Friday, January 28, 2011

Aku Dah Dapat 'POSTING'

Salam...Penantian aku 70% hampir berakhir. Aku telah tahu negeri yang bakal aku ditempatkan dan berkhidmat, I'allah...Jom kita tengok mana aku dapat....

step 1...


step 2.....


nak dekat dah...step 3


yehhh.....SELANGOR tanah tumpah darah ku....Syukur...

Alhamdulillah aku ditempatkan di negeriku, Selangor. Perasaan???? Susah nak cakap bercampur baur...Semua ada....Pape pon aku syukur dan redha dengan ketentuannya. Penantian yang lagi 30% adalah menunggu daerah dan sekolah yang bakal aku ditempatkan...Bedebar juga ni, semoga semua seperti yang diimpikan dan diharapkan, I'allah...Kepada teman-teman selamat menjalankan tugas. Aku doakan kita semua mendapat keberkatan dan dilimpahi dengan rahmat NYA.....Terima Kasih semua atas doa dan usaha kalian.

Thursday, January 27, 2011

Senarai 'POSTING' Dah Keluar???

Salam...Berita tergempar!!!! Ada sumber sahih menyatakan senarai penempatan guru GSST (aku la tu) dah keluar dan boleh semak dekat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Website KPM pon kate dah kuar....
keratan website KPM


Tapi masalahnya negeri mana tak tau lagi, maksudnya kene try call semua JPN yang dirasakan mungkin kita ditempatkan (Cam pelik je kn,,,). Macam tak betol je cara tu, tapi ada yang dah dapat tahu..Dah tu adae yang kate kene daftar 7 Februari 2011, seminggu je lagi kot..Mana mungkin????..Ya Allah sejak tahu pasal ni pagi tadi mood aku jadi tak menentu....Wisau, seronok, takut, sedih semua ada....Ya Allah berikanlah yang terbaik buat ku dan aku redha...Kepada teman-teman semua, doa-doakan la ye yang terbaik buat saya...Takpelah saya takmau fikir dan terima je la....Semua ini adalah rezeki dari NYA...Penantian Itu Satu Penyeksaan....

Keratan perbualan teman-teman di FB


Perkembangan umah arwah atuk kat Kajang, semuanya telah berakhir...Bangkai rumah telah dirobohkan sepenuhnya dan kini hanya padang jarak padang tekukur yang tinggal. Apa next plan akan saya update kemudian....

sebelum...


selepas....

Wednesday, January 26, 2011

Senyum...

Salam...Apa khabar semua? Hope semua dalam keadaan sihat. Sejak semalam saya asyik tesenyum je, tu sebab tajuk entri hari ni pon senyum...Betol orang kate senyumini adalah motivasi diri yang paling elok, pagi semalam saya pening macam nak mati tapi pas amik bebudak sekolah, tgk telatah mereka pening saya semua hilang...Budak-budak van saya memang kelakar, de je kes diorang setiap hari. De yang begaduh, menangis, sesat salah naik van orang lain la...Tapi mereka ini la penghibur aku sepanjang keje...TQ anak-anak uncle (panggilan aku dalam van is uncle Padi)..
Selain dari tu aku senyum je coz semalam dapat first gaji aku sebagai tenaga pengajar tuisyen Aunty aku...Sangat terharu, TQVM kepada Aunty n Uncle kerana sudi mengambil aku kerja....Hanya tuhan dapat membalas jasa kalian. kepada semua, ingatlah senyum itu penawar segala duka....Senyum mampu merubah hati yang gundah menjadi ceria dan linangan air mata menjadi hilai tawa.....SENYUM......

Tuesday, January 25, 2011

Adat Berpantun & Majlis Perkahwinan

Salam...Pertama, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang bersimpati dan ucapan takziah buat keluarga Cikkin kesayangan saya....hehehhee.....Harap semua masalah yang menyelubungi keluarga kita akan berlalu pergi. Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menjadi pengacara majlis khusus untuk majlis perkahwinan. Dalam adat melayu, pantun memantun ini tidak bole dipisahkan kerana ia dianggap sebagai sesuatu yang bersopan dan berkias. Saya juga bersetuju kerana pada pandangan saya, majlis yang disulami dengan pantun-pantun klasik ia kelihatan sungguh indah dan berseni. Saya pon dalam persiapan untuk menjadi pengacara majlis perkahwiana sahabat saya hujung minggu ini, jom kita lihat beberapa pantun yang sesuai digunakan.

