Tuesday, January 18, 2011

Ya ALLAH! Selamatkan MAMA...

Salam, hari semalam seakan akan melabuhkan tirai dengan indah namun ketika senja menjelang aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mama, suatu yang amat serius bunyinya....Mama dalam kesusahan, tapi die meyakinkan aku yang dia selamat dan OK...Aku kenal mama ku....Apa masalahnya? Tidak perlu aku ceritakan tapi kalian baca petikan yang aku lampirkan ini, ia agak panjang tapi sila baca sampai habis baru buat andaian.....PLZ.....

Paria: Saya tidak bermaksud mahu hina kaum India, kata pengetua

KUALA LUMPUR — Seorang pengetua di Ampang dekat ini mempertahankan dirinya apabila SMS tersebar luas mendakwa dia menggunakan perkataan “paria” ketika perhimpunan pagi di sekolahnya hari ini. SMS itu disebarkan sejak pagi tadi mendakwa pengetua terbabit telah berucap dan menyindir masyarakat India di Malaysia sebagai kasta rendah iaitu paria. Zaini Mohd Zin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Ampang mengakui dia ada menggunakan perkataan “paria” — itu pun hanya sekali, untuk merujuk novel kontroversi Interlok. “Saya membuat penjelasan kepada para pelajar mengenai kepentingan mereka cemerlang dalam subjek sejarah dan kemudian saya merujuk kepada novel Interlok. “Saya memetik novel, mengatakan masyarakat India tidak gembira dengan novel itu disebabkan perkataan itu (paria). Saya sudah tidak berani lagi mengulangi perkataan ini sekarang,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Zaini menambah, dalam ucapannya dia juga ada mengatakan bahawa masyarakat India dari kasta rendah di India telah berhijrah ke Malaysia pada satu masa lalu dan memutuskan untuk tinggal di sini kerana mendapati negara ini tempat yang baik untuk mereka tinggal. “Saya mengatakan bahawa ramai yang meninggalkan India disebabkan sistem kasta dan mereka gembira di sini sebab Malaysia tidak amalkan perkara itu. Kita semua sama di sini,” kata beliau. Bagaimanapun kata-katanya, kata Zaini, telah dilihat di luar konteks untuk mengatakan bahawa dia telah menghina masyarakat India dengan memanggil mereka sebagai golongan paria dan kelas bawahan. Sehubungan itu, Zaini mengakui dia kini berhadapan situasi tidak senang apabila menyentuh pertikaian novel Interlok pada perhimpunan pagi tadi dan kesal kerana insiden tersebut telah menyinggung masyarakat India. “Saya sebenarnya tidak bermaksud mahu menghina sesiapa dengan kenyataan saya itu,” kata beliau sambil menambah, pastinya sesuatu yang bodoh untuk menggunakan perkataan sedemikian bagi tujuan menyinggung orang lain. “Sekarang, saya sudah tidak berani mengulangi perkataan ini . . . malah kepada anda pun,” kata beliau. Justeru Zaini berkata, dia bersedia untuk memohon maaf berhubung insiden pagi tadi. Katanya, dia juga akan membuat penjelasan ketika perhimpunan pagi Isnin depan. “Saya juga sedang menulis surat kepada Jabatan Pelajaran Selangor dan Wilayah Persekutuan,” katanya. Dalam pada itu, penyelia petang K. Nadarajah melahirkan sokongan kepada Zaini apabila ditanya sama ada pengetuanya ada mengeluarkan kata-kata sedemikian. “Saya datang dari masyarakat India dan di sini, saya telah bekerja dengan tujuh atau lapan ketua sebelum ini. “Saya bukannya menyokong dia kerana dia ketua saya, tetapi saya benar-benar percaya tidak pernah bekerja dengan seorang penyelia yang bersikap terbuka dan moderat macam Zaini,” katanya. Malah katanya, Zaini juga membenarkan pelajar-pelajar Hindu mengadakan kelas agama khas ketika waktu sekolah dan tidak pernah melarang apabila menjemput pemimpin-pemimpin agama datang untuk memberikan ucapan. “Malah sami Buddha juga pernah datang ke sekolah untuk memberikan ucapan. Saya yakin beliau membuat kenyataan itu bukan untuk menyinggung mana-mana pihak,” katanya. “Zaini bukan seorang yang rasis. Malah dia sanggup untuk menarik balik apa yang telah dikatakan meskipun kata-katanya diambil di luar konteks,” katanya. Nadarajah mendakwa insiden itu telah dibesar-besarkan oleh sesetengah pihak yang berusaha untuk menggunakannya bagi manfaat mereka ekoran isu novel Interlok sekarang. “Ada pihak yang mahu menjadikannya sebagai satu isu untuk tujuan peribadi sendiri. Tetapi ini salah,” kata beliau. Naib Presiden MIC Datuk S.K. Devamany berkata, para pengetua dan guru di sekolah kerajaan perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak menggunakaan perkataan-perkataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. “Pengetua sekolah perlu sentiasa sensitif kepada kehendak kerajaan dalam mempromosikan perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia. “Kami tidak mahu imej 1 Malaysia tercemar kerana sikap sedemikian,” kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ini sambil meminta Kementerian Pelajaran mengambil tindakan serius.

Itulah ceritanya...Terpulang la pada semua untuk melakukan telahan dan intrepitasi masing-masing...Yang saya tahu, saya kenal mama saya dan saya akan sentiasa berada bersamanya...Ya ALLAH selamatkan mama saya dan zahirkan segala kebatilan....

Inilah buku yang dimaksudkan...

9 comments:

Tawel Sensei said...

Semoga selamat semuanya. Amin!

Rapunzel Rambut Pendek said...

Insyaallah... selamat segalanya.... memang sukar kalau kita bekerja dlam kelompok yang suka menfitnah dan memutarbelitkan fakta.... Insyaallah.. Tuhan di sisi kita

'Cikgu Padi' said...

tq frenz...doa kalian amat saya hargai....semua masih dalam siasatan..

chemie said...

banyakkan bersabar ye padi n family..setiap perkara yg berlaku insyaallah ada hikmahnya..

Ila Aqilah said...

semoga semua beransur baik..huhu..

FArah said...

smoga padi and famili tetap tabah.. Allah sntiase bersama kite..

Syafiq Azuan said...

InsyaAllah. semuanya akan dipermudahkanNya. Aminn.. Doa banyak2 dan jangan putus doa. Last sekali, Yakinnnnn. :)

'Cikgu Padi' said...

terima kasih semua atas sokongan....

alihanafiah said...

semoga makcik tabah menghadapinya~