Friday, May 28, 2010

I Love My Family......

Salam....Ini post pertama aku sejak berada kat rumah untuk cuti semester kali ini.....Sejak 3 hari dah berada di rumah semuanya berjalan lancar...Aku ingin berkongsikan sesuatu buat kalian kali ini...Bile tgk tajuk entri aku kali ni pasti semua akan terfikir benda yang sama....Semua akan berasa kasih dan cinta pada family kita, betol tak?Tapi sejauh mane kecintaan kita hanya kita dan Allah sahaja yang tahu....Aku terpanggil untuk berkongsi sebuah cerita antara seorang yatim (X) dan ustaz...

Ustaz: Kamu sayang ibu dan arwah ayah kamu?

X: Mestilah ustaz....saya sayang ibu dan arwah bapa saya, jika ada sesiapa yang menyakiti mereka baik secara fizikal mahupon kata-kata...habis mereka saya kerjakan....Saya sayang mereka sangat-sangat.

Ustaz: Bagus. Adakah solat 5 waktu kamu lengkap dalam sehari?

X: (terkedu dan berfikir)..emmm...bab tu saya kurang sikit ustaz, masih banyak longkang-longkang lagi...kadang-kadang tak sempat nk solat langsung....

Ustaz:OOOhhh...Begitu sekali hingga tak sempat ye.....Saya rasa kamu tak sayang kedua orang tua kamu....Benar kamu tidak menyintai mereka...

X: (tergamam dengan penuh tanda tanya)..????....

Ustaz:Apabila seseorang itu berpisah rohnya dari jasad dan meninggalkan alam fana ini hanya satu sahaja yang menyatukan antara mereka dengan anaknya iaitu doa-doa dari anak yang soleh....Ustaz tak mahu berbicara tentang soleh, cukup sahaja jika melihat perkataan "doa"...Adakah kamu sebagai anak yang kononnya menyintai ibubapa menitipkan doa buat mereka dalam 5 waktu solat mu?ada? fikir-fikirkan...

Ini membuatkan aku berfikir adakah aku mampu menjadi anak yang mencintai kedua ibubapa ku semahunya....Aku pasti berusaha...Mama, padi sayang mama.....Kepada semua teman ini perkongsian ikhlas buat kalian....


2 comments:

MEKNA said...

waahhh....padi dah smpai rumah..
orang ada kt ganu lagi..sangat borink..:((

'Cikgu Padi' said...

ala husna...meh la turun kl..hahahahahaha