Sirih junjung berhias indah,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir lembaran bermula

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat Tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Puteri dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa mempelai bersantap

Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Semoga adat berpantun ini janganlah dipinggirkan kerana jika bukan kita yang memartabatkannya siapa lagi...hehehehehehee.....Pada sesiapa yang ada pantun best-best sila la share dengan saya boleh saya memperkayakan lagi pantun-pantun indah untuk saya gunakan....Cintai bahasa kita kerana bahasa jiwa bangsa....Salam...

Monday, January 24, 2011

Dugaan: Semua Pasti Ada Hikmahnya

Salam.....Hari ini keadaan sangat meletihkan, fizikal letih mental pon letih...Hujung minggu yang telah dirancang tidak berjalan seperti yang diharapkan, pasti ada hikmah di atas segalanya. Tuhan ingin menduga setiap hambanya dan hujung minggu yang penuh liku ini sebenarnya mengajar kita erti kesyukuran, kesabaran, kesetiaan, kekeluargaan dan macam-macam lagi....Semoga segala dugaan yang datang ini akan berlalu pergi dan membawa kembali mentari melatari kihidupan kami sekeluarga....

Hujung minggu yang dirancang ingin dimulakan dengan berjogging terpaksa dilupakan kerana terpaksa membantu Ayah dan Aleh. Kemudian terus ke kenduri kawan Cikkin di Cheras...Tahniah kepada pengantin semoga berkekalan hingga ke akhirnya...

pasangan mempelai....


Cikkin n Friends...

Kemudian terpaksa bergegas balik ke Ampang kerana ingin bertemu pasangan yang membilang hari Ryna n Paan. Aku telah dilantik or aku melantik diriku sendiri tuk menjadi MC majlis perkahwinan mereka pada minggu hadapan (29 Januari 2011). Alhamdulillah text semua telah aku terima dan i'allah aku akan lakukan sehabis baik...
Ryna & Paan: Bedebar menanti detik bahagia..


Selepas itu aku pulang kerumah dan bersiap kerana ingin memenuhi janjiku untuk membawa anak buah ku, Anis, Ali dan ummi nye ke Tasik Ampang Hilir tuk riadah petang. Semua kelihatan ceria namun segalanya berubah apabila satu panggilan ku terima dari ayah cikkin....

Ayah: Balik kajang!! Ada kebakaran kat Lorong Madrasah , takut kene umah nenek....

Aku tidak berfikir banyak terus memecut keretaku ke Kajang, semua saudara terdekat aku maklumkan dan minta bantuan, pelbagai ceritera bermain di kepala ku....Ya Allah selamatkan semuanya....
sesak sekitar 2 km dari rumah nenek..


hanya ini yang tinggal...


hangus....


tiada apa yang tinggal....



Semuanya sudah selesai, hanya tiang dan cebisan atap yang tinggal. Rumah tinggalan arwah atuk hangus dijilat api. Sayu hati ini melihat muka nenek, ibu, mama, pak am, yann, anong....Hanya air mata dan penyesalan menceritakan segalanya namun kami masih bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Duit, harta benda bole digantik tetapi tidak nyawa cuma aku sangat sedih kenangkan Pak Am Anak beranak yang tinggal sehelai sepinggang. Ya Allah permudahkan urusan mereka. Ia membuka mataku, jika aku berasa beban dengan dugaan yang mama terima, masih ada manusia yang diduga lebih hebat daripada kita. Semoaga semua ini memberi lembaran baru dalam hidup kita semua selepas ini....Semoga keluarga ibu dan semua yang terlibat akan tenang dan redha dengan dugaan ini...


Friday, January 21, 2011

Kurang Sihat....

