Monday, May 31, 2010

FUTSAL...

Salam...Time cuti-cuti ni mula aktif kembali bermain futsal, tapi entry kali ni bukan nak cite pasal aktiviti aku ini secara terus namun tentang telatah seorang teman (Kawan).....Teman aku ni berbadan agak gempal, ibunya yang terchenta selalu menyuruhnya menjoin kami bermain futsal agar dapat bersenam....Namun baru-baru ini die datang ke gelanggang futsal Segambut, KL dengan marah-marah....Ayuh ikuti cerita ini, baca betol-betol....


Lokasi: Futsal Segambut, KL
Masa: 1.00 pg

Aku: Apahal masam dan ngomel-ngomel (bebel seorang diri) ni?

Kawan: Tadi aku kelahi ngan mak aku (perkara ini jangan diikuti)...

Aku: Asal?

Kawan: Tah la...dulu sibuk aku bersukan, main futsal la...ni malam ni die marah aku kuar main futsal..bukan tak biasa..selalu kol 2 3 pagi ok je...Siap nak rampas kunci kete aku...

Aku: ye ke (buat-buat layan), camne jadi camtu?

Kawan: Aku cakap baik-baik.."mak, abang main futsal malam ni kol 1 (nak bodek dengan harapan mak sponser)". Mak aku angguk sambil tanye " main kat mane?". aku jawab la "main kat segamat je mak". Tetibe die melenting, tekejut aku..

Aku: Haaaa...ko kate main kat mane?

Kawan: Segamat la...kan dah deal main kat segamat..(tiba-tiba die terdiam dan tergelak sendiri..)...Ya Allah patut mak aku melenting...

Aku: Giler la ko nak main futsal kat Segamat Johor tu...hahahahahaahahahaaa...Balik cium kaki mak ko mintak ampun...

Moral of the story:
Lain kali cakap betol-betol, kerana mulut badan menawan......Lagi satu, mana bole gado2 ngan mak, berdosa...

Friday, May 28, 2010

I Love My Family......

Salam....Ini post pertama aku sejak berada kat rumah untuk cuti semester kali ini.....Sejak 3 hari dah berada di rumah semuanya berjalan lancar...Aku ingin berkongsikan sesuatu buat kalian kali ini...Bile tgk tajuk entri aku kali ni pasti semua akan terfikir benda yang sama....Semua akan berasa kasih dan cinta pada family kita, betol tak?Tapi sejauh mane kecintaan kita hanya kita dan Allah sahaja yang tahu....Aku terpanggil untuk berkongsi sebuah cerita antara seorang yatim (X) dan ustaz...

Ustaz: Kamu sayang ibu dan arwah ayah kamu?

X: Mestilah ustaz....saya sayang ibu dan arwah bapa saya, jika ada sesiapa yang menyakiti mereka baik secara fizikal mahupon kata-kata...habis mereka saya kerjakan....Saya sayang mereka sangat-sangat.

Ustaz: Bagus. Adakah solat 5 waktu kamu lengkap dalam sehari?

X: (terkedu dan berfikir)..emmm...bab tu saya kurang sikit ustaz, masih banyak longkang-longkang lagi...kadang-kadang tak sempat nk solat langsung....

Ustaz:OOOhhh...Begitu sekali hingga tak sempat ye.....Saya rasa kamu tak sayang kedua orang tua kamu....Benar kamu tidak menyintai mereka...

X: (tergamam dengan penuh tanda tanya)..????....

Ustaz:Apabila seseorang itu berpisah rohnya dari jasad dan meninggalkan alam fana ini hanya satu sahaja yang menyatukan antara mereka dengan anaknya iaitu doa-doa dari anak yang soleh....Ustaz tak mahu berbicara tentang soleh, cukup sahaja jika melihat perkataan "doa"...Adakah kamu sebagai anak yang kononnya menyintai ibubapa menitipkan doa buat mereka dalam 5 waktu solat mu?ada? fikir-fikirkan...

Ini membuatkan aku berfikir adakah aku mampu menjadi anak yang mencintai kedua ibubapa ku semahunya....Aku pasti berusaha...Mama, padi sayang mama.....Kepada semua teman ini perkongsian ikhlas buat kalian....


Monday, May 24, 2010

Selesai....

Salam....Ni bukan cerita pasal ADAMAYA lagi (siri demam ADAMAYA akan bersambung nanti). Ni kembali cite pasal aku..Sekarang berasa amat lega dan kembali mampu mengukir senyum...Segalanya telah selesai....Mesti tertanya-tanye ape la sibuk sangat dan lega sangat aku ni cam br selesai kes juta-juta kat mahkamah...Semuanya ade kat bawah ni...

