Salam...Pertama, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang bersimpati dan ucapan takziah buat keluarga Cikkin kesayangan saya....hehehhee.....Harap semua masalah yang menyelubungi keluarga kita akan berlalu pergi. Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menjadi pengacara majlis khusus untuk majlis perkahwinan. Dalam adat melayu, pantun memantun ini tidak bole dipisahkan kerana ia dianggap sebagai sesuatu yang bersopan dan berkias. Saya juga bersetuju kerana pada pandangan saya, majlis yang disulami dengan pantun-pantun klasik ia kelihatan sungguh indah dan berseni. Saya pon dalam persiapan untuk menjadi pengacara majlis perkahwiana sahabat saya hujung minggu ini, jom kita lihat beberapa pantun yang sesuai digunakan.
Sirih junjung berhias indah,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir lembaran bermula
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat Tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Puteri dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa mempelai bersantap
Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Semoga adat berpantun ini janganlah dipinggirkan kerana jika bukan kita yang memartabatkannya siapa lagi...hehehehehehee.....Pada sesiapa yang ada pantun best-best sila la share dengan saya boleh saya memperkayakan lagi pantun-pantun indah untuk saya gunakan....Cintai bahasa kita kerana bahasa jiwa bangsa....Salam...
No comments:
Post a Comment