Salam.....Hari ini keadaan sangat meletihkan, fizikal letih mental pon letih...Hujung minggu yang telah dirancang tidak berjalan seperti yang diharapkan, pasti ada hikmah di atas segalanya. Tuhan ingin menduga setiap hambanya dan hujung minggu yang penuh liku ini sebenarnya mengajar kita erti kesyukuran, kesabaran, kesetiaan, kekeluargaan dan macam-macam lagi....Semoga segala dugaan yang datang ini akan berlalu pergi dan membawa kembali mentari melatari kihidupan kami sekeluarga....
Hujung minggu yang dirancang ingin dimulakan dengan berjogging terpaksa dilupakan kerana terpaksa membantu Ayah dan Aleh. Kemudian terus ke kenduri kawan Cikkin di Cheras...Tahniah kepada pengantin semoga berkekalan hingga ke akhirnya...
pasangan mempelai....
Cikkin n Friends...
Kemudian terpaksa bergegas balik ke Ampang kerana ingin bertemu pasangan yang membilang hari Ryna n Paan. Aku telah dilantik or aku melantik diriku sendiri tuk menjadi MC majlis perkahwinan mereka pada minggu hadapan (29 Januari 2011). Alhamdulillah text semua telah aku terima dan i'allah aku akan lakukan sehabis baik...
Ryna & Paan: Bedebar menanti detik bahagia..
Selepas itu aku pulang kerumah dan bersiap kerana ingin memenuhi janjiku untuk membawa anak buah ku, Anis, Ali dan ummi nye ke Tasik Ampang Hilir tuk riadah petang. Semua kelihatan ceria namun segalanya berubah apabila satu panggilan ku terima dari ayah cikkin....
Ayah: Balik kajang!! Ada kebakaran kat Lorong Madrasah , takut kene umah nenek....
Aku tidak berfikir banyak terus memecut keretaku ke Kajang, semua saudara terdekat aku maklumkan dan minta bantuan, pelbagai ceritera bermain di kepala ku....Ya Allah selamatkan semuanya....
sesak sekitar 2 km dari rumah nenek..
hanya ini yang tinggal...
hangus....
tiada apa yang tinggal....
Semuanya sudah selesai, hanya tiang dan cebisan atap yang tinggal. Rumah tinggalan arwah atuk hangus dijilat api. Sayu hati ini melihat muka nenek, ibu, mama, pak am, yann, anong....Hanya air mata dan penyesalan menceritakan segalanya namun kami masih bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Duit, harta benda bole digantik tetapi tidak nyawa cuma aku sangat sedih kenangkan Pak Am Anak beranak yang tinggal sehelai sepinggang. Ya Allah permudahkan urusan mereka. Ia membuka mataku, jika aku berasa beban dengan dugaan yang mama terima, masih ada manusia yang diduga lebih hebat daripada kita. Semoaga semua ini memberi lembaran baru dalam hidup kita semua selepas ini....Semoga keluarga ibu dan semua yang terlibat akan tenang dan redha dengan dugaan ini...
5 comments:
takziah cikgu padi... semoge semuanye sabar dengan dugaaan yg berlaku... Ade hikmah disebalik sume nie...
tq..
Muka mempelai tu memula aku ingatkan kau. Ada iras-iras daa..haha.
Apa pun takziah. Apa punca kebakaran?
takziah..smoga digantikan dengan yg lebih baik kelak walaupun x sama dgn yg dulu..
Takziah. orang yang sabar itu ganjarannya lebih manis :)
Post a Comment