Aku benar-benar sibuk belakangan ini kerana:
1. Persiapan untuk Final Exam...
2. Persiapan dan rakaman P&P untuk praktikum cemerlang di SK Tasek Utara
3. Menguruskan bisnes jersey world cup...
4. Tak lupa menonton ADAMAYA..
5. Sambutan Hari Guru
6. Aktiviti sampingan bersama saudara ALI dan SYAFIQ

Banyakkan kerja aku...Tapi semuanya telah selesai...Dengan rasminya aku akan mula bercuti 24 Mei 2010 hingga 27 June 2010....Bestnye dapat balik rumah mama....Now merancang untuk aktiviti cuti...
1. Sambutan Hari Jadi MAMA...
2. Majlis perkahwinan my beloved cousin
3. Bersama keluarga, cikkin, kawan-kawan...
4. Aktiviti-aktiviti yang sewaktu denagnnya....

Kepada teman-teman (KPLI PPC Fizik & TESL UPM) yang bakal menamatkan pengajian di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, All the best, semoga menjadi pendidik sejati yang ikhlas mendidik anak bangsa mu...Salah dan silap aku harap dapat maafkan...Pape roger je aku k...Gonna miz u all...

Sunday, May 23, 2010

Demam ADAMAYA: Amani

Salam....Sesungguhnya kini hidup ku diselubungi demam ADAMAYA....Cerita yang simple tetapi bagi ku ia memberi sejuta makna dan rasa....Pembawaan watak adalah sangat biase tetapi olahan ceritanya bisa menyentuh setiap sanubari yang menyelaminya termasuk la aku...heheheheeh....Ade orang suke cite tu sebab Maya (Lisa) tu cantik tak pon Adam tu macho tapi bagi aku,aku lebih tetarik dengan watak Amani...Telatahnya benar-benar mencuit hati dan bisa meruntun perasaan...Lakonannya tidak la terlalu hebat tetapi cukup membanggakan. Mungkin sebab kecomelannya tu buat aku tertarik...Ni de sikit info pasal Amani ni yang dapat aku cari....

Nama : Mia Sara Nasuha Bt Muhammad Ridhuan
Tarikh Lahir : 30 September 2005
Umur : 4 tahun
Pekerjaan : Model / pelakon
Asal : Kota Damansara
Iklan : Bank Islam, Celcom, Sustagen, Nokia, Astro dll.
Drama : Adamaya

Adam, Amani & Maya...



with Aunty Lisa & Adam...



Comelnye....



Mungkinkah ada Adamaya 2?????

Yang Terindah.....

Semenjak kau hadir dalam hidupku,
Tiada lagi keresahan,
Kau mengetuk pintu hatiku,
Tanpa sedar hingga aku izinkan,

Kau yang bernama cinta,
Kau yang memberi rasa,
Kau yang ilhamkan bahagia,
Hingga ku terasa indah...

Maaf jika ku tidak sempurna,
Tika bahagia mula menjelma,
Bila keyakinan datang merasa,
Kasih disalut dengan kejujuran,

Mencintai dirimu,
Merindui dirimu,
Memiliki diri mu,
Hingga akhir hayat bersama kamu.....

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Salam...Setiap tahun tanggal 16 Mei kita akan menyambut, meraikan dan menghargai jasa seorang guru...Saya tidak terkecuali, mungkin ini kali terakhir aku meraikannya kerana selepas ini aku yang bakal diraikan...Layakkah aku? Mampukah aku memegang tanggungjawab ini....I'allah akan ku lakukan seikhlas mungkin.....

Dedikasi istimewa ucapan Selamat Hari Guru buat semua yang bermakna dan sangat berjasa kepada ku, para pendidik di:-
1. Taski Al-Huda, Rasmi Jaya, Ampang
2. S K 2 Kuala Ampang
3. Sek Men Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang (SEMESTA)
4. Kolej Metrikulasi Kedah
5. IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Ucapan-ucapan menarik Hari Guru...

"Birth is the start of life, Beauty is the art of life, Mystery are a part of life but a TEACHER is the heart of life..."

"Teacher is like a PEPSI-ask for more, Teacher is like NIKE-just do it, Teacher is like NOKIA-connecting people, Teacher is like McD-i'm loving it, Teacher is like TOYOTA-moving forward so all this show that not easy to be like a TEACHER...."

