Tuesday, August 17, 2010

Kenangan Ramadhan (Kisah 2)

Salam...Pape pon aku nak mintak maaf kalau entri sebelum ini agak keterlaluan....Sorry ek.....Ari aku nak sambung cerita berkaitam kenangan ramadahan ku untuk Kisah 2...Kalau sebelum ni cerita die cam kelakar sikit tapi kali ni agak berbeza.....Ceritanya macam ni....

Time aku sekolah menengah aku sorang je adik beradik yang duduk asrama, so blk umah jarang-jarang2 la....Oleh sebab itu dalam apa-apa hal aku selalu diutamakan oleh mama, hinggakan menentukan juadah berbuka puasa juga aku diberi keutamaan....Tapi sejujurnya mama tak 'bias' sebab setiap hari ikut selera lain2..Namun jauh disudut hati ni time kecik2 dulu aku sangat jauh ati ngan adik beradik aku sebab aku rasa macam diorang membenci aku...huhuhuhu.....Cerita ni juga berkaitan air kegemaran aku, 'Cincau'. Hari tu mama tanye nak buka minum apa, aku dengan selambanya cakap cincau walaupon baru 2 ari lepas minum cincau...Aku tak sangka mama buat betul2,aku pon ape lagi senyum la..hehehehe...Dah hampir waktu buka, aku masuk tandas nak buang air dan tiba2 aku terdengan suara orang membentak di dapur. Aku mendiamkan diri dan mendengar perbualan itu betol, ini suara adik Pajin (adik bawah aku) ni kata hatiku....

Pajin: Mama! Nape wat cincau lagi....

Mama: Tak pe la kan sedap, bagus tuk sejukkan badan..

Pajin: Ala...kan baru je minum kelmarin....Ni mesti "BUDAK GEMUK" tu mintak!!!!!! tak suke la!!! asyik die je.....

Aku terkedu dan tanpa aku sedari air mata aku mengalir seiring dengan laungan azan...Sayu hati ini, apa salah aku? Apa dosa aku? Cincau je pon....Aku terus menangis dan mendiamkan diri di dalam tandas hingga mama memanggilku kerana telah lewat waktu berbuka....Aku basuh muka dan mengeringkan air mata....Berlakon seprti tiada apa yang berlaku, aku duduk dan minum...Sekali lagi air mata ku mengalis sebaik air cincau kegemaran ku menerjah kedalam kerongkong ku.....MAMA!!!!!!

Namun itu semua kisah lalu, benar kata mama, ketika kecil kita belom matang dan sering perasaan dan kelakuan kita dipengaruhi emosi...Sebenarnya, adik beradikku tidak pernah membenciku cume aku je yang perasaan...Kini dah besar kitorg makin rapat dan akrab....Abang dan adik2 ku, aku rindu ingin berbuka dengan kalian....4 September aku balik..tunggu ye.....

Monday, August 16, 2010

MATI katak !!!!

Malam ini aku telah menyaksikan satu kemalangan ngeri yang mungkin tidak akan dapatku lupakan selama-lamanya. Peristiwa bermula ketika aku hendak keluar mengalihkan skuter kesayanganku. Selepas melewati pintu rumahku, aku telah tercari-cari capal kulit RM105 yang menjadi selipar resmiku ketika keluar rumah. Seketika, kaki kiriku teraba-raba mencari sandal itu. Sebaik-baik tersentuh dengannya aku terus sahaja menyarungkan kaki kiriku kedalam sandal itu. Ketika itulah aku terdengar bunyi satu letupan ... "pop!!!" Secara spontan aku menoleh ke arah bunyi itu. Benar sebagaimana sangkaanku. Satu kemalangan ngeri telah berlaku betul-betul di hadapan matakunyawa-nyaw. Mangsa tinggal nyawa-nyawa ikan dan akhirnya mati di tempat kejadian. Mana mungkin mangsa akan hidup setelah perutnya terburai keluar. Aku amat sedih melihat mangsa namun takdir telah menentukan segalanya. Mangsa kejadian telah "mati katak" kerana kesilapannya sendiri ... duduk di tempat yang tidak sepatutnya.
Ader ke patut dier gi duduk kat slipar gua. Gua memang tak nampak, gua cakap lu sb tempat tu gelap. Lagi pon kite pakai slipar ... kaki main rabe2 je cari slipar. Bile jumpe kite tros sarong n pijak le. Kan dah terpijak n meletop prot member tu. Mati katak ... KATAK tu!!! Ngeri n geli gleman gua sb tumit gua penuh dgn darah katak yg gua pijak tu. Eh ... terpijak tu.

Pengajaran: Jangan duduk atas selipar orang.

p/s: ini hasil nukilan uncle saya yang sangat comel lewat malam tadi...Siapa sangka seorang Kapten bersara yang garang dan tegas boleh wat cite lawak macam ni.....Hanya bacaan ringan, maaf jika ia mengguris perasaan kalian

Friday, August 13, 2010

Kenangan Ramadhan

Salam.....Hari ini ramai teman-teman kolej ku yang pulang ke kampung halaman untuk berbuka bersama keluarga...Aku rasa nak sangat balik sahur, buka puasa n tarawih dengan mama tercinta, tapi apakan daya mama tak bagi balik....Dia kata "tak payah la balik, bazir tambang n penat badan je...batter dok sana buat kerja"...sebagai anak yang taat aku turunkan je....Time-time homesick nk balik ini aku ada 2 kenangan dalam bulan Ramadhan yang aku nak kongsi...

