Wednesday, March 24, 2010

Kisah Cinta 1

- gambar hiasan -

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam apatah lagi membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala di mana ada kebencian di situ ada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Hal ini kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Tuesday, March 23, 2010

Apa dosa mereka?



Salam....Damai mata post kali ini dimulakan dengan melihat wajah comel seorang bayi yang tidak berdosa. Anak ini sebenarnya adalah suatu rezeki yang dikurniakan oleh Illahi kepada setiap pasangan suami dan isteri. Ia adalah perkara dan pemberian yang tidak ternilai harganya. Namun saya binggung mengenangkan setiap hari masih ramai manusia atau lebih indah jika digelar binatang yang sanggup membuang zuriat mereka sendiri. Setiap hari pasti isu ini menjadi penghias laman akhbar. Mana akal dan pertimbangan mereka, bayi-bayi ini tidak berdosa kamu yang berdosa bangsat!! Jangan seksa mereka. Sudah ko terlanjur pun berdosa, tak cukup dengan tu nak membunuh pulak, gile ke??. Statistik menunjukkan 2009 mencatatkan hampir 17,000 anak luar nikah didaftarkan, itu yang sempat didaftarkan yang mati bagai bangkai kucing ditepi jalan, dalam lokong, dalam tong sampah jangan cakap la....Sebagai manusia yang berakal, fikir-fikirkan kalau tak nak bagi je pasangan suami isteri yang terlalu inginkan zuriat, jangan jadi pembunuh. Bersama kita berdoalah agar kita dilindungi dan dijauhkan dari perkara-perkara ini. Akhir kata sedekahkan Al-Fatihah kepada semua bayi-bayi tidak berdosa ini.

Monday, March 22, 2010

Mengalah....

"Mengalah Tidak Bermaksud Kita Kalah"
Ramai di antara kita yang tidak mahu mengalah kerana takut dikata bacul, pengecut, cengeng dan sebagainya...Namun sedarkah kita mereka yang mengalah dan berfikir untuk kebaikan adalah jauh lebih berjaya dari orang yang sibuk bertelagah....Ringankan mulut untuk meminta maaf dan beralah....Sekali kita menggembirakan hati orang lain sebenarnya jutaan kali kita menggembitakan hati kita sendiri...

Tuesday, March 16, 2010

"My Name Is Padi"

Salam...Lama rasanya tidak menulis. Kini saya sedang menikmati cuti bersama keluarga tercinta, insan tersayang dan teman-teman di Kuala Lumpur. "My Name Is Khan" itu bukan tajuk post hari ni tapi ia diilhamkan dari filem ini...Kenapa? sebenarnya saya baru menontot cerita ini..Ia benar-benar mengujakan...Walau wujud perkara yang boleh menimbulkan perselisihan pendapat seperti isu sensitif terutamanya berkenaan Islam, saya rasa untuk seorang manusia atau yang lebih tepat seorang muslim dewasa yang bisa memahami dan menilai sesuatu perkara baik mahupun buruk ia pasti tidak menjadi masalah.....Banyak yang saya ingin perkatakan namun bukan untuk kali ini....Tapi takpe jom baca ringkasan ni (hanya pandangan peribadi penulis)...



"My Name Is Khan"
Positif
- Menyampaikan intipati jelas yang Muslim itu bukan terrorist.
- Islam bukan agama keganasan, pemusuhan dan kebencian.
- Cinta (tuhan, keluarga, kekasih, sahabat, insan) terlalu besar pengorbanannya dan pengertiannya.
- Berpegang pada janji
- Islam tiada diskriminasi terhadap agama lain dan menghormati mereka sebaiknya.

Negatif
- Perkahwinan berlainan agama, tidak wujud dalam Islam.


Jika ada kekurangan dan perkongsian berkenaan kupasan ini sila berikan pendapat. Nasihat saya tonton la cerita ini dengan mata yang celik, minda yang cerdas dan hati yang tulus. Anda tidak akan menyesal....

p/s:
- Tahniah dan Selamat pengantin baru kepada abg ewan n kak dila
- Takziah kepada uncle din dan semoga cepat sembuh...
- Maaf kerana busy dengan urusan yang mengujakan...

Tuesday, March 9, 2010

"Hari Wanita"



Salam....Hari Wanita Antarabangsa disambut 8 Mac setiap tahun...Pengistiharan ini menunjukkan bahawa kaum Hawa ini amat dihormati dan disanjungi...Mana ada sambutan Hari Lelaki, betul tak?Oleh itu kita kena hargai semua kaum hawa kerana mereka istimewa bukan sahaja di mata manusia malah istimewa disisi Allah...Kasihi mereka, sayangi mereka dan lindungi mereka semahunya kita....Kepada semua kaum hawa terutama Mama, Ibu, Cikkin and all familys and friends saya ucapkan Selamat Hari Wanita....Jagalah martabat mu seiring dengan perhormatan buat mu...

Saturday, March 6, 2010

Sayu + Cuak + Marah + Letih

Ini post 4 perasaan dalam satu... Baca dengan mata, fikir dengan akal dan analisis dengan hati..

Sayu,
Mendapat berita pemergian ayah kepada pasangan kawan saya yang baru berkahwin 2 hari lalu amat menyedihkan. Ajal, Maut, Jodoh Pertemuan ditangan tuhan...Semoga kalian terus sabar dan berbahagia..Hidup perlu diteruskan. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org yang beriman. Al-Fatihah...
Pada hari yang sama saya mendapat berita teman sekolah rendah saya meninggal kerana kanser paru-paru...Hati ini makin sayu....Teman, kau tetap akan ku ingati...

Cuak!!
Terpampang di muka hadapan semua akhbar arus perdana, " GURU BARU PERLU BERKHIDMAT DI KAWASAN PEDALAM sekurang-kurangnya 3 tahun" Seribu satu pertanyaan bermain di minda ku....Papa pon aku tetap aku....Layannnnn....

Marah!!!!!
1. Kekasih ibu memukul anak hingga mati
2. Jiran memukul anak yang ditumpangkan dirumahnya hingga mati.
Apa nak jadi dengan manusia ni, takde hati perut ke, marah aku baca surat khabar tiap-tiap hari....Aku harap ko kene hukuman setimpal bukan je kat akhirat malah atas dunia ni lagi....Marahnya aku.....Binatang betol...

Letih,
Seperti biasa tengah praktikum ni, banyak keje2 kat sekolah..Minggu ini dua observation aku jalani dengan baik, terima kasih semua especially buat Kak Min dan Dany...

"Jadilah apapun pada akhir kehidupan budi yang diagungkan dijulang ilmu....."

Monday, March 1, 2010

Selamat Pengantin Baru "Ridzwan & Sahara"


Salam...Post khas ini bersempena majlis perkahwinan sahabat ku Ridzwan dan suri di hatinya Sahara. Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Perasaan ku bercampur baur melihat teman ku yang kini telah melangkah ke gerbang berumah tangga. Aku mendokan mereka berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Jutaan syukur ku panjatkan kehadrat illahi kerana rahmatnya dua hati ini menjadi satu....Selamat Pengantin Baru....

Mamandarian yang sentiasa di sisi....