Salam....Selamat Hari Jumaat...hehehehee....Comel tak gambar atas ni, yang pasti itu bukan gambar saya. Hari ni saya nak share pasal kesihatan saya (gediks lagi...)Sebenarnya saya dah 3 minggu tidak sihat, batuk n selsema tak berhenti...Macam-macam ubat dah saya makan & telan tapi keadaannya tetap begitu n kekadang semakin teruk. Saya ni jenis orang yang jarang sakit n kalau demam or pening2 pon satu dua hari dah ok.....Pelik sungguh sakit yang kali ni....Kerana keadaan saya yang tidak beransur pulih, Aunty Nor n Uncle telah memaksa ku pergi ke klinik pagi tadi, lamanya tak pergi klinik....hehehehehehe....Doktor kata keadaan ni akan bertambah teruk jika dibiarkan, die menasihatkan aku agar berpantang makan (..dah macam ibu mengandung dah aku rasa). Papa pon terima kasih banyak-banyak to Aunty&Uncle kerana amat mengambil berat terhadap diri ku sebagai seorang anak buah dan juga pekerja..Hehehehee....Semoga saya cepat sembuh dan boleh bekerja dengan baik (...tp walau kurang sihat saya tetap keje tau...no ponteng2....hihihi).Jom tengok gaya-gaya batuk...

Ni batuk MACHO, ala2 ahli politik n golongan profesional...


ni plak batuk OVER, khas untuk menarik perhatian orang sekitar...(Tapi kekadang kalau dah teruk batuk mungkin boleh jadi camni.....hihihihi


ni yang paling selalu jumpe, batuk PENGOTOR...Langsung tak hormat orang, tau la sakit tapi batuk tu tutup la mulut...Yang mane satukah anda?

Kalau sakit biasa la kene la makan ubat secara berjadual. Tapi kerana kene makan ubat tu, sepanjang hari saya lalok n berasa bagai diawangan. Siap salah2 jalan gi amik budak tadi....K la tu je cerita hari ni. Selamat berhujung minggu....Banyak urusan yang perlu saya selesaikan hujung minggu ini dan semoga semuanya berjalan lancar....

p/s: to my fren Ryna , jangan risau i'allah suara emas ku ini akan pulih dan kembali khas for ur Big Day...
Walau sakit sempat lagi menyakat budak van aku, Imran (die ni lawak doh)....

Wednesday, January 19, 2011

Harapan, Khayalan atau Kenyataan????

Salam...Mula-mula saya nak ucapkan terima kasih kepada teman-teman yang perihatin dan memberikan sokongan terhadap isu mama saya. Yang kedua, saya amat bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang perihatin dan amat mengambil berat...TQVM..So tak de la saya yang keje ni wisau tinggalkan mama kat umah...Kita tinggalkan hal mama, hope semua akan kembali tenang....Skrang saya nak semua baca pemberitahuan di bawah ni betol-betol...


HAAAA!!!!! (saya tau anda tak faham, tapi ayat atas tu boleh baca kan?) Mengujakan bagi diri ku dan teman-teman PISMP 2010 kerana ini bermakna kami akan mula mendapat pertempatan @ posting...Tapi tu semua masih dikira khabar angin dan aka tak mahu berharap sangat sebab dari bulan November aku tunggu macam-macam berita dah yang keluar tapi semuanya sirna....Aku akan terus berdoa dan semoga tuhan mendengar rintihan hati ini...Aku benar-benar 'kebutuhan' wang dan ingin bekerja..Nasib lah ada Abg Din, Uncle & Aunty Nor yang sudi menerima aku bekerja, alhamdulillah aku amat bersyukur...Doakan yang terbaik buat saya dan teman-teman...Saya amat bersemangat ingin menjadi pendidik anak bangsa permata negara masa hadapan. Percayalah isu mama saya tidak sedikit pon melunturkan semangat saya untuk bergelar pendidik...I'allah....

Tuesday, January 18, 2011

Ya ALLAH! Selamatkan MAMA...