Kisah 1:
Time kecik2 aku suke menipu, dah jadi hobi dah. Kejadian ni masa aku tadika 5 tahun. Hari tu panas bukan main, balik2 tadika terus buka peti ais (lupe diri tu puasa, aku kecik2 mama dah ajar pose) bukak2 nampak air cincau lebih buka semalam (air cincau ni mmg kegemaran ku)...dengan senang ati aku tuang dalam 'kole' besi yang paling besar dan minum sambil naik bilik...aku betol2 lupe aku pose, sampai dah nak abis air br aku teringat yang aku pose.....terus aku berhenti dan beristigfar sambil2 sendawa kekenyangan...hehehee...aku letak 'kole' atas meja n terus tido....aku terjaga apabila nama ku di laung beberapa kali...

mama: padi!!!! Padi!!!!!

aku: ye ma, nape jerit2 ni...dah buka ke?

mama: hotak ko buke? ni mama nak tanye, sape punye 'kole' ni..(sambil tunjuk kat kole yang aku tinggal atas meja)

aku: (sumpah aku cuak, walaupon aku dikira terminum air tu...nk lepas dirinye pasal, dengan selamber aku jawab..)ooo.....tu ayah punye die minum time sahur tadi...ayah mmg suke minum tak hantar dapur....

~ pang!!!!!! pelempang mama hinggap kat pipi...adusss...~

aku: (dengan wat muke tak besalah) nape mama lempang padi?

mama: padi tipu mama!!!

aku: macam mane mama le tahu padi tipu?(dengan gaya budak nakal, tapi mata dah merah n air mata begenang)

mama: 'kole' tu masih bepeluh lagi, maksudnya br lagi orang munum, kalau sahur tadi mesti dah kering....

aku: camtu ke ma?......

mama: (mama tergelak sambil memujuk aku..) anak betuah betol....

haaaa...kan dah kantoi....camtu la serbe sedikit kenangan aku time kecik, Pengajaranya jangan menipu kalau tak pandai...hehehehe...Kisah 2 kite sambung nanti....Windunye kat mama.....

ni la rupe aku time kecik2, mmg rupe budak nakal kn???

Thursday, August 12, 2010

~ Laskar Pelangi ~

Salam.....Hari ni pagi-pagi lagi aku ada kelas EDU 3108, Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Kami diminta ke suatu bilik tayangan untuk kelas hari ini. Sebagai tugasan, kami perlu menonton sebuah filem dan menjawab beberapa soalan berkaiatan dapatan perolehan dari filem tersebut...Filem tersebut adalah "LASKAR PELANGI". Filem ini adalah sebuah filem yang sudah agak lama cume aku je yang baru tengok. Ia merupakan sebuah naskah filem yang diadaptasi dari sebuah novel di Indonesia. Aku terpanggil untuk menulis berkenaan filem ini kerana filem ini berjaya menyentuh naluri keguruan ku.....Rasanya takperlu aku cerita panjang, sesiapa yang berminat menjadi pendidik atau merasakan dirinya adalah seorang pendidik hebat wajar menonton cerita ini sebagai pedoman. Begitu juga kepada sesiapa yang selama ini memandang rendah profesion keguruan sila tonton filem ini....Akhir kata, aku BANGGA menjadi seorang pendidik.....


p/s:
- Fahami setiap bait kata dalam lagu 'Laskar Pelangi' nyanyian Nidji
- Takziah buat sahabaku Noor Faizah yang menerima berita pemergian nenda tercinta ketika kami sedang menonton filem ini tadi....Al-Fatihah

Wednesday, August 11, 2010

Air Mata RAMADHAN

"Penuhi Ramadhan mu dengan penuh kebaikan dan kebajikan kerana ia akan menjadi kekuatan buatmu dalam menghadapi Ramadhan yang akan datang dengan tanggungjawab yang lebih berat, itupun jika punya kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan...."

Ini adalah bingkisan seorang ibu buat anaknya. Bait kata dalam ayat ini bisa meruntun hatiku jika difahami maksudnya. Satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam hidupku telah berlaku semalam. Ketika berkumandang selawat bagi memulakan solat sunnat tarawih secara tiba-tiba air mata ku mengalir, aku cuba menghentikannya namun gagal....Mungkin ini yang dikatakan air mata Ramadhan, syukur aku diberi kesempatan bertemu ramadhan sekali lagi dan aku sangat-sangat merindui ibu ku....

"Mama..padi rindu mama sangat2, sorry tak dapat teman mama tarawih, teman mama sahur, teman mama buka...Ya Allah, kau pelihara mama ku dan lindungi dia semahumu, aku benar2 memohan kepada mu...AMIN "


Mama with her 56th birthday hadiah (japanies bamboo)

Tuesday, August 10, 2010

~ Kembali...~

Salam...Rasa sungguh kekok apabila kembali membuka blog ini...Maaf kerana telah bercuti terlalu lama...Macam-macam benda berlaku dalam tempoh tersebut namun alhamdulillah semuanya dapat dilalui dengan baik.....Namun kini saya sudah kembali menulis dalam blog kesayangan saya ini... Bersesuaianlah dengan tajuk kali ini "KEMBALI..."

Ini juga bersempena kembalinya bulan penuh keberkatan RAMADHAN....Bagi ku ramadhan kali ini sangat bermakna, mungkin ini adalah ramadahan terakhir bagi ku ketika masih bersatus single..hehehehee...Diharapkan Ramadahan kali ini dapat dijalani dengan tenang, sempurna dan penuh keberkatan....Kepada teman-teman saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan bersama kita mengisinya dengan perkara yang berfaedah...AMIN..Terimalah lagu wajib bila Ramadhan menjelanga.."Harapan Ramadhan"