Monday, October 26, 2009

Kahwin?

Salam...Maaf kerana masih diselubungi kesibukan belakangan ini....Catatan kali ini juga santai berkaitan kahwin...Ni salah seorang kawan baik aku bagi dan suruh aku jawab secepat mungkin....Jom sama-sama lihat hasilnya...

1. How old are you?

- 23

2. Are you single?

- tidak

3. At what age do you think you’ll get married?

- ade rezeki 25 kot...

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?

- i'allah dan sangat berharap

5. If not, who do you want to marry?

- tak penah tepikir....

6. Who will be your bridesmaid or your best man?

- tah la, kalau boleh tak mau dikalangan membe baik coz nk diorg enjoy majlis tu, relax je...

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?

- begantung pada budget n kemampuan...

8. Where do you plan to go for honeymoon?

- pulau...tak kesah dalam or luar negara..

9. How many guest do you think you’ll invite?

- bergantung pada budget juga...

10. Will that include your exes?

- haaaaa...no comment..

11. How many layers of cake do you want?

- tak kesah janji sedap n cantik..

12. When do you want to get married? Morning or evening?

-malam kot...siang panas la, saye kuat bepeluh...heheheeh

13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?

- kaulah segalanya....im the lucky one...tah la...

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?

- tak kesah...memane pon bole, ikut mama...

15.Champagne or red wine?

- oppsss...bandung soda dah la...

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

- beberapa hari pas wedding kot...lepak2 ngan family lu...bawak2 besabar...

17. Money or household items?

- mane2 pon boleh..

18. How many kids would you like to have?

- tak kesah, rezeki pemberian tuhan...but nice if 2 pair (2girls n 2 boys)

19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?

- tak kot...malu je...

20. When is your wedding date?

- tak kesah but 11.11.11 cam cantik je...

21. What is your wedding theme color?

-white/green or turquoise

21. I want to know their wedding plans:

- heheheeh...lu pikir la sendiri...

Ni la secara sepontannye jawapan aku...Saje je wat mende ni, mengisi masa terluang, kebosanan n keletihan...Tapi apa-apa pon manusia itu memang cekap merancang namun Allah itu yang lebih bijak menentukan...Kepada insan tersayang, saya tidak akan persiakan hidup awak...I'allah..

Tuesday, October 13, 2009

Rahsia?

Salam...Belakangan ini aku selalu mendengar tentang rahsiah tarikh lahir, rahsia tahi lalat, rahsia kulit muka, rahsia pasangan anda dan macam-macam lagi lah...Namun aku amat tertarik dengan satu artikel berkenaan rahsia tarikh lahir yang aku baca...Renungi butiran yang aku lampirkan, kalian lebih berhak menilai....Ini adalah satu coretan santai buat semua....

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah kumpulan no.1

Kumpulan no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

p/s:Hampir 98% butiran di atas adalah tepat..Wallahu A'lam


Sunday, October 4, 2009

Petanda Kemurkaan Allah?

Salam....Semoga semua di luar sana sihat sejahtera hendaknya. Dalam kesibukan ku menghadapi Audit MQA bermula minggu hadapan, aku tetap terpanggil untuk mencoretkan sedikit nukilan mengenai deretan siri bencana yang melanda bumi tuhan ini. Pertamanya, aku ingin menyatakan rasa simpati dan ucapan takziah kepada semua mangsa-mangsa amukan bencana yang benar-benar mengerikan. Lihat sahaja Taufan Marakot dan Fengshen yang mengganas, Tsunami membadai Samoa dan siri gempa bumi dahsyat yang menelan beribu rakyat Padang .Pabila melihat semua kejadian ini aku terfikir, adakah ini petanda kemurkaan Allah? Astagfirullah, Subhanallah... Wujud rasa gerun, insaf, sedih, takut dalam setiap salur darah yang mengalir dalam tubuh ini...Sahabat-sahabat ku sekalian renunglah semua ini dengan hati yang bersih dan minda yang waras....Kenapa bala ini di datang kan kepada kita? Kenapa perkara-perkara yang tidak seperti norma biasa ini bisa berlaku? Adakah ini petanda akhir zaman? atau adakah ini balasan atas kekhilafan kita sebagai hamba NYA...tepuk dada, tanyalah hati...Nukilan kali ini aku titipkan beberapa keping gambar terkini siri bencana yang hebat melanda, agar menjadi pedoman kita bersama...