"Guru persis NTV7-Ceria Selalu, Guru umpama TV3-Inspirasi Hidupku, Guru seperti TV9-Dekat Dihati, Guru semestinya ASTRO-Macam2 Ada...."

" A teacher's achievement is not how many A's or B's he produce but how many life he change & how many hearts he touch.."

Friday, May 14, 2010

Kita Gagal....


Pasukan Piala Thomas negara gagal....Kita akan terus dan terus menanti, kepinginkan Piala Thomas untuk singgah ke bumi MALAYSIA...Kepada pemain negara yang benar-benar telah berhempas pulas terima kasih dan pada yang mereka yang terus mempamerkan aksi longlai perbaiki dan jelmakan semangat petrotisme yang lebih tinggi....Benar, jangan sibuk menyatakan tentang usaha kamu, pengorbanan kamu dan harapan serta cita-cita kamu sebaliknya tunjukkan dan zahirkan semuanya kerana itu lebih bermakna berbanding jutaan gugusan kata....TERIMA KASIH rakyat MALAYSIA....

Thursday, May 13, 2010

Semarak Piala Thomas

Semarak semangat Piala Thomas semakin memuncak....Malaysia usai melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan pasukan Denmark...Perlawanan yang sungguh sengit..Kini pasukan gergasi badminton dunia, China menjadi penghalang seterusnya, apakah pengakhirannya? Semuanya di tangan anda wirawan Malaysia sekalian....

Datuk Lee Choong Wei, persorangan pertama negara merangkap ketua pasukan...


Beregu pertama negara, Koo K Keat/ Tan Boon Heong....Teruskan komitmen anda..


Persorangan kedua juga bekas ketua pasukan negara, Wong Chong Hann...Kudratmu masih ditagih...


Beregu kedua yang penuh kontroversi Zakry Latif dan pasangannya yang masih belum pasti...Tinggalkan kontroversi, tingkatkan prestasi...


Persorangan terakhir negara, Muhammad Hafiz Hashim...Bisa menjadi wira dan bisa menjadi bencana........Semua di tangan anda...
Barisan Wira 1992 negara...Adakah sejarah ini bisa berulang???


Sejujurnya...Pada saya, kalah atau menang isu kedua, yang penting tunjukkan semangat yang jitu dan berjuang habis-habisan, biar kalah bermaruah...Jangan terlalu layu dan menyerah seperti perlawanan menentang Jepun tempoh hari....Saya, sebagai rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik buat anda..Kepada peminat sukan tanah air, jangan terlalu ghairah...Jadilah manusia bertamadun, jangan kejayaan kita puji kegagalan terus menurus kita maki..berpijak di bumi yang nyata...Jika mereka sudah berusaha namun gagal terimalah ia sebagai takdir. Namun jika menyerah seperti bukan anak teruna apakan daya...Ayuh rakyat Malaysia tunjukkan sokongan anda...Kembalikan kegemilangan badminton negara...

Tuesday, May 11, 2010

Just Around The Corner


Wahhhhh......Sekarang dalam mood EXAM.....Sedar tak sedar minggu depan aku dah exam....Tadi gi tengok markah kerje kursus, semua suam-suam kuku je....Mungkin dah takdir semester-semester akhir ni dapat pensyarah yang "SANGAT" komited terhadap tugas.....Aku redha dan terima seadanya, ia tidak boleh dijadikan alasan dan aku perlu berusaha....Bersempena dengan musim peperiksaan ini aku nak mintak maaf kalau de silap salah kat semua, kemaafan kalian amat aku perlukan kerana jika tidak, ia bisa membantutkan usaha ku untuk berjaya...Doakan kejayaan aku (sangat2 berharap)...Kepada yang teman-teman yang juga akan menduduki peperiksaan, all the best, study smart, jaga kesihatan dan teruskan berdoa agar diberikan yang terbaik buat kita.....SEMANGAT !!!!

REMINDER !!!!
18 Mei 2010 - Bimbingan Kaunseling Kanak-Kanak
24 Mei 2010 - Action Research



Monday, May 10, 2010

Kasih....

Salam....Bersesuaian dengan tajuk entri kali ini saya ingin membawa anda menelusuri tiga kisah KASIH dalam penceritaan yang berbeza......

