Monday, June 29, 2009

'Pergi...'

Salam..Jangan risau aku takde nk pergi memane pon, tajuk kali ni 'pergi' adalah kerana beberapa sebab:-
- Kesinambungan dari post yg lalu (kematian)..Kepada mereka yang telah pergi, dirimu akan terus ku ingati.
- Jap lagi aku nak pergi makan..lapa..
- Esok aku nak pergi praktikum fasa dua,windu SKSP2..
- Kepada kawan2 tesl cohort 2 yang dah pergi meninggalkan IPGM KTI kerana telah menamatkan pengajian dan sedia untuk posting..
- Aku nak pergi tgk transformers tapi tak dapat...Penuh je memanjang..
- "Pergilah kesedihan.."emmmm...
- Sebab-sebab lain yg perlu dirahsiakan..
Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, pergi bermaksud suatu pergerakan atau perlakuan yang meninggalkan sesuatu yg asal atas sebab-sebab yang tertentu..Jadi bila cite je pasal pergi ni pasti sangat berkait dengan perasaan..Biasanya kita kan sedih, rindu dan memacam lagi...Tapi jika pemergian itu membawa jutaan kebaikan dan kebahagiaan, pergilah..Kebahagian orang lain adalah lebih penting bagi ku...aku teringat sorang kawan baik aku waktu kecik..die tepakse pergi ikut parents die yang dapat pekerjaan yang lebih baik di Ausie..Time tu aku sedih sangat, siap nangis-nangis lagi..Lepas die pergi hubungan kitorg terus terputus,sampai hari ni aku masih menanti khabar darinya..Semoga die sihat dan bahagia disamping keluarga..

Bersediakah aku untuk "pergi" menghadap illahi..? Namun bagi ku, biar setinggi mana kamu mendaki, biar sepantas mana kamu berlari, biar sejauh mana kamu pergi, janganlah kamu meninggi diri,janganlah kamu melupakan teman sendiri, janganlah kamu hilang identiti dan janganlah kamu melupakan illahi.. Akhir kata terima lah lagu Pergi dari Aizat...aku suke sangat lagu ni...

p/s: cikkin tak mau pergi memane tau...Love You..

Friday, June 26, 2009

Kematian..

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Salam..Penulisan kali ini hanyalah suatu peringatan buat diriku sendiri juga buat sekalian manusia yang waras, ia berkaitan tentang MATI. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia mahupun terzahirnya rasa gerun pabila mengenangkan MATI . Kita saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan sahaja. Kebanyakan orang menghindari untuk berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, kita biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal duniawi semata-mata hingga terlupa akan wujudnya KEMATIAN ini.

Kita manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada kerana kita juga akan mati seorang diri. Namun selama kita hidup, kita hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginan sendiri. Tujuan utama kita dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsu kita. Namun, sedarlah tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kubur. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang paling murah. Tubuh kita didatangkan ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya(ilmu,derma dll.) dan doa anak-anak yang soleh/solehah.

Semoga kita semua saling ingat mengingati antara satu sama lain...Di sini aku sisipkan lagu Iktiraf (doa taubat) buat tatapan semua..Yang baik dan buruk itu datang dari ALLAH namun kelemahan dan kecatatan itu dari diriku sendiri. Buat semua yang telah kembali kepada Nya semoga kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... AL-FATIHAH..

Tuesday, June 23, 2009

Terlanjur....

Salam...Kali ni aku nak story pasal "terlanjur"..Bile tengok je pekataan ni pasti modula oblongata,otak kiri dan kanan kita akan terjurus kepada perkara zina dan sewaktu dengannya, Namun hari ini aku ingin bercerita tentang telanjur kata...Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padahnya"...Kisahnya bermula apabila seorang kenalan baik ku menyatakan sesuatu yang aku tidak boleh terima..Teguris hati ini tapi sape nak kesah kan(sedih gile..huhuh..)...Tu la kekadang kita ni cakap pakai sedap gigi je, tak pikir hati orang lain...Aku menjadikan ni pengajaran untuk diriku agar lepas ni aku kene lebih berhati-hati..Biar kita jaga hati orang, kalau orang tak nak jaga hati kita takkan nak paksa..Betol tak?
Satu lagi pasal terlanjur kata ni aku teringat pasal ayah aku tempoh hari, dah lama tak dengar die cakap "ayah sayang padi.." kat aku(bertahun gak la), tapi before aku balik JB hari tu tak semena-mena ayat itu terpacul dari mulutnya. Tapi ari tu die telanjur kata kot? Mungkin? Tapi best gak sesekali dengar hehehee.. Ok la dikesempatan ini aku nak mintak maaf if aku terlanjur kata dengan kalian semua..Sorry..Sayangilah mulut anda dan hati orang sekeliling anda..