Salam, hari semalam seakan akan melabuhkan tirai dengan indah namun ketika senja menjelang aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mama, suatu yang amat serius bunyinya....Mama dalam kesusahan, tapi die meyakinkan aku yang dia selamat dan OK...Aku kenal mama ku....Apa masalahnya? Tidak perlu aku ceritakan tapi kalian baca petikan yang aku lampirkan ini, ia agak panjang tapi sila baca sampai habis baru buat andaian.....PLZ.....

Paria: Saya tidak bermaksud mahu hina kaum India, kata pengetua

KUALA LUMPUR — Seorang pengetua di Ampang dekat ini mempertahankan dirinya apabila SMS tersebar luas mendakwa dia menggunakan perkataan “paria” ketika perhimpunan pagi di sekolahnya hari ini. SMS itu disebarkan sejak pagi tadi mendakwa pengetua terbabit telah berucap dan menyindir masyarakat India di Malaysia sebagai kasta rendah iaitu paria. Zaini Mohd Zin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Ampang mengakui dia ada menggunakan perkataan “paria” — itu pun hanya sekali, untuk merujuk novel kontroversi Interlok. “Saya membuat penjelasan kepada para pelajar mengenai kepentingan mereka cemerlang dalam subjek sejarah dan kemudian saya merujuk kepada novel Interlok. “Saya memetik novel, mengatakan masyarakat India tidak gembira dengan novel itu disebabkan perkataan itu (paria). Saya sudah tidak berani lagi mengulangi perkataan ini sekarang,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Zaini menambah, dalam ucapannya dia juga ada mengatakan bahawa masyarakat India dari kasta rendah di India telah berhijrah ke Malaysia pada satu masa lalu dan memutuskan untuk tinggal di sini kerana mendapati negara ini tempat yang baik untuk mereka tinggal. “Saya mengatakan bahawa ramai yang meninggalkan India disebabkan sistem kasta dan mereka gembira di sini sebab Malaysia tidak amalkan perkara itu. Kita semua sama di sini,” kata beliau. Bagaimanapun kata-katanya, kata Zaini, telah dilihat di luar konteks untuk mengatakan bahawa dia telah menghina masyarakat India dengan memanggil mereka sebagai golongan paria dan kelas bawahan. Sehubungan itu, Zaini mengakui dia kini berhadapan situasi tidak senang apabila menyentuh pertikaian novel Interlok pada perhimpunan pagi tadi dan kesal kerana insiden tersebut telah menyinggung masyarakat India. “Saya sebenarnya tidak bermaksud mahu menghina sesiapa dengan kenyataan saya itu,” kata beliau sambil menambah, pastinya sesuatu yang bodoh untuk menggunakan perkataan sedemikian bagi tujuan menyinggung orang lain. “Sekarang, saya sudah tidak berani mengulangi perkataan ini . . . malah kepada anda pun,” kata beliau. Justeru Zaini berkata, dia bersedia untuk memohon maaf berhubung insiden pagi tadi. Katanya, dia juga akan membuat penjelasan ketika perhimpunan pagi Isnin depan. “Saya juga sedang menulis surat kepada Jabatan Pelajaran Selangor dan Wilayah Persekutuan,” katanya. Dalam pada itu, penyelia petang K. Nadarajah melahirkan sokongan kepada Zaini apabila ditanya sama ada pengetuanya ada mengeluarkan kata-kata sedemikian. “Saya datang dari masyarakat India dan di sini, saya telah bekerja dengan tujuh atau lapan ketua sebelum ini. “Saya bukannya menyokong dia kerana dia ketua saya, tetapi saya benar-benar percaya tidak pernah bekerja dengan seorang penyelia yang bersikap terbuka dan moderat macam Zaini,” katanya. Malah katanya, Zaini juga membenarkan pelajar-pelajar Hindu mengadakan kelas agama khas ketika waktu sekolah dan tidak pernah melarang apabila menjemput pemimpin-pemimpin agama datang untuk memberikan ucapan. “Malah sami Buddha juga pernah datang ke sekolah untuk memberikan ucapan. Saya yakin beliau membuat kenyataan itu bukan untuk menyinggung mana-mana pihak,” katanya. “Zaini bukan seorang yang rasis. Malah dia sanggup untuk menarik balik apa yang telah dikatakan meskipun kata-katanya diambil di luar konteks,” katanya. Nadarajah mendakwa insiden itu telah dibesar-besarkan oleh sesetengah pihak yang berusaha untuk menggunakannya bagi manfaat mereka ekoran isu novel Interlok sekarang. “Ada pihak yang mahu menjadikannya sebagai satu isu untuk tujuan peribadi sendiri. Tetapi ini salah,” kata beliau. Naib Presiden MIC Datuk S.K. Devamany berkata, para pengetua dan guru di sekolah kerajaan perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak menggunakaan perkataan-perkataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. “Pengetua sekolah perlu sentiasa sensitif kepada kehendak kerajaan dalam mempromosikan perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia. “Kami tidak mahu imej 1 Malaysia tercemar kerana sikap sedemikian,” kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ini sambil meminta Kementerian Pelajaran mengambil tindakan serius.

