Tuesday, June 1, 2010

Ya ALLAH, Lindungilah mereka.....

Salam...Konvoi bantuan untuk GAZA yang turut disertai rakyat Malaysia telah diserang oleh Pasukan komando Israel. Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam flotila bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza diserang dan mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera. Lihat beberapa info dan dapatan penting tentang kejadian tersebut:-

  • The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.
  • Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.
  • Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu. Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Untuk makluman semua, kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa itu. KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN, DOAKAN KESELAMATAN MEREKA. YA ALLAH, DENGAN RAHMAT MU LINDUNGILAH MEREKA..KAMI MEMOHON...

  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUAN Palestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUAN Palestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUAN Palestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUAN Palestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUAN Palestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Sila lihat kronologi gambar yang dapat saya kumpulkan...

Permulaan pelayaran penghantaran bantuan GAZA dari Turki...



Saat cemas serangan dari Israel di atas kapal “Mavi Marmara”



Ahli rombongan terus berdoa dan berserah pada NYA...



Antara mangsa yang berjaya dibawa keluar...



Wartawan AWANI yang masih belum pasti keadaannya....

3 comments:

Anonymous said...

Israel kejam

QaYYum MieJiFans said...

israel xda hati perut

dian said...

idiot israel!!