Sunday, June 21, 2009

Ketua keluarga..

Salam..Lama rasanya tidak ketemu..Kali ni aku nak cerita pasal ketua keluarga atau senang cakap ayah, abah, daddy, bapak, atau pape yg sewaktu dengannya... Memandangkan hari ini Hari Bapa dan masih dalam mood itu aku fikir relevan la penulisan aku ni...Selalunya kita memperkatakan tentang kasih ibu, pengorbanan ibu hingga ada antara kita yang seakan akan menafikan hak insan yang bergelar ketua keluarga ini... Lihat sahaja sambutan Hari Ibu disambut dengan sangat meriah dengan adanya anugerah Ibu Mithali tapi mengapa tiada penganugerahan untuk Bapa Soleh atau Ayah Mithali,fikir-fikirkan...

Persoalan ini ditimbulkan bukan atas rasa irihati kaum bapa terhadap kaum ibu. Tujuannya lebih menumpukan untuk melahirkan rasa kesedaran kaum bapa terhadap tanggungjawab yang terpaksa ditanggung kerana manusia mudah lupa jika tidak diulang sebut tentang tanggungjawab mereka. Manusia kurang motivasi jika apa yang dilakukan tidak dihargai. Wajar benar sambutan hari Bapa turut dimeriahkan seperti sambutan Hari Ibu. Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaa dan mempertahankan maruah. Justeru, bapa perlu banyak berkorban demi melaksanakannya.
Sesungguhnya dalam hal ini bapa menanggung amanah yang besar. Maka dalam melaksanakan tugas tersebut memerlukan keikhlasan, kesediaan, kesungguhan, pengetahuan tentang tugas kebapaan, kemampuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Kepada semua insan bergelar bapa, Selamat Hari Bapa aku ucapkan..Sedar lah bahawa tanggungjawab yang kalian pikul adalah sangat besar. "Membina sebuah masjid adalah sangat mudah, namun mengimarahkannya dan menghidupkanya adalah sukar"..Buat tatapan semua, amati dan hayatilah setiap baik kata dalam lagu ini..Renungkan..

p/s: Ayah walau apa pun terjadi, Padi tetap sayang ayah dan ayah tetap ayah Padi. Padi sentiasa doakan kesejahteraan dan keselamatan ayah. Ingat tak ayah ajar Padi lagu ni? ...Padi rindu ayah yang dulu..Padi rindu..

11 comments:

alihanafiah said...

erm padi..dalam lagu bob marley ada baitnya yg begini.."everything's gonna be alright"...dan lagu lam kete tadi masa ko balik ngan aku.."kerna aku percaya sebalik kedukaan, ada bahagia"..jiwang x aku skrg?

'Cikgu Padi' said...

wah..ko dah berubah sekarang...dah tak ngarut...hehehe...semoga ada sinar...

Yuki Yusuf said...

Sedih. Kna nangis ni tak leh tak nangis =(

Perempuan Berketinggian 151cm said...

saya pun rindu ayah saya lah cikgu!:(
*eyh saya panggil cikgu ye?*
heh

'Cikgu Padi' said...

koyuki:nangis tidak semestinya menggambarkan kesedihan..
khadijah:cikgu pon bole..kira kita sama2 rindu la ni ye

niesa said...

cikgu padi si blogger yg ketagih blog

'Cikgu Padi' said...

wah kutuk kite nampak...

nyda rosenin said...

yg penting selamat hari bapa buat bapa2 di seluruh pelusuk dunia ;)

Suraya Nordin said...

ermm...sayu plak bc p/s tuh...

'Cikgu Padi' said...

emmm..sayangi la bapa2 kita...tanpa mereka siape la kita...biar pahit untuk ditelan, biar perit untuk dilafazkan, biar malu untuk dinyatakan...mereka tetap bapa kita,itu kenyataan...

Syura said...

sabar ye? antare cabaran2 di dunia. hopefully, ko dipermudahkan kt hal2 lain pulak..

ok?? :)