Monday, June 15, 2009

Are you in LOVE?

Salam...Lama rasa nya aku tak update blog ni...Mungkin kerana kesuntukan masa dan kesibukan yang terlalu menuntut kesabaran, menyebabkan aku tidak sempat nak update pape..Hari ni aku nak cite pasal cinta...hehehe..Dua tiga hari ni ramai kawan2 aku yg sibuk cerita pasal cinta, most of them baru jumpe cinta masing-masing, so kali ni aku nak kupas apa tanda-tanda anda dilamun cinta menurut pandangan peribadi aku...Let's check it out..

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. Kalau marah pun just berlakon coz nak kan perhatian..

2. Anda akan sentiasa merindui Si dia. Tu yang kalau tak msg or call 30min pon dah menggelitik macam ulat kalau lagi lame leh melepet cam org ketagih ganja..

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. Tapi kalau de anjing besepah gak la lari..

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas. Lagi pantas dari ERL gi KLIA tu..

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab. Kalau org tgk fikir kita ni tak betol tapi tu la power of love..

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang je.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada. Anda mula meminati Anuar Zain, Siti Sarah, Imran Ajmain...hehehe

9. Dia sentiasa di fikiran anda. Tapi ni kita susah nak agak or nilai la..

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya. Biase la bau perfume, bau badan, bau ketiak or bau2 bacang..hehe...Time ni la ketiak masam pon bau wangi..serious..

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya. Bak kata pepatah "lautan api akan ku renangi, gunung ganang akan ku redahi, road block polis akan aku rempiti"...lebih kurang cam tu la..

13. Dan yang terakhir sekali, apabila anda membaca ini, pada masa yang sama anda akan tesenyum. menganggukkan kepala dan pasti wajah Si dia bermain di dalam fikiran anda.

Ini lah lebih kurang yang aku leh kongsi pasal tanda-tanda anda telah jatuh cinta..Kepada teman-teman beringatlah ketika bercinta. Kesetiaan, kelembutan, tolak ansur dan keperihatinan amat penting dalam membina sebuah titian menuju ke gerbang perkahwinan sebelum memasuki alam penuh cabaran,alam berumahtangga. Pastikan kita tidak lemas dalam indah percintaan yang kita bina sendiri..


14 comments:

alihanafiah said...

mengarutlah padi..wujud ke cinta?huh..nonsense

'Cikgu Padi' said...

ali...jangan nafikan ketentuan tuhan...rasa cinta itu adalah kurniaan dari yang Esa..

Atykhah said...

wajib nonton "Ketika Cinta Bertasbih' ni!!

alihanafiah said...

ah..jiwang jer cinta2 ni..

'Cikgu Padi' said...

aik...lain macam je sodek...saba k...

mohd hairy said...

cinta tu.. fitrah kejadian manusia.. so terpulang kepada manusia untuk gunakan atau membentuk cinta itu ke arah kebaikan atau sebaliknya.. semoga mendapat cinta yang diredhai Allah =)

'Cikgu Padi' said...

betol3

alihanafiah said...

mengarut2!!

Yuki Yusuf said...

Nak menambah bley...

14. Dan buat sekalian kalinya...da abes sume yang anda rasai sampai no 13 tuh...lastly..anda
akan menangis cam budak kecik, jantung berdegup diminta berhenti..n berjanji tak ingin berchenta lagi...
Huhu...

'Cikgu Padi' said...

koyuki: takkan sampai camtu sekali...sound like so bad...

Mohd Shazwan said...

err...
aku suke yg no 13 tu
hihihi
mmg btol pn

'Cikgu Padi' said...

betol3..tapi takut la camtu..

niesa said...
This comment has been removed by the author.
niesa said...

that's means i'm in love
*winkwink