Wednesday, April 6, 2011

Bodoh Punya MELAYU!!!!!

Salam...Wah!!!! Tajuk entri yang sangat kontroversi ok....Jangan salah sangka, ini adalah sebahagian daripada kisah dan iktibar dari kemalangan yang saya lalui tempoh hari. Kisahnya begini....Saya telah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa MELAYU. Saya yang tidak bersalah, menunggang motosikal penuh sopan dan ayu tiba-tiba dihentam oleh keretanya yang datang dari jalan bertentangan. Maka bersepahanlah saya di tengah jalan. Saya cuba bangun namun gagal dan rebah kembali (mula-mula cuak pk patah kaki). Nak dijadikan cerita keluar pemandu kereta yang berbangsa MELAYU itu datang kearah saya dan dengan sedikit pun tanpa rasa bersalah berkata...."ko aleh motor ko, aku aleh keta aku!!!!" Dibiarnya saya terkapai-kapai ditengah jalan tanpa rasa belas dan sebutir kata-kata maaf. Syukur, berhenti sekawan lelaki (bertiga) berbangsa India mengalihkan motor dan mengangkat saya ketepi jalan. Lebih memalukan sekawan india itu melaungkan kata-kata yang benar-benar membuatkan saya berfikir.."Bodoh Punya MELAYU!!! Hati takda ka! Otak takda ka!" Itulah realiti kehidupannya kini, saya sedar bukan semua yang bergelar MELAYU itu begitu. Mungkin ini hanya percisan kecil dari produk yang gagal dan saya insan malang yang menemuinya. Lupakan isu bangsa, agama, warna kulit, fahaman politik dan sebagainya, cuma mana letaknya hati perut mereka sebagai manusia...Saya benar-benar malu dan terkilan......

7 comments:

Rapunzel Rambut Pendek said...

idup india!!!

Athalia Abdul Ghapar @ kawat berduri said...

melayu mudah lupa... 2 bkn melayu yg berhati melayu.. 2 melayu haprak... janji cikgu padi selamat...

cEro said...

melayu memang mudah lupa (diri)..

'Cikgu Padi' said...

takpe la...kita doakan semua rakyat malaysia mempunya nilai kemanusiaan sesama insan...amin

.indah. said...

Bukan nak sebelahkan that malay man. Tp just positively think that maybe dia ada something emergency ke...kan? As long as u r safe, Alhamdulillah...

'Cikgu Padi' said...

indah....i like...biar la diekn...i pon dah selamat tp terkilan la de gak manusia cmtu.....huhuhu...

peanut said...

get well soon... hati2!