p/s : Lagu ni takde kaitan sangat ngan post aku, tapi aku suke dengar lagu ni sekarang...layan je la k..


Sunday, June 21, 2009

Ketua keluarga..

Salam..Lama rasanya tidak ketemu..Kali ni aku nak cerita pasal ketua keluarga atau senang cakap ayah, abah, daddy, bapak, atau pape yg sewaktu dengannya... Memandangkan hari ini Hari Bapa dan masih dalam mood itu aku fikir relevan la penulisan aku ni...Selalunya kita memperkatakan tentang kasih ibu, pengorbanan ibu hingga ada antara kita yang seakan akan menafikan hak insan yang bergelar ketua keluarga ini... Lihat sahaja sambutan Hari Ibu disambut dengan sangat meriah dengan adanya anugerah Ibu Mithali tapi mengapa tiada penganugerahan untuk Bapa Soleh atau Ayah Mithali,fikir-fikirkan...

Persoalan ini ditimbulkan bukan atas rasa irihati kaum bapa terhadap kaum ibu. Tujuannya lebih menumpukan untuk melahirkan rasa kesedaran kaum bapa terhadap tanggungjawab yang terpaksa ditanggung kerana manusia mudah lupa jika tidak diulang sebut tentang tanggungjawab mereka. Manusia kurang motivasi jika apa yang dilakukan tidak dihargai. Wajar benar sambutan hari Bapa turut dimeriahkan seperti sambutan Hari Ibu. Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaa dan mempertahankan maruah. Justeru, bapa perlu banyak berkorban demi melaksanakannya.
Sesungguhnya dalam hal ini bapa menanggung amanah yang besar. Maka dalam melaksanakan tugas tersebut memerlukan keikhlasan, kesediaan, kesungguhan, pengetahuan tentang tugas kebapaan, kemampuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Kepada semua insan bergelar bapa, Selamat Hari Bapa aku ucapkan..Sedar lah bahawa tanggungjawab yang kalian pikul adalah sangat besar. "Membina sebuah masjid adalah sangat mudah, namun mengimarahkannya dan menghidupkanya adalah sukar"..Buat tatapan semua, amati dan hayatilah setiap baik kata dalam lagu ini..Renungkan..

p/s: Ayah walau apa pun terjadi, Padi tetap sayang ayah dan ayah tetap ayah Padi. Padi sentiasa doakan kesejahteraan dan keselamatan ayah. Ingat tak ayah ajar Padi lagu ni? ...Padi rindu ayah yang dulu..Padi rindu..

Monday, June 15, 2009

Are you in LOVE?

Salam...Lama rasa nya aku tak update blog ni...Mungkin kerana kesuntukan masa dan kesibukan yang terlalu menuntut kesabaran, menyebabkan aku tidak sempat nak update pape..Hari ni aku nak cite pasal cinta...hehehe..Dua tiga hari ni ramai kawan2 aku yg sibuk cerita pasal cinta, most of them baru jumpe cinta masing-masing, so kali ni aku nak kupas apa tanda-tanda anda dilamun cinta menurut pandangan peribadi aku...Let's check it out..

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. Kalau marah pun just berlakon coz nak kan perhatian..

2. Anda akan sentiasa merindui Si dia. Tu yang kalau tak msg or call 30min pon dah menggelitik macam ulat kalau lagi lame leh melepet cam org ketagih ganja..

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. Tapi kalau de anjing besepah gak la lari..

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas. Lagi pantas dari ERL gi KLIA tu..