Gempa Bumi di Padang, Indonesia









Tsunami di Samoa









Taufan Marakot dan Fengshen di Filipina, Taiwan, Thailand....






Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".

H.R Muslimi

Wednesday, September 30, 2009

Salam Eidulfitri....

Salam....Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri dan maaf zahir dan batin...Sepanjang aku menulis di dalam blog ini mungkin wujud kekhilafan yang menyinggung hati kalian...Aku hanya insan lemah yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan...Sekali lagi jutaan kemaafan ku pohon dari semua..

Alhamdulillah aku dapat menyempurnakan ibadah puasa ku tahun ini dengan baik. Sesungguhnya bulan Ramadhan dan Syawal kali ini aku rasakan sangat bermakna..Banyak perkara dan peristiwa baru aku lalui, pelbagai perasaan bercampur baur ku rasai...Ikuti ringkasan ku ini....
- puasa ku dilalui dengan penuh kesederhanaan berbanding tahun sebelumnya.
- " Tragedi Merdeka" masih bermain diingatan.
- pertama kali menitiskan airmata ketika mendengar khutbah.
- isi rumah ku berkurangan dari 6 ke 5 org sahaja. Sedih, sunyi, hepi, macam-macam rasa
- berkesempat beraya bersama cikkin di raya pertama
- 2 org sahabat adikku yang berlainan agama beraya dirumah
- ramai kawan2 ku memilih beraya di Kuala Lumpur.
- airmata ku banyak mengalir dalam Syawal dan Ramadhan kali ini....
- AKU SEMAKIN SAYANG KELUARGA KU...



bersama teman-teman sebelum solat sunat Eidulfitri





"The Mamandarian"






My Big Family...







with my sweet heart cikkin..






My Beloved Family...Love You..




Wednesday, September 2, 2009

Tragedi Merdeka

Salam...Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia... Semoga kemerdekaan kali ini lebih dihayati dan akan diisi tiap ruang kemerdekaan itu dengan matang dan berhemah...Kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian mengenai tragedi atau pengalaman yang aku lalui ketika usia kemerdekaan negara kita menginjak 52 tahun. Nukilan kali ini agak panjang namun aku berharap kalian dapat menghayatinya. Semoga apa yang akan aku ceritakan membawa seusai keinsafan dan kesedaran dalam diri kita bersama...

Pada 31 Ogos 2009 yang lalu aku dan sahabatku, Ali Hanafiah a.k.a Sodek dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru. Kami bertolak dari KL jam 12 tengahari. Sesampai kami di KM233.2 arah selatan (Pedas/ Linggi), mata kami terpaku pada suatu kemalangan motorsikal di laluan kecemasan disebelah kami. Kami menyaksikan setiap butir kemalangan itu, kejadian tidah ubah seperti kemalangan di dalam perlumbaan MotoGP. Kami memberhentikan kenderaan secepat mungkin dan bergegas mendapatkan mangsa. Alangkah terkejutnya kami apabila mendapati mangsa adalah seorang muslimah yang masih lengkap memakai tudung. Aku tergamam sambil mulutku tidah henti2 beristigfar.Darah membuak2 membasahi wajah mangsa yang putih, mangsa menggelitik seperti ayam usai disembelih, deru nafasnya benar2 mengerikan...Kami berdua adalah orang pertama berada di tempat kejadian. Aku berusaha menahan kenderaan lalu lalang untuk mendapatkan bantuan dan saudara Sodek tidak henti2 mendail talian kecemasan 999. Hati ku menjerit, "celaka rakyat negaraku ini, Merdeka dilaung dengan megah namun tiada seorang pun terdetik jiwa merdeka mereka untuk berhenti menghulurkan bantuan" Kenderaan lalu lalang langsung tidak menghiraukan usahaku . Setelah hampir 20minit baru ada insan2 kamil yang berhenti dan membantu. Mangsa yang dalam keadaan kritikal kami bawa ke Hospital Alor Gajah (HAG) tanpa kehadiran ambulans. Semua ini hasil usaha ABG ZUL. Dia adalah orang penting dalam penceritaan ini.