Itulah ceritanya...Terpulang la pada semua untuk melakukan telahan dan intrepitasi masing-masing...Yang saya tahu, saya kenal mama saya dan saya akan sentiasa berada bersamanya...Ya ALLAH selamatkan mama saya dan zahirkan segala kebatilan....

Inilah buku yang dimaksudkan...

Monday, January 17, 2011

Sedih + Teruja

Salam...Apa khabar semua? Hujung minggu yang baru berlalu terasa begitu singkat....Tup..Tup..dah balik Kajang tuk bekerja....Apa cerita aku sepanjang weekend aritu? Jom kita layan...Bersesuaian ngan tajuk entri kali ini adalah perasaan aku sepanjang weekend baru-baru ini..SEDIH + TERUJA

First, aku sedih dengan kehilangan kucing kesayangan ku 'Bobo'...Yang paling sedey bila tgk adik bongsu ku, Yani menangis sungguh-sungguh kerana 'meratapi' pemergian Bobo....Yang lagi sedey tu die mati tidak berkubur sebab orang langgar and buang tempat lain....Sangat sedey kan????? Oleh kerana Mama tak sanggup tengok adik ku bersedey, Mama pun berusaha mencari pengganti Bobo....Akhirnya dapat la kami kucing baru bernama 'Mika' atau nama panjangnya Mikael...Kenapa Mika? ini sebab atas kepala die ada corak huruf 'M'. Ini pic die...
Second is teruja....Aku teruja kerana weekend ini juga berlangsungnya pertemuan keduaku dengan wedding planner (WP) kesayangan kami Pn Ann... hehehehee.... Macam-macam benda dibincangkan dan kami juga telah pergi membeli kain tuk majlis nikah kami....Warna dan tema terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu k...Suprise..hahahaha...(Gedik sangat tu..)Pape pon kami mengharapkan semua yang dirancang dberjalan lancar dan mendapat keberkatan..Kepada Pn Ann, all the best and kami meletakkan sepenuh kepercayaan pada you....Ni aku sisipkan pic pertemuan kami tempoh hari...

semangat menerangkat.....sumpah kelakar abis kalau tgk muka dia exited...


cikkin yang tekun mendengar....


menari ke ape tu????kompius mak....


Ok la...Tu je wat masa ni....Semoga minggu ini lebih baik dari minggu sebelumnya.....

Friday, January 14, 2011

Cerita Perihal Perasaan

Salam...Hari ini hari Jumaat yang barakah....(Asal tetibe pemulaan entri aku macam ni????) Sebenarnya hari ni aku nak cerita perihal perasaan, dalam kita berpacaran, berkasihan dan berhubungan, tak kira la dengan keluarga, kekasih mahupun sahabat pasti ada kekadang kita tersinggung dan menyinggung perasaan entiti disekelililng kita ini.
Biasalah, nama pon manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan tidak lari dari kealphaan...Jadi untuk meminimakan kesilapan ini kita perlu lebih berhati-hati dan sentiasa memuhasabah diri. Sebagai contoh saya dan pasangan saya, Cikkin. Saya tahu banyak kelakuan saya yang menyebabkan die sering berkecil hati dan terasa terbiar. Oleh itu untuk memastikan keadaan ini tidak berterusan, saya akan sentiasa bertanyakan kepadanya tentang perasaannya...(lebih kurang camni la...How Are You Feeling Today?hahahahaa...tak..tak...aku tipu) Itu adalah cara paling mudah untuk memulihkan perasaan...


