Monday, November 1, 2010

Bingkisan Seorang Sahabat.....

Biarlah aku ceritakan tentang seorang sahabat. Sahabat yg sgt baik, yg aku khuatir tidak ada lagi orang sepertinya selepas ini. Selepas kita letakkan noktah untuk perjuangan kita mendapatkan sekeping sijil di tempat usang ini. Di tempat usang yang aku ketemu insan yang bagi aku makamnya lebih tinggi dari sahabat,kawan atau apa saja panggilan untuk manusia yg tidak punya pertalian darah denganku. Yang akan sentiasa tidak lupa untuk mengejutkan aku setiap hujung minggu untuk bersarapan, yang tak jemu menelefon aku bertanyakan aku mahu apa jika aku tidak dapat turut bersama..Dan yang paling penting, tak jelak dengan perangai aku yang seperti hamjat ini. Tak mau aku ceritakan lagi kebaikan dia kerana terlalu banyak untuk aku senaraikan di sini. Cuma satu yang aku pelik tentang dia, dia tak pernah sedar apa kebajikan yang dia buat kerana lahiriahnya dia begitu. Memberi tanpa mau mengharapkan apa-apa. Tapi aku hairan kenapa tuhan uji manusia yang sebagus ini dengan bermacam-macam pengkhianatan, fitnah dan hasad dengki. Cuma aku tidak risaukan dia kerana aku tau dia manusia yang hebat dan tidak terkesan walau segaris calar dengan perkara seumpama itu. Aku cuma risau,sedih dan khuatir untuk diri aku. Aku akan berjalan tanpa ada manusia hebat ini untuk menemani aku. Aku akan makan tanpa ada manusia hebat ini bertanya di mana kita nak makan dan yang paling memilukan, tanpa manusia hebat ini untuk aku bicara. Biarlah aku akhiri mesej aku begini, "jika ada seorang sahabat yang aku kagumi, engkaulah orangnya".
- kawanmu yang tak best..........

4 comments:

Amir Omar said...

He must be one incredibly great guy!
You are so lucky to have him as a friend! That's what friends are for, after all.

'Cikgu Padi' said...

betol2...sangat2 teharu...dialah insan terulung bergelar sahabat...huhuhuhuhu...berderai airmata ini buat ke sekian kalinya...

NISA' nis said...

where did he go now?

imanamani said...

salam ziarah ..dan salam perkenalan cikgu padi...


sangat beruntung ..jika semua orang adalah sahabat seperti sahabat cikgu itu... dan cikgu juga beruntung di masa akan datang bila cikgu juga seperti sahabat cikgu itu.... kan.. untung cik kin..... :)