Di HAG mangsa diberi rawatan segera, keadalan mangsa amat kritikal. Sedih hati ini apabila mengenangkn keadaan mangsa yang seorang diri tanpa waris. Kami, pihak hospital dan pihak polis tidak dapat mengenalpasti waris mangsa kerana tiada sebarang pengenalan diri pada mangsa. Handphonenya dikunci segalanya baik HP, Sim card juga memory card. Oleh itu kami menjadi waris sementara kepada mangsa, setelah beberapa ketika mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Besar Melaka kerana keaadaannya yang semakin kritikal. Kami mengikut ambulans dari belakang sehingga ke hospital. Di sana, doktor terus berusaha untuk mengelamatkan mangsa yang kian lemah dan tidak bermaya. Sedikit berita gembira kerana melalui no pendaftaran motosikal mangsa , kami dapat mengetahui nama, no ic dan alamat mangsa melalui bantuan unit data JPJ. Kami terus berdoa agar dipanjangkan umur gadis ini... Belum sampai satu jam mangsa di masukkan ke unit kecemasan, kami mendapat berita bahawa mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Setelah kami berbincang, kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan kami ke Johor Bahru. Kami memberikan semua maklumat diri dan butiran kejadian kepada pihak hospital dan polis sebelum meninggalkan hospital. Berat hati ini untuk pergi tapi kami terpaksa. Sehingga detik ini aku hanya mengenali mangsa sebagai Nursharidah Bt Mohammad, itu pon jika benar beliau adalah pemilik motosikal itu. Sehingga artikel ini di tulis kami masih belum mengetahui keadaan terkini mangsa. Aku masih mengharap mangsa terus diberi kesempatan menghirup udara dibumi ini dan masih diberi kesempatan bertemu keluarganya. Walau apa pon terjadi banyak perkara yang aku pelajari melalui tragedi ni..Ya Allah, kau lindungilah dia dan rahmatilah hidupnya....amin....

Coretan:
1 Mangsa adalah peminat Converse berdasarkan sweter, jeans, kasut, stokin dan juga beg yang baru mangsa beli sebelum kemalangan.
2 Insan kamil yang membantu kami ketika dikawasan kemalangan benar2 menunjukkan 1 Malaysia kerana ada seorang cina, 2 india dan 3 melayu.
3 Kami bertemu dengan orang2 Melaka yang baik dan ikhlas membantu. Jutaan terima kasih buat Makcik Kekabu kt Alor Gajah, Apek Storm kt Air Keroh dan brother pam minyak kt Bandar Hilir.
4 Abg Zul adalah orang yang banyak berusaha dalam menyelesaikan semua masalah. Walaupon dia tidak berjawatan tinggi dan berpendidikan tinggi tapi hatinya sangat mulia. Dialah inspirasi kami untuk terus bersama mangsa. Beliau sebenarnya ketika itu dalam perjalanan mengambil kereta pelanggannya yang rosak namun beliau lupakan rezeki itu kerana tanggungjawabnya. Akan aku pegang kata2 beliau, "Ini adalah tanggungjawab kita sebagai MANUSIA..."
5 Sebelum mula perjalanan dari KL saudara sodek ada menyatakan hasrat ingin bersiar-siar di Melaka dan Allah seakan menuruti kemahuaannya...Subhanallah..


Percikan darah mangsa yang terpalit pada seluar ku...



Lagi kesan darah mangsa....







Monday, August 24, 2009

Rindu...

Salam....Wah lama betol rasanya dah tak menulis....Sebelum meneruskan wahana kali ini, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua yang beragama Islam...Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi kerana memberikan kesempatan untuk ku menemui Ramadhan sekali lagi...Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna...

Selesai tugas pertama, seterusnya aku nak bagi tahu kemana aku menghilang 2 3 minggu ni...Ceritanya panjang tapi akan aku ringkaskan...Kisahnya bermula begini...
  1. Aku sibuk dengan urusan di sekolah (SK Seri Perling 2). Biasa la time2 praktikum ni banyak observation and tugas-tugas khas...Setiap hari tido kol3 bangun kol6...Penat woo..
  2. Aku busy wat persiapan dan menghadapi konvo Cikkin (insan teristimewa).. Pelbagai dugaan terpaksa aku hadapi sampai kekadang terfikir juga untuk berhenti dari melakukan apa-apa... Tapi alhamdulillah berkat usaha, kesabaran dan sokongan rakan-rakan semuanya dapat dilaksanakan dengan sangat baik..aku dedikasikan penghargaan tidak terhingga kepada sahabat ku saudara SODEK (ali hanafiah) dan saudara CAPID...Tanpa kalian semua ini tidak akan berlaku..Kepada Cikkin, tahniah saya bangga dengan awak..
  3. Last...Aku busy sebab kene kosongkan bilik kat hostel..Pasal ni malas nk komen lebih-lebih nanti buat aku naik darah je..huhu..tapi pape pon perkara ini sangat memenatkan...
Itu lah antara sebab musabab blog ni bersawang dan terbiar...Hope pasni segalanaya berjalan lancar...Aku sebenarnya masih bersedih mengenangkan praktikum ku di SK Seri Perling 2 telah pon berakhir...Kepada semua warga SK Seri Perling 2, baik guru, pelajar mahupon staf sokongan jutaan terima kasih aku ucapkan...Jasa kalian akan sentiasa ku kenang...Terima Kasih... Rasanya ini je untuk kali ni....Salam...

