Monday, January 11, 2010

Semangat

Salam...Hujung minggu yang amat menarik dan terisi...Tak tau kat mana nak mula...Emmmm...Ok..bersesuaian dengan title kali ni, aku ingin dedikasikan post ini khas buat 2 orang...

Pertama, pasukan bolasepak IPG KTI....Buat pengetahuan semua, pasukan bola sepak ini telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Liga Johor Bahru....Kejayaan ini amat membanggakan dan mengembalikan kegemilangan bola sepak di IPG KTI....Kalah atau menang bukan itu soal nya, tetapi aku amat memuji semangat juang bukan sahaja di dalam padang mahupun diluar padang setiap pemain juga pengurus dan jurulatih pasukan ini....Sebelum ini mereka sering dihina dan di pandang sinis oleh sesetengah golongan di IPG KTI....Kehadiran mereka dipandang sepi dan sering di perlekehkan...Namun kini semangat yang mereka gagaskan mula menunjukkan hasil...Tahniah dan teruskan usaha, langkah masih jauh dan buktikan sesuatu yang anda juga punya hak untuk di hormati.....Selamat maju jaya...All the best...

Kedua, aku nak cerita tentang semangat seorang anak seni yang bernama Faizal Tahir, semua maklum yang insan ini sedang sakit dan kurang sihat...Tetapi oleh kerana rasa tanggungjawab dan semangat yang tinggi beliau tetap muncul di pentas AJL...Kejayaan di tempat ke-3 adalah suatu bonus...Sekali lagi kalah atau menang bukan persoalan tetapi semangat yang ditunjukkan harus dicontohi...Tak lupe tahniah kepada Aizat dengan lagu Pergi sebagai juara...Pada pandangan aku lagu ni memang layak menang cuma sebelum ini kita terlepas pandang pada keupayaan nya...Liriknya puitis dan susunan muzik yang sangat memukau...

Panjang tulisan ku kali ini...hehehee...Tapi ingatlah, dengan semangat yang tinggi dan usaha yang istiqamah kita mampu melakukan apa sahaja....SEMANGAT!!!


"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya sebenar perasaan"

4 comments:

zairy said...

tahniah psukan IPG-KTI. smoga dpt buat lgi terbaik pd plawanan akn dtg...

AJL? yg pasti prsembahan smua gempak2 seyh....

'Cikgu Padi' said...

good....t datang beramai2 sokong semi final k...

Rapunzel Rambut Pendek said...

hehe....
mekasih padi....
time kasih yg teramat sgt utk ko sbb bg sokongn kt team ni.... pd aku khususnye....
mekasih mekasih mekasih!!!!!

'Cikgu Padi' said...

sama2 kasih....aku mmg suke tgk, main n sokong bola..hehehe...all the best 4 the final...