Sunday, January 17, 2010

" Bercampur baur "

Penulisan kali ini dimulakan dengan.....Sedekahkan Al Fatihah buat mangsa kemalangan (budak Kg Melayu) yang melibatkan pelajar IPG KTI beberapa hari lalu...AL-FATIHAH...

Salam...Hujung minggu ini adalah hujung minggu yang penuh dengan emosi...Sedih, terharu, gembira, marah, terkilan...Semua ada...Pertama, aku sangat teruja mengunjungi sekolah yang bakal aku jalani praktikum bermula 1 Februari ini, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3. Walaupun jarangnya agak jauh tapi aku tak rasa ia suatu halangan dalam aku mencapai impian ku...SK Taman U 3 nantikan kehadiran ku.

Kedua, aku sangat bangga menyatakan di sini, Pasukan Bola Sepak IPG KTI melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Johor Baharu...Perlawanan yang baru selesai sebentar tadi sunggu dramatik dengan kejayaan 3-2 menentang Kg Melayu FC setelah 2 kali ketinggalan. Aku puji semangat juang, kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama yang wujud dalam menzahirkan sebuah kejayaan yang penuh gemilang ini...Buat seluruh pasukan, jangan biarkan kejayaan ini membawa anda ke jauh lembah kegagalan..Teruskan langkah sang juara....Kepada semua penyokong juga syabas dengan semangat yang anda tunjukkan...Jutaan maaf ku pohan atas ketelanjuran tingkah laku ku di padang tadi...Itu adalah bukan diri ku sebenar, aku benar-benar di pengaruhu emosi..Benar-benar memalukan.

Dan yang terakhir, hujung minggu ini juga aku belajar memaafkan orang lain, mengasihi sesama manusia dan mengenal erti pengorbanan...Terima Kasih kepada semua yang berada dengan ku, baik keluarga, cikkin, kawan-kawan, para pensyarah dan semua, anda adalah warna warni kehidupan ku..Kalian menjadikan ia lebih bererti...


"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kekhilafannya"

4 comments:

Rapunzel Rambut Pendek said...

hehehehe
syukur alhamdulillah kita di puncak final...
aku berbesar hati dgn sokongn ko padi....
seriously ko bermakna utk team ni...

'Cikgu Padi' said...

haha...gile jiwang ayat ko...kami pasukan penyokong amat berbangga dengan kalian semua..teruskan kecemerlangan...c u in final...

Nurul Hidayah Isnin said...

ya..dari jauh ku lihat cikgu padi berlari memasuki kwsn padang untuk mempertahankan hak IPG KTI..syabas..

'Cikgu Padi' said...

wah....itu amat memalukan..maaf...saye tak sengaja...