Pertama,
KASIH hingga ke hujung usia...Salam Takziah buat saudara ku, Abdul Qayyum atas kembalinya bapa tercinta kerahmahtullah....Berita ini benar-benar mengejutkan aku...Dari pengamatan aku, KASIH anak kepada bapa ini tidak perlu aku persoalkan....Rasanya setiap kali bertemu pasti ada kisah mengenai KEKASIH(bapa)nya ini...Apapun, bersabar dan terus berdoa...Hanya doa anak-anak yang soleh masih bisa di nikmatinya di sana...AL-FATIHAH...

Kedua,
Aku pulang ke Kuala Lumpur dan sempat menyambut HARI IBU bersama mama juga KASIH hati ku....Kami adik beradik membuat beberapa plan kejutan...Bermula dengan makan malam yang disponser oleh tunangku, Cikkin dan pembelian dan penghantara bunga ke tempat mama ku bekerja...Ini hanya usaha kecil kami dalam menyatakan rasa kasih buat mu MAMA....Juga tidak ketinggalan ucapan Hari Ibu buat ibu tercinta di Kajang...

Ketiga,
Aku dapat bersama kekasih hatiku, Cikkin ketika pulang sebentar bercuti sebelum peperiksaan bermula....Walaupun hanya seketika, tetapi ia cukup bermakna...Betul kata orang kuantiti tidak menjamin kualiti....Alhamdulillah kualiti yang aku perolehi..Terima kasih Cikkin...(tunang tak le jumpe selalu..heheheheh)


Semoga kisah KASIH dalam hujung minggu ku ini dapat menjadi peringatan kepada kita bersama. Jangan lupa terus menyatakan KASIH kita kepada yang ESA dan RasulNYA....

"Mengertilah beza antara kasih dan kekasih..."

Wednesday, May 5, 2010

Replica Jersey WORLD CUP 2010

SALAM...

Ingin menambah pendapatan sampingan?
Berminat menjual atau membeli Replica Jersey WORLD CUP 2010?
Saya boleh membantu...Bacalah sendiri...

Harga: RM45 (untuk borong, market semasa kat luar boleh jual hingga RM60)
Kualiti: Gred A (confirm puas hati)
Saiz: S (48cm), M (52cm), L (tiada stok), XL (57cm).....
Untuk pengesahan, saiz boleh lihat dimana-mana butik sukan (ada negara jersey bodyfit contoh Itali dan Jepun)

Peringatan:
- Ini bukan produk Siam, Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar.
- Semakin hampir World Cup 2010, semakin tinggi harga pasaran.
- Penjualan untuk pasaran luar negara menggunakan mata wang Malaysia dan minimum pembelian 20 helai.
- Penghantaran dalam Malaysia percuma manakala, penghantaran luar negara kos ditanggung pembeli.
- Setiap minggu booking akhir akan dikutip pada Rabu malam, barang akan dapat pada Isnin atau Selasa berikutnya.
- Untuk privacy boleh buat tempahan melalui Inbox msg di FB saya... Harap maklum...
http://www.facebook.com/note.php?note_id=425319256082&id=226669856575#!/album.php?aid=2033194&id=1430952737&ref=mf


Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi Zul / Padi : 016-4877251.

Antara jersey negara-negara bertanding yang terdapat dipasaran....



Pilih mengikut citarasa anda...



contoh sample (maaf pakai camera hp je)

Terima Kasih SK Taman Universiti 3

Salam....Maaf kerana terlalu lama tidak menulis....3 minggu belakangan ini terlalu sibuk dan pelbagai perkara berlaku...Namun, alhamdulillah segalanya berjaya ditempuhi dengan jayanya... Bersesuaian dengan tajuk entri kali ini...Dedikasi istimewa ucapan terima kasih saya buat seluruh warga SK Taman Universiti 3. Saya telah selesai menjalani praktikum fasa 3 atau pun yang terakhir sebelum keluar menjadi guru....Banyak perkara yang saya belajar di sini dan saya dapat menjalani praktikum kali ini dengan cemerlang....Terima kasih...Kita akan bertemu lagi i'allah untuk saya menyelesaikan intenship 4 minggu saya pada semester hadapan....Sekali lagi, terima kasih.....

"S K Taman Universiti 3 akan sentiasa dihati SK Seri Perling 2 kekal terpahat di sanubari..."

Sebahagian hadiah yang diterima...Terima kasih dan sangat terharu...



Antara tinggalan buat sekolah...



Lagi tinggalan buat sekolah...



.....ini juga tinggalan buat sekolah...



teman-teman sepraktikum....(Dorene, KK & Dany)



pensyarah pembimbing...(K Mohan)



Guru pembimbing (Kak Min)



Terima kasih dan jumpe lagi SK Taman Universiti 3



Tetap ku rindu......