tanggungjawab dengan penuh dedikasi..semoga berjaya~~

'Cikgu Padi' said...

terima kasih atas peringatan...akn ku ubah sikap negatif ini....

Nur -al- Ain said...

semoga jadi guru yg rox.
yes, mmg orang yg biadap ni hina.. taksuke. esp, biadap dgn org tue. haish, rasa nk tampar

'Cikgu Padi' said...

garang nye ain..hehehe....jgn tampar2 k...saba2...tapi mmg tak suke org yg biadap ni....tq

ida puteri said...

hai cikgu..... itu lah kak min yang saya kenali
dalam kekusutan nya ada keindahan
dalam rock dia tu ada aura seorang guru yang Man TOP