Saturday, January 30, 2010

Kata-kata semangat....

Salam....Hujung minggu yang indah...Harap semua dalam keadaan sihat dan sejahtera..Kali ini aku nak berkongsi beberapa gugusan kata yang mampu memberikan semangat dan menjadi renungan dalam hidup. Post ini aku dedikasikan khas untuk kawan-kawan yang akan menjalani praktikum bermula 1 Februari 2010 dan pasukan bola sepak IPG KTI yang akan bertanding dalam perlawanan akhir di stadium Larkin pada 31 Januari 2010....Semangat!!!! Buat teman-teman yang lain, renung-renungkan dan selamat beramal.....


"Kesilapan itu adalah realiti kehidupan, yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu."

"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Namun kini kita lihat darri sudut "pengetahuan" dan"Kejahilan".

"Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa."




Gambar hiasan...




Kenangan terindah....

Tuesday, January 26, 2010

Kekitaan

Salam...Minggu ini di mulakan dengan penuh sederhana kerana masih dalam mood berkabung atas kemangkatan Almarhum Sultan Johor....Minggu ni juga minggu terakhir aku di IPG KTI sebelum menjalani praktikum 3 ku di SK Taman Universiti 3. Sungguh teruja untuk memulakan praktikum kali ini. Namun jauh di sudut hati masih ada perasaan risau dan gundah...Kepada teman-teman seperjuangan, selamat menjalani praktikum, walaupun lepas ini kita jarang bertemu tapi boleh je kalau nk berhubung, hp de, FB de, YM de...nak dengan tak nak je....Kepada yang tinggal di luar pepandailah jaga diri...Kepada semua teman-teman jika ada sebarang masalah bagitau je la, i'allah saya akan bantu, sedaya mampu...Itu janji aku...Kadang-kadang kita tak pandai dan malu nak tunjuk yang kita kasih, sayang dan amik berat terhadap kawan-kawan kita tapi kita tak pernah malu untuk menyakiti dan memalukan diri mereka..Maaf atas kesemua kekhilafan ku sebelum ini. Sejujurnya aku amat menghargai kalian..Last but not least, take care and good luck.....


Teman-teman PISMP ambilan Januari 2007






saja nk mengimbau kisah dulu-dulu....






Aku sayang korang semua....



" Diciptakan kepadamu seorang sahabat itu adalah untuk disusahkan....."

Sunday, January 24, 2010

" Cinta Terakhir "

Kau cinta pertama ku,
Kau cinta terakhir ku,
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita.

Kau ayu dimata ku,
Satu antara seribu,
Tiada tara didunia.

Mungkinkan terputus di tengah jalan,
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan,
Usah ragu dengan takdir.

Mungkin kitakan berbeza haluan,
Berakhirnya cinta percintaan,
Segalanya ketentuhan tuhan...


Salam..Di atas ni adalah bait-bait lirik lagi Cinta Terakhir dendangan Aiman Akademi Nasyid...Aku suka sangat lagu ni kerana ia memberi seribu satu pengertian buat diri ku...Bukan ia bermakna aku ingin memutuskan hubungan yang telah terjalin tapi ia memberi sedikit peringatan dan kekuatan jika sesuatu yang buruk berlaku pada sesuatu hubungan itu...Ia semua ketentuan TUHAN dan kita perlu bersedia dan redha...Ambil masa fahami lirik ini dan lihat diri kita adakah kita mampu menghadapinya... Fikir-fikirkan....Jika ingin dengar lagu ini bolehlah dengar di ruangan "My Music" di kiri anda...


"Jika kita bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan. Walau lebat atau lama mana sekalipun ia pasti akan reda jua akhirnya..”

Friday, January 22, 2010

Kahwin & Hutang

Salam...Bersesuaiaan ngan tajuk hari ni, aku ingin tahu apa pendapan anda tentang, perlukah lelaki atau teman lelaki anda berhutang untuk berkahwin...semua orang ada pandangan masing-masing..Ini antara pendapat yang saya terima....Jom tengok....