Gambar ini sangat menarik....




Ni la cikkin kesayangan saya....




Ala-ala cite hindustan gitu...




Something wrong but nice shoot..




Kasih ayah dan ibu membawa kesyurga...



Cikkin ku mendapat medal anugerah dekan dan ijazahnya...Tahniah sayang...

Monday, July 27, 2009

Lagenda..Tribute for Yasmin Ahmad

Salam... Nukilan kali ini aku mulakan dengan Al-Fatihah..Sama-sama kita sedekahkan bacaan ayat suci ini kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad..Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Sesungguhnya berita kematian sutradara kegemaran ku ini amat-amat mengejutkan. Namun ini yang kita katakan ajal maut ketentuan tuhan. Mungkin Allah lebih menyayanginya.. Natijahnya di sini, kehilangan beliau merupakan suatu kerugian besar kepada industri seni tanah air sebenarnya. Sedar tidak sedar, beliau sebenarnya telah membawa suatu dimensi baru kepada persada seni tempatan terutamanya dalam bidang perfileman dan pengiklanan. Melalui hasil karyanya, dapat kita lihat beliau sangat jujur dan ikhlas dalam setiap penceritaannya, namun terkadang wujud sedikit kekhilafan yang tidak disengajakan dan disengajakan. Beliau adalah seorang yang sangat berani dan tabah. Biar setiap hasil karyanya dikecam dan mencetuskan kontroversi,beliau tidak pernah patah semangat. Tidak keterlaluan jika aku menggelarkan beliau "Pengarah Perpaduan Negara". Lihat saja hasil karyanya dari Rabun hingga la TaleNtime, wadah perpaduan ini menjadi teras utama penceritaannya. Aku benar-benar mengkagumi beliau... Sudah pasti selepas aku akan merindui filem-filem beliau yang sering sahaja ku nanti, sudah pasti iklan-iklan musim perayaan semakin hilang identiti, namun ku harapkan industri ini tidak akan terus mati...Namun kini semuanya sudah berakhir, tidak guna lagi kita memberi pengiktirafan dan sanjungan selepas kematian seseorang itu sedangkan masa hidupnya diselubungi kecaman dan penghinaan..Nilai sesuatu itu dengan mata hati bukan dengan hasad dengki..Sesungguhnya, bagi ku Yasmin Ahmad engkau seorang LAGENDA...

p/s: Rangkaian television media prima merancang untuk menayangkan semua hasil karya agung Sutradara Yasmin Ahmad tidak lama lagi...Sama-sama kita nantikan...

Wednesday, July 15, 2009

Nakal + Gedik = Inginkan Perhatian...

Salam...Kehidupan ku kini semakin normal, Alhamdullilah...Walau mentari belum sepenuhnya menyinar, namun awan mendung mulai berarak pergi... Persetan dengan itu semua..Kini aku masih menjalani praktikum di SK Seri Perling 2...Sekarang diorg tengah minggu peperiksaan, so keje aku tak banyak sangat la just jaga exam n tolong menanda paper exam skit2... Sebenarnya hari ni aku nak cite pasal seorang budak lelaki yang paling popular di sekolah aku.. Nakalnya tuhan saja yang tahu.. Kalau nak sebut semua yang die buat sampai esok tak tentu habis... Antara kelakuan terlapau budak ni adalah, bukak pakaian secara tiba2 di dalam kelas (atas alasan panas, bukan stakat seluar je ok..), tak buat keje sekolah (dah tu kacau orang), masa guru mengaja sengaje je die wat bising (menyanyi atau tepekik-pekik cam pompuan mati laki) dan keluar masuk kelas sesuka hati... Apa yang die inginkan? Kenapa die jadi camtu? Cacat atau terencat ke budak ni?