Sedarlah, kadang-kadang tanpa kita sedar kita terlalu mementingkan diri dan mengabaikan perasaan orang lain. Sedarlah segera dan cepat-cepat mohan kemaafan darinya sebelum kita terlambat...Saya tinggalkan anda dengan lirik lagu yang paling sesuai untuk entri kali ini, terimalah....HANYUT.....

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Thursday, January 13, 2011

Bersediakah Anda (aku) untuk BERKAHWIN?

Salam...Hari ni saya nak berkongsi satu perkara yang saya rasa berguna buat teman-teman yang bakal menamatkan zaman bujung. Cara penulisan bahan bacaan ini mungkin agak ringan namun input yang disampaikan memberi seribu makna. Jom kite semak persediaan diri kita dengan list ni satu persatu...

Ada alasan kukuh berkahwin.

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

Agak menakutkan bila baca. Dah bersediakah aku? Mampukah aku menjadi pemimpin dalam keluargaku nanti...Semoga dipermudahkan segalanya.... INSYAALLAH....


Wednesday, January 12, 2011

Ku Ada Kamu

Beberapa hari ini aku senang sangat rasa tersentuh terutama melibatkan 2 insan istimewa ini...Mereka adalah segalanya bagi ku, kekuatan dan inspirasiku...Ya Allah, aku benar-benar bersyukur dikurnikan mereka ini kepada ku....Kepada 2 insan istimewa ini, tolong ingatkan aku jika ku tak sedar dan jangan tinggalkan aku.....Love you both...

'Sayangilah insan yang seharusnya kita cintai semahunya
selagi kita masih punya masa dan ketika.....'

Cikkin- cinta hati saya



Mama - Ratu Hati Ku


Time AJL aku sedey je dengar lagu Adira - Ku Ada Kamu...Jom Layan...

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tuesday, January 11, 2011

Tahun Baru.....2011

Salam....Selamat Tahun Baru 2011 (ok...saya tau dah basi n keteinggalan zaman...). Pemulaan tahun yang amat mengharukan...Aku kini telah menjangkau 25tahun...Perasaan.?Campur-campur....Semua ada....(Cikkin cinta hati saya pun dah menjangkau usia 25 juga, Selamat Hari Jadi Sayang)Mula je taun ni macam2 benda aku kene pikir dan yang paling membimbangkan aku masih belum dapat posting...Pelik bin Ajaib, selalunya bebudak keluaran IPG takde masalah posting, tapi time aku ni la pelbagai masalah nak timbul...Takpelah aku anggap ini sebagai ada suatu hikmah yang tersembunyi.....Hikmahnya adalah........Aku kini begelar pemandu bas sekolah & guru tuisyen sambilan.....Aku telah berjanji pada diri ku, aku akan lakukan apa sahaja janji aku dapat duit yang halal dan diberkati....Setakat ini aku enjoy ngan kerja aku tapi sumpah penat...Bayangkan je la, 6.15pagi keluar start amik budak, 7.30 malam baru selesai, 8.00 sampai 10.00malam tuisyen pulak...hehehehehee....tu la pengalaman yang aku belajar....Terima kasih pengalaman....

terima kasih Cikkin kerana sentiasa berada disisi baik susah mahupun senang...



teman-teman memanda yang membuat suprise birthday..TQVM



tempat aku mencari rezeki...



Van yang aku pandu setiap hari.....meriahkan????

Buat masa ini aku suke sangat dengar lagu ni coz aku rasa ia amat dekat dengan kehidupan ku sekarang...Jom kite layan k......