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab. Kalau org tgk fikir kita ni tak betol tapi tu la power of love..

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang je.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada. Anda mula meminati Anuar Zain, Siti Sarah, Imran Ajmain...hehehe

9. Dia sentiasa di fikiran anda. Tapi ni kita susah nak agak or nilai la..

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya. Biase la bau perfume, bau badan, bau ketiak or bau2 bacang..hehe...Time ni la ketiak masam pon bau wangi..serious..

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya. Bak kata pepatah "lautan api akan ku renangi, gunung ganang akan ku redahi, road block polis akan aku rempiti"...lebih kurang cam tu la..

13. Dan yang terakhir sekali, apabila anda membaca ini, pada masa yang sama anda akan tesenyum. menganggukkan kepala dan pasti wajah Si dia bermain di dalam fikiran anda.

Ini lah lebih kurang yang aku leh kongsi pasal tanda-tanda anda telah jatuh cinta..Kepada teman-teman beringatlah ketika bercinta. Kesetiaan, kelembutan, tolak ansur dan keperihatinan amat penting dalam membina sebuah titian menuju ke gerbang perkahwinan sebelum memasuki alam penuh cabaran,alam berumahtangga. Pastikan kita tidak lemas dalam indah percintaan yang kita bina sendiri..


Wednesday, June 10, 2009

English: Subjek wajib lulus?



Salam...Apa khabar semua? Semalam kita semua dikejutkan dengan kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia yang mencadangkan agar, Bahasa Inggeris dijadikan syarat lulus untuk SPM. Maksudnya, BI akan jadi macam BM la...Tak lulus BI kira tak lulus SPM la...Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yg perihatin sila la beri pandangan anda seikhlasnya kerana pandangan anda menentukan masa depan anak-anak dan cucu cicit anda...

Menyelusuri perspektif kendiri, aku amat bersetuju dengan cadangan ini kerana bagi saya ini adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Namun begitu beberapa syarat perlu dipatuhi..Pertama, PPSMI perlu di hapuskan (buat pe nak gune sains n math nak tingkatkan BI lagi, diorg akan tingkatkn BI diorg sbb takut gagal SPM). Kedua, perkasakan Bahasa Melayu, sebagai contoh tingkatkan gred lulus BM dari D ke C....Jadi org akan memberikan perhatian yg sama pada bahasa ibunda kita, tidakla ia terabai dan tersisish.. Dan yang terakhir, kaji semula silibus dan pengajaran BI di sekolah, pastikan pengajarannya menyeluruh dan sistematik.....

Ini semua adalah pandangan peribadi sahaja, aku merasakan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawabku...Aku cinta bahasa ibundaku, aku tidak mahu lihat bahasa ini tersisih di bumi sendiri..Aku cinta generasi pemangkinku, aku tidak mahu lihat anak bangsa ku terkapai-kapai menagih simpati...Renungkan...


Friday, June 5, 2009

Kesetiaan..

Dan kini..
kau dan aku telah menjadi
entah untuk berapa kali sejak kau kusakiti

Dan kini..
senyummu manis mengembang lagi
sejak malam kubuat kau menangis meratapi

Dan kini..
masih ada kau disini
dan tetap masih disini
kesetiaankah ini?


Cinta bisa sedemikian setia, bahkan setelah disakiti. Demikian agaknya yang dituliskan Ken Fitria dalam puisinya berjudul 'Dan kini..'. Aku berfikir, apa sakit yang bisa membuat seseorang tetap bertahan? Cinta? Mampukah Cinta bertahan usai sebuah penghianatan? Mungkin saja, mungkin juga tidak. Atau mungkin rasa sakit yang muncul itu hanya sekadar ketidakpastian. Misalnya, soal masa depan yang indah dan cerah tiba-tiba menjadi muram dan kelam. Namun bagiku, biar apa jua berlaku jika Cinta itu terus bertahan, maka senyum pun masih bisa mengembang. Dan Cinta yang bertahan, akan terus bertahan. Tuntasnya, itulah sebuah kesetiaan yang sekelian ummat impikan, tapi mampukah aku..