Tadi pertama kali aku jumpe die..Sangat mengujakan..Aku panggil n 'brain wash' die...mule2 die gelak-gelak, tapi tibe2 aku nampak matanya mulai berkaca..Hati ku meruntun sedih melihat keadaannya..Deraian air mata itu akhirnya terzahir setelah aku menyentuhnya dan memberinya nasihat...Seorang pelajar yang nakal n ganas diperkatakan itu juga mampu menangis...Aku berfikir dan menganalisis segala yang telah aku dengar dan aku lalui sendiri..Tuntasnya, dapat aku garapkan bahawa mereka yg selalu mendatangkan masalah di sekolah ini bukannya jahat dan nakal..Meraka terpaksa lakukan ini kerana inginkan perhatian...So, selidik latar belakang mereka dan dampingi mereka.. Tindakan segelintir guru yang memandang sinis dan memberi layanan kelas ke2 kepada mereka akan memburukkan lagi keadaan..Mama ku selalu berkata, "Sebagai guru kita bukan seorang pengajar tetapi pendidik. Pendidik dan pengajar adalah dua perkataan yang mendukung maksud yang sangat berbeza.." Semoga tulisan kali ini menjadi peringatan dan pedoman buat kita semua...


p/s: lagu ni aku bagi sebab kalau tgk budak2 nakal kat sekolah tu nangis sure aku teringat lirik lagu ni..." Aku bukannya superman, aku juga bisa nangis..."

Monday, July 13, 2009

Ghost..

Salam...Apa khabar semua? Semoga kalian dalam keadaan sihat dan bahagia...Tuk post kali ni aku nak cerita pasal cerita kegemaran aku yang baru je habis sekejap tadi...Cerita tu adalah hantu..hehehe...bukan kliwon, tapi "GHOST"...Cerita ini bagi ku sangat menarik, namun ramai yang tidak sedar kehadirannya...Secara ringkasnya, cerita ini dah masuk season 2, ia disiarkan di 8TV setiap hari ahad jam 10malam..Tapi kini ceritanya dah habis dan aku sangat teruja menanti kehadiran season 3 nya satu hari nanti...

Yang menjadi persoalannya kini, aku sering terfikir kenapa wadah dan karya sebaik ini (GHOST) kehadirannya seperti 'angin lalu' yang datang dan pergi sedangkan cerita2 percisan dan murahan seperti papaya, bionik dan seangkatan dengannya dihebahkan semahunya...Sedar atau tidak ia sebenarnya membunuh industri seni tempatan...Siapa yang harus dipersalahkan? Stesen TV? Penonton yang gagal menilai? atau mungkin resam rakyat Malaysia yang tidak bisa menerima perubahan? Sejujurnya Ghost merupakan suatu karya seni yang sangat menarik dan mengujakan...Jalan cerita yg baik, garapan cerita yang kemas dan penceritaan yang sungguh menarik dan penuh unsur suspen...Ia bukan suatu idea ciplak, tetapi inovasi karya yang penuh keaslian...Kepada semua yang telepas menonton cerita ini download la dari tempat2 yang sepatutnya, anda tidak akan menyesal..Janganlah terlalu agungkan karya luar tetapi karya sendiri di anak tirikan, kuman di seberang jelas kelihatan, gajah didepan mata tidak diendahkan... Biar buta mata, jangan buta hati...Cari jangan tak cari cerita ni...hehehe..Selamat menontot..

Saturday, July 4, 2009

Dugaan...

Salam..Hari Sabtu yang aku harapkan dapat dilalui dengan indah, direntap sezalimnya dengan berita-berita di dada-dada akhbar..Kenapa? Mengapa? Apa? Soalan-soalan ini terus bermain diminda ku...Perasaan ku kini tidak dapat ku gambar tertekan, sedih, simpati, malu, marah, benci, hina..semua ada..Bagi ku tahun ini adalah dugaan paling dahsyat aku terima...Hingga tekadang aku rasa tidak mampu untuk terus melangkah..Apa lah nasib diri ku...Apalah nasib keluarga ku...Hanya satu aku yakin dan percaya, Allah menciptakan setiap penceritaan itu adalah yang terbaik bagi Nya untuk seusai hikmah buat hamba-hambanya yg terleka...