Mr X : tidak sama sekali tp depends la kalau sanggap sngt..nanti meminjam xda feel rasa susah cari duit utk kahwin nnt just rasa feel nk byr utang je...dah bunga banyak.

miss X : klo bole jgn la..feel xsama..rasa puas bile dpt kawin gune duit sndri..haha..

miss Y: ish..xpatot2..kalo xdpt bayo t cane? kalo kete xdpt bayo,kete kene tarik..kang kalo pinjam duit xdapat bayo,isteri kene tarik..mau gitu..?? hehe..

miss Z: share dua la...nak kawen sama2 nak duduk sama2..tanggung sama2...

Mr Z: macam mana nk buat, pompuan letak harga mahal..tak pinjam tak kawin la, tak kawin makin banyak dosa buat...payah la camni....

madam X: kenapa nk utang? kenapa tak mintak hantaran Quran sahaja?senang...yg penting akad...duit simpan tuk bina rumah tangga dan bakan anak.

Ini lah antara pandangan-pandangan orang yang saya dapat kongsikn bersama....Semua ada pandangan masing-masing dan saya hormati. Pada pandangan saya pun tak perlu berhutang dan saya akan mengumpul duit itu sedaya mampu bagi memuaskan hati semua pihak, namun jika keadaan terlalu mendesak apakan daya...Kepada pembaca apa pandangan anda?


"Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ..."

Sunday, January 17, 2010

" Bercampur baur "

Penulisan kali ini dimulakan dengan.....Sedekahkan Al Fatihah buat mangsa kemalangan (budak Kg Melayu) yang melibatkan pelajar IPG KTI beberapa hari lalu...AL-FATIHAH...

Salam...Hujung minggu ini adalah hujung minggu yang penuh dengan emosi...Sedih, terharu, gembira, marah, terkilan...Semua ada...Pertama, aku sangat teruja mengunjungi sekolah yang bakal aku jalani praktikum bermula 1 Februari ini, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3. Walaupun jarangnya agak jauh tapi aku tak rasa ia suatu halangan dalam aku mencapai impian ku...SK Taman U 3 nantikan kehadiran ku.

Kedua, aku sangat bangga menyatakan di sini, Pasukan Bola Sepak IPG KTI melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Johor Baharu...Perlawanan yang baru selesai sebentar tadi sunggu dramatik dengan kejayaan 3-2 menentang Kg Melayu FC setelah 2 kali ketinggalan. Aku puji semangat juang, kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama yang wujud dalam menzahirkan sebuah kejayaan yang penuh gemilang ini...Buat seluruh pasukan, jangan biarkan kejayaan ini membawa anda ke jauh lembah kegagalan..Teruskan langkah sang juara....Kepada semua penyokong juga syabas dengan semangat yang anda tunjukkan...Jutaan maaf ku pohan atas ketelanjuran tingkah laku ku di padang tadi...Itu adalah bukan diri ku sebenar, aku benar-benar di pengaruhu emosi..Benar-benar memalukan.

Dan yang terakhir, hujung minggu ini juga aku belajar memaafkan orang lain, mengasihi sesama manusia dan mengenal erti pengorbanan...Terima Kasih kepada semua yang berada dengan ku, baik keluarga, cikkin, kawan-kawan, para pensyarah dan semua, anda adalah warna warni kehidupan ku..Kalian menjadikan ia lebih bererti...


"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kekhilafannya"

Saturday, January 16, 2010

Cincin?

Salam.... Semalam (15.01.10) adalah hari yang paling buruk dalam pemulaan tahun 2010...Huhuhu...Tapi dalam entri kali ni aku tak mahu semua cerita disebaliknya tapi hanya ingin memilih topik cincin... Di jari manisku tersarung cincin yang aku pakai sejak 5tahun lalu..Tengahari semalam, sewaktu pulang dari masjid aku sedar yang cincin tu dah takde...Kelam kabut aku cari, semua tempat aku cari tak jumpe....Last2 aku pasrah yang cincin tu bukan rezeki aku...Tapi alhamdulillah, balik makan malam aku nampak cincin tu dok elok je atas alas kaki scooter aku...Macam tak caye je sebab sehari tu merata dah aku bawak scooter tu, tapi tak plak aku prasan or die tecicir kat mane-mane..Huuh...macam pertemuan jejak kasih...hehehee...Tq Allah....Moral of the story, jaga la barang yang kita sayang baik2......

p/s:
- kepada kaum hawa, minum susu banyak2, tak kesah tua atau muda....
- kepada yang sedang hangat bercinta dengar lagu "Cinta Terakhir" (Aiman) kt My Music blog aku..
- aku dapat tgk gerhana matahari semalam..Subhanallah..

