Tuesday, October 19, 2010

9 + 10 = 19

Salam...hari ni saya nak bercerita pasal angka 19..Apa yang menarik sgt pasal angka ni? Sebenarnya ini jumlah coursemate or classmate saya. Hanya 19 orang, 9 lelaki dan 10 perempuan. Walaupun jumlahnye sedikit tapi ragamnya tuhan sahaja yang tahu.
Kami datang dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia, dari Perlis sampai lah ke Johor..Kebanyakan mereka baya adik2 saya, saya je terlebih tua dalam kelas tu, tapi isu umur ini tidak pernah menjadi penghalang..Kini sudah hampir 5tahun setengah kami bersama, pahit, manis, tawa, sendu semua telah kami lalui bersama. Kini telah tiba masa untuk berpisah, semua orang tahu.....
Perasaannya kini amat sukar untuk digambarkan, tapi apa yang pasti saya akan sentiasa merindui mereka, mungkin saya ni tak sweet dan tak reti nak tunjuk yang saya sayang, kasih dan menghargai mereka..Tapi jauh disudut hati, kalian amat bermakna bagi diri ku....Kalian antara watak penting dalam naskah agung perjalanan kisah hidupku....
Semoga ukhwah yang kita bina tidak akan berakhir hanya setakat ini. Saya mendoakan kalian bakal menjadi guru yang cemerlang dan insan kamil yang mendapat keredhaanNya di dunia juga di akhirat....Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian ceritera hidup ini...Iklhlas dari hati ini, saya memohan ampun dan maaf jika ada sebarang kesalahan dan ketelanjuran yang telah saya lakukan...
Akhir sekali...Saya sayang kamu semua dan pasti akan sentiasa merindui kalian nanti.....Selamat Berjuang Sahabatku....

8 comments:

Rapunzel Rambut Pendek said...

sukar nak terima kenyataan yg hikayat indah 5 tahun setengah kita bakal berakhir....
tapi yang pasti ia akan tetap berlaku...
jauh di sudut hati ko dan classmate yg lain sgt aku syg dan aku hargai....

Amir Omar said...

You make it sound so sad!!!
Arghhhh

alihanafiah said...

erm btol2 byk semangat aku bagi ko update blog..sampai 2x haa ko update..

'Cikgu Padi' said...

am:betol2, aku rasa memori antara kite terlalu banyak, sure amik masa nk recover kan..huhuhu

amir:dah mmg sedey mir...

sodek: kau la dewata hatiku...huhuu

QaYYum MieJiFans said...

aku akan sentiasa merindui bro2 ku yg sempoi selalu mesti terasa sngt sunyi dan juga kehilangann..apa2 pun goodluck snior2 pada cabaran yg mendatang

'Cikgu Padi' said...

hang pon jaga diri qayum....sat je lagi hang pon habis la...cabaran lebih besar menanti kita 'disana'

Tawel Sensei said...

Oo sekelas dengan Syafiq ke rupanya Cikgu Padi ni ;)

'Cikgu Padi' said...

hahahahaa....die la dewata hati ini..hahahahaa