Wednesday, June 10, 2009

English: Subjek wajib lulus?



Salam...Apa khabar semua? Semalam kita semua dikejutkan dengan kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia yang mencadangkan agar, Bahasa Inggeris dijadikan syarat lulus untuk SPM. Maksudnya, BI akan jadi macam BM la...Tak lulus BI kira tak lulus SPM la...Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yg perihatin sila la beri pandangan anda seikhlasnya kerana pandangan anda menentukan masa depan anak-anak dan cucu cicit anda...

Menyelusuri perspektif kendiri, aku amat bersetuju dengan cadangan ini kerana bagi saya ini adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Namun begitu beberapa syarat perlu dipatuhi..Pertama, PPSMI perlu di hapuskan (buat pe nak gune sains n math nak tingkatkan BI lagi, diorg akan tingkatkn BI diorg sbb takut gagal SPM). Kedua, perkasakan Bahasa Melayu, sebagai contoh tingkatkan gred lulus BM dari D ke C....Jadi org akan memberikan perhatian yg sama pada bahasa ibunda kita, tidakla ia terabai dan tersisish.. Dan yang terakhir, kaji semula silibus dan pengajaran BI di sekolah, pastikan pengajarannya menyeluruh dan sistematik.....

Ini semua adalah pandangan peribadi sahaja, aku merasakan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawabku...Aku cinta bahasa ibundaku, aku tidak mahu lihat bahasa ini tersisih di bumi sendiri..Aku cinta generasi pemangkinku, aku tidak mahu lihat anak bangsa ku terkapai-kapai menagih simpati...Renungkan...


10 comments:

alihanafiah said...

hang tuah berkata..takkan melayu hilang di dunia..tapi jika ada pun, jadi melayu yang hebat memintanya..apalah gunanya...-temenggong sodex...

cEro said...

pada aku, PPSMI bukan tak bgus lgsg.. wajibkan BI lulus nih alternatif laa bg PPSMI.. cuma takleh arr terus start tahun nih punye SPM sbb kesian arr bdak2 yg terer subjek lain tp kureng kat BI, kan??

'Cikgu Padi' said...

hehee..tq atas pendapat kalian tapi sepatutnya perkara ini perlu penelitian yang sewajarnya agar tiada ke khilafan yg berlaku..

susu dan biskut... said...

Kepada Temenggong Sodex: Go! Gaya, go!

Kepada panglima Padi:
Kalau diorang tak lulus pun, graf pun bakal diturunkan. Takut nak menjawab kepada pihak atasan. WTHIJKLMNOP?
Pokoknya, yang atas tu kena terima hakikat. Kalau ada yang gagal, janganlah disorokkan. Biar semua tahu dan peka bahawa ada sesuatu yang tak kena dan supaya tak mua sangat sebab ingat sudah bagus dalam subjek masing-masing. Tak kiralah cikgu ataupun murid.
We need to be failed sometimes in order to succeed. But still, they have to know and accept the fact that hey have failed.

Syafik said...

Er.. aku tak tau nak ckp macam mana.. blur jap.. :|

'Cikgu Padi' said...

betol cik susu...patik sangat setuju ngan pandangan saudari...kegagalan itu sebenarnya pengajaran yg plg baik..

Mohd Shazwan said...

sebenarnya, kenapa nak hapuskan PPSMI?
belajar bahasa inggeris tak menjadikan kita lupa kat bahasa ibunda kita pun kan?
Inggeris sangat penting sekarang. bukan sekadar belajar je, nk berkomunikasi pun senang.
Jadikan BM dan BI sebagai subjek wajib lulus SPM,memang sangat wajar kementerian buat macam tu. BM kita dapat, BI pun kita dapat, tak ke untung?
mungkin ada kelemahan pada PPSMI, tetapi tidak wajar juga mengambil langkah menghapuskan usaha titik peluh kita selama ini. mungkin is patut dikaji semua, tak semestinya ada kelemahan itu perlu terus dihapuskan.Kaji semula,perbaiki kelemahan yg sebelum ni.. mungkin cara penerapan yang berbeza boleh diambil..

'Cikgu Padi' said...

en wan...take it easy...u dok blaja kt banda bole le..org kampung camne..mereka punye otak yg jauh lagi begeliga dr kita tapi hanye satu kelemahan tak pandai english...wajar ke peluang mereka direntap dengan menggunakan english dalam math dan sains...jgn telalu mementingkan diri..saya lihat anak bangsa saya disekolah...mereka tertindas dibumi sendiri...anak cina dan india mendabik dada..fikir b4 bekata2...tapi pasal english subjek wajib SPM saye bersetuju...

Mohd Shazwan said...

taking it...xpe2...just menyuarakan pendapat jek..hihi

en padi, i pun org kampung tau..blaja pn kt kampung..yg mana kt tempat i ni,kalo nk dgr org cakap inggeris tu, memang sangat sangat sangat sangat lahhh jarang sekali..kalo ade pn,budak2 skolah jek..tu pn xramai..
aku pernah blaja dlm inggeris..before masuk maktab..biology,kimia ngan matematik..memang aku akui, sangat susah..classmates aku,xreti inggeris sgt..terkial2 nk blaja..dari 12orang time register,jadi 7orang je 6bulan pastu..sebab ape? sebab xdpt nk ikut..

memang kasihan bagi org yg xpandai inggeris..tapi takkan selama-lamanya nak tak pandai inggeris kan? zaman sekarang, inggeris sagst penting..bukan macam dulu..kita pn kena lah ikut peredaran zaman..yg mane xpandai, kena lah pandai-pandaikan..kalo x, ketinggalan..

macam ko katae tu, anak bangsa tertindas di bumi sendiri..anak cina n india mendabik dada..sebab ape? sebab mereka dah kuasai bahasa inggeris tu jauh lebih baik dari kita..so, takkan kita nk tengok je? takkan selama-lamanya nk kena tindas? takkan kita taknak berusaha memajukan diri?

so..aku sgt setuju dengan PPSMI nie..sebab kita kena kuasai Inggeris dulu baru dpt blaja sains n maematik lam inggeris..yg mana kita akn dpt blaja 3 subjek sekaligus secara tak langsung nye..iaitu inggeris,sains n matematik..tak ke kita untung tu?

p/s: padi..pendapat aku je ni weii..dun take it seriously naa...

'Cikgu Padi' said...

hehe...ni yg salah ni...asal nak mantapkan english kene gune sains n math...tak adil la camtu...bagi aku kalau wajib lulus english tu bagus...org akan berusaha..sebbab nak lulus spm,so diorg kan blaja...tapi sekarg diorg de spm ta math n sains gagal...pe maknanye...fikirkan...gugur PPSMI dan wajib luluskan english dalam spm..