Wednesday, January 13, 2010

Disebalik Hari Jadi Suhana ke-24

Salam..Hari ni 13 Januari 2010 adalah ulang tahun kelahiran rakan sekelasku SUHANA...Selamat Hari Lahir aku ucapkan, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta selamat dunia dan akhirat. Bukan hari jadi beliau menjadi suatu wadah penting untuk aku kiaskn, namun kisah disebalik sambutan hari jadinya yang telah kami raikan tepat jam 12malam semalam ingin dijadikan intipati...Suatu kejutan telah dirangcangkan hasil usaha sama Kekasih Hati Suhana dan kawan2nya...Disebalik sambutan ini, 2 nilai utama yang menarik perhatian ku..Pertama, adalah semangat setia kawan dan keakraban rakan sekelasku...Sejujurnya perasaan ini kian suram dan pudar dalam diari hidupku namun kini ia semakin mekar kembali...Memandangkan ini tahun akhir aku bersama mereka, kenangan ini pasti menjadi nostalgia indah bagi diri ku. Kedua, aku puji sikap Kekasih Hati Suhana ini, walaupun mereka jauh terpisah dia masih sempat merancangkan sesuatu yang pasti menggembirakan hati insan yang tersayang, usaha itu aku puji dan kagumi...Semoga kebahagiaan mereka kekal selamanya...Persahabatan itu adalah jalinan yang tinggi nilainya dan aku berjanji akan memeliharanya semampu ku..Itu sahaja buat kali ini, sedikit gambar buat tatapan semua..



....antara hidangan yang ada....




...kaum hawa kelas ku....khusyuk mkn...





...kaum adam yang nampak pemalu...





...kek birthday girl...





...gambarku dengan birthday girl....


Monday, January 11, 2010

Semangat

Salam...Hujung minggu yang amat menarik dan terisi...Tak tau kat mana nak mula...Emmmm...Ok..bersesuaian dengan title kali ni, aku ingin dedikasikan post ini khas buat 2 orang...

Pertama, pasukan bolasepak IPG KTI....Buat pengetahuan semua, pasukan bola sepak ini telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Liga Johor Bahru....Kejayaan ini amat membanggakan dan mengembalikan kegemilangan bola sepak di IPG KTI....Kalah atau menang bukan itu soal nya, tetapi aku amat memuji semangat juang bukan sahaja di dalam padang mahupun diluar padang setiap pemain juga pengurus dan jurulatih pasukan ini....Sebelum ini mereka sering dihina dan di pandang sinis oleh sesetengah golongan di IPG KTI....Kehadiran mereka dipandang sepi dan sering di perlekehkan...Namun kini semangat yang mereka gagaskan mula menunjukkan hasil...Tahniah dan teruskan usaha, langkah masih jauh dan buktikan sesuatu yang anda juga punya hak untuk di hormati.....Selamat maju jaya...All the best...

Kedua, aku nak cerita tentang semangat seorang anak seni yang bernama Faizal Tahir, semua maklum yang insan ini sedang sakit dan kurang sihat...Tetapi oleh kerana rasa tanggungjawab dan semangat yang tinggi beliau tetap muncul di pentas AJL...Kejayaan di tempat ke-3 adalah suatu bonus...Sekali lagi kalah atau menang bukan persoalan tetapi semangat yang ditunjukkan harus dicontohi...Tak lupe tahniah kepada Aizat dengan lagu Pergi sebagai juara...Pada pandangan aku lagu ni memang layak menang cuma sebelum ini kita terlepas pandang pada keupayaan nya...Liriknya puitis dan susunan muzik yang sangat memukau...

Panjang tulisan ku kali ini...hehehee...Tapi ingatlah, dengan semangat yang tinggi dan usaha yang istiqamah kita mampu melakukan apa sahaja....SEMANGAT!!!


