Monday, July 27, 2009

Lagenda..Tribute for Yasmin Ahmad

Salam... Nukilan kali ini aku mulakan dengan Al-Fatihah..Sama-sama kita sedekahkan bacaan ayat suci ini kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad..Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Sesungguhnya berita kematian sutradara kegemaran ku ini amat-amat mengejutkan. Namun ini yang kita katakan ajal maut ketentuan tuhan. Mungkin Allah lebih menyayanginya.. Natijahnya di sini, kehilangan beliau merupakan suatu kerugian besar kepada industri seni tanah air sebenarnya. Sedar tidak sedar, beliau sebenarnya telah membawa suatu dimensi baru kepada persada seni tempatan terutamanya dalam bidang perfileman dan pengiklanan. Melalui hasil karyanya, dapat kita lihat beliau sangat jujur dan ikhlas dalam setiap penceritaannya, namun terkadang wujud sedikit kekhilafan yang tidak disengajakan dan disengajakan. Beliau adalah seorang yang sangat berani dan tabah. Biar setiap hasil karyanya dikecam dan mencetuskan kontroversi,beliau tidak pernah patah semangat. Tidak keterlaluan jika aku menggelarkan beliau "Pengarah Perpaduan Negara". Lihat saja hasil karyanya dari Rabun hingga la TaleNtime, wadah perpaduan ini menjadi teras utama penceritaannya. Aku benar-benar mengkagumi beliau... Sudah pasti selepas aku akan merindui filem-filem beliau yang sering sahaja ku nanti, sudah pasti iklan-iklan musim perayaan semakin hilang identiti, namun ku harapkan industri ini tidak akan terus mati...Namun kini semuanya sudah berakhir, tidak guna lagi kita memberi pengiktirafan dan sanjungan selepas kematian seseorang itu sedangkan masa hidupnya diselubungi kecaman dan penghinaan..Nilai sesuatu itu dengan mata hati bukan dengan hasad dengki..Sesungguhnya, bagi ku Yasmin Ahmad engkau seorang LAGENDA...

p/s: Rangkaian television media prima merancang untuk menayangkan semua hasil karya agung Sutradara Yasmin Ahmad tidak lama lagi...Sama-sama kita nantikan...

9 comments:

susu dan biskut... said...

Al-fatihah...

"Dimanakan ku cari ganti..."

Kan?

Koyuki said...

Tak sonok la nk raye nanti...takde lagi da iklan2 petronas dari Yasmin =(

Mohd Shazwan said...

she was one of my fav film-maker, alongside with afdlin shauki...
al-fatihah to her...

'Cikgu Padi' said...

yassmin ahmad seorang pengarah yang baik..kita lihat pada hasil karyanya bukan kisah peribadinya...Tindakan akhbar KOSMO yang menelanjangkan kisah silam arwah amat tidak bermoral...

alihanafiah said...

btol..yang sudah tu sudah la..ape la yg diorg pikir..dah xde dah org tu..haish..husnul khatimah impian kita semua..damailah kau di sana~

al fatihah

'Cikgu Padi' said...

betol3...tq abg ali...camtu la org sekolah agame...tq2 kerana memahami..

kecik said...

al-fatihah.

Yumi~Can said...

R.I.P to Yasmin..

kite akan ingat die sampai bile2...

'Cikgu Padi' said...

semoga rohnya aman di sana