Sejujurnya aku malu,walaupun aku bukan lah pendukung watak dalam kecelakaan yg menimpa keluarga ku kini...Aku malu dengan semua disekeliling ku..Aku dapat merasakan setiap bola mata yang memandang pasti ada sekelumit perasaaan sinis penuh kehinaan..Apakah salah ku? Wajarkah aku dilayan sebegitu rupa?...Namun aku tidak kisah tentang perasaan ku, aku hanya memikirkan bagaimana mama melalui hari-hari dalam hidupnya yang sememangnya penuh kedukaan, bagaimana abg ku menempuhi segala cabaran sebagai wakil ketua keluarga ku kini, bagaimana adik-adik kesayanganku menitip pemulaan perjalanan usia remaja mereka..."Mama, abg Kiki, Pajin n Yani sabar lah...Abg padi sayang kamu semua..Abg padi sentiasa di sisi kalian. Biar apa pun terjadi kita masih punya keluarga walau tidak selengkap org lain.." Semoga masih ada sinar...

"Ya Allah..Kau berikanlah kekuatan kepada kami semua ya Allah..Janganlah kau duga kami dengan dugaan yang kami sendiri tidak mampu menghadapinya..Atas apa yang berlaku, kami redha dan berserah kepada mu..Kami hamba mu yang lemah memohan ihsan dari mu..."

p/s: dulu aku suka sangat lagu ni..

Friday, July 3, 2009

Teruja & Terkesima...

Salam...Post kali ini agak berbeza sedikit dari kebiasaan...Ia ditulis menggambarkan perasaan ku ketika ini...Hehe..aku memanjatkan jutaan kesyukuran atas rezeki yang diberikan kepada ku..Semoga semua yang berlaku ini tidak membawa kekhilafan dan kemudaratan pada diriku.. Kini aku semakin busy dengan tugas-tugas ku disekolah, namun aku cuba mengadili setiap yg ada dalam diari hidupku (family, cikkin, teman-teman, blog, FB & lain2..)...Semoga rasa cinta, kasih dan aman bahagia itu senantiasa hinggap dan menghiasi diri ini...Kepada semua insan yang telah banyak mewarnai hidup ku, 'Aku Sayang Kamu Semua'..
p/s: kali ni tak de lagu nak bagi...Inilah perkara yg membuatkan aku terkesima dan teruja..

Monday, June 29, 2009

'Pergi...'

Salam..Jangan risau aku takde nk pergi memane pon, tajuk kali ni 'pergi' adalah kerana beberapa sebab:-
- Kesinambungan dari post yg lalu (kematian)..Kepada mereka yang telah pergi, dirimu akan terus ku ingati.
- Jap lagi aku nak pergi makan..lapa..
- Esok aku nak pergi praktikum fasa dua,windu SKSP2..
- Kepada kawan2 tesl cohort 2 yang dah pergi meninggalkan IPGM KTI kerana telah menamatkan pengajian dan sedia untuk posting..
- Aku nak pergi tgk transformers tapi tak dapat...Penuh je memanjang..
- "Pergilah kesedihan.."emmmm...
- Sebab-sebab lain yg perlu dirahsiakan..
Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, pergi bermaksud suatu pergerakan atau perlakuan yang meninggalkan sesuatu yg asal atas sebab-sebab yang tertentu..Jadi bila cite je pasal pergi ni pasti sangat berkait dengan perasaan..Biasanya kita kan sedih, rindu dan memacam lagi...Tapi jika pemergian itu membawa jutaan kebaikan dan kebahagiaan, pergilah..Kebahagian orang lain adalah lebih penting bagi ku...aku teringat sorang kawan baik aku waktu kecik..die tepakse pergi ikut parents die yang dapat pekerjaan yang lebih baik di Ausie..Time tu aku sedih sangat, siap nangis-nangis lagi..Lepas die pergi hubungan kitorg terus terputus,sampai hari ni aku masih menanti khabar darinya..Semoga die sihat dan bahagia disamping keluarga..

Bersediakah aku untuk "pergi" menghadap illahi..? Namun bagi ku, biar setinggi mana kamu mendaki, biar sepantas mana kamu berlari, biar sejauh mana kamu pergi, janganlah kamu meninggi diri,janganlah kamu melupakan teman sendiri, janganlah kamu hilang identiti dan janganlah kamu melupakan illahi.. Akhir kata terima lah lagu Pergi dari Aizat...aku suke sangat lagu ni...

p/s: cikkin tak mau pergi memane tau...Love You..