"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya sebenar perasaan"

Saturday, January 9, 2010

"MARAH"

Salam....Jujur ku katakan, aku menulis post ini ketika diri ku masih dalam keadaan marah...Hari ini yang ku rasakan amat indah dan menghiburkan direntap oleh telatah guard atau pegawai keselamatan di post kawalan pintu masuk ke IPG KTI..... Telatahnya yang sungguh bongkak dan belagak benar2 menyakitkan hati dan boleh membibitkan dendam...Aku paham mereka perlu tegas dan apa yang mera lakukan adalah tugas, namun tak perlu menyinga tak tentu pasal dan berkomunikasi dengan kami seperti kami ini binatang sarkes...Apa salahnya melemparkan senyuman, menyapa mesra dan dalam masa yang sama melakukan pemeriksaan rutin...Syukur kemarahan yang membuak2 ini masih dapat aku bendung. Cuma rasa terkilan itu masih ada, mereka adalah golongan hadapan yang akan di nilai pelawat, jika ini persembahannya ia amat sedih dan benar2 memalukan....Buat teman2 dan diriku sendiri kawal lah kemarahan mu kerana kekerasan dan pertelingkahan tidak akan merubah apa2....

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

Berubah wajah...

Salam...Pasti semuanya nampak berbezakan...Hehehe...Saja melakukan sedikit perubahan agar papan contengan ini nampak lebih bernyawa dan bermaya...Terima kasih kepada saudara syafiq azuan a.k.a 'Dr Mac' kerana banyak membantu dalam pengubahsuaian ini...Yang berubah hanya pakaiannya namun pengisian dan intipatinya masih sama...Semoga dengan pengubahsuaian ini akan menambahkan lagi motivasi diri ini untuk terus menulis...

" Kebajikan yang paling ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan menuturkan kata-kata lemah lembut "

Wednesday, January 6, 2010

Pelik....


Salam.....Sudah bermula semester ke 7 ke di IPG KTI JB....semua berjalan lancar, walaupun bilangan subjek hanya dua tapi kelasnya sentiasa penuh.....Aku tertarik nak bercerita mengenai subjek Bimbingan Kaunseling Kanak-Kanak...Subjek ni sungguh menarik danPELIK...hahaha...dah 3hari belajar subjek ini macam2 dah berlaku, tapi belom masanya untuk aku kongsikan di sini, yang pasti ia pelik tapi benar dan membuatkn aku teruja...mungkin next time....pape pon aku mula meminati dan mencintai bidang bimbingan dan kaunseling.....

Sebelom meninggalkan anda semua aku ada suatu soalan....Bagaimana kita dapat menenali diri kita melalui bentuk???nak tau???kamu pilih BULAT, EMPATSEGI, TIGASEGI atau BERALUN (berombak la lebih kurang)....pilih betul, mana yang paling kamu suka dan saya akan mentafsir perwatakan anda...Jom cuba....



Sedikit hasil kerja time aktiviti (mengenal pelajar melalui lukisan atau seni) kelas Bimbingan dan Kaunseling:









Sunday, January 3, 2010

2010

Salam.....Selamat Tahun Baru 2010. Lama sungguh tidak menulis. Terlalu banyak kekangan sehingga mengganggu rutin harian. Biarkan semua berlalu dan kita mulakan ceritera yang baru. Tepat jam 12.00 pg 01 Januari 2010 yang lalu, genap usia ku menjengah 24 tahun. Macam tak percaya dah besar dah aku...Tahun 2009 aku tinggalkn dengan sejuta dugaan, cabaran dan kenangan. Aku telah ampunkan semua insan yang pernah melakukan kesalahan kepada diri ku dan aku jua mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan kepada semua andai aku tersilap kata....

Usai usia ku 24 tahun banyak perkara yang perlu aku lakukan antaranya, menamatkan pengajian ku di IPG KTI, menjaga hubunganku sesama allah dan sesama manusia, menjadi insan yang lebih prolifik dan berjaya dan yang terakhir sekali berhenti MEROKOK. Aku amat berharap semua ini berjaya aku laksanakan sebelum berakhirnya tahun 2010 ini. Kepada teman-teman berilah sokongan dan bantuan..Rasa itu saja untuk kali ini, aku mendoakan ayah, mama, kiki, pajin, yani, cikkin, mamandarian, teman-teman dan semua yang mengenali semoga berjaya dan di rahmati kehidupannya....Salam Tahun Baru....



Sedikit gambar aktiviti ketika cuti....

..bersama keluarga ketiga Majlis Pertunangan Nur Ib Qistina






..bersama Cikkin







....bersama